BAB 23

78 16 2
                                        

Tiga gadis itu sedang sibuk mengemaskan pakaian serta barangan keperluan kerana minggu ini mereka dibenarkan pulang ke rumah.

Selesai sahaja mengemas, masing-masing duduk di katil sendiri. Milia yang sedang bermain telefon mula bersuara.

“Apa kata malam ni kita overnight? Tengok movie ke. Kita ajaklah Dina. Kesian dia sorang-sorang,”

“Amboi, kau!! Buat macam esok cuti yer,” perli Haniss dengan nada bergurau.

“Chill aar babe! Esok memang cuti. Dah hari sabtu. Alah, tengok satu movie je lepastu kita tido.” sampuk Aufa sambil menekan nama Dina di kenalan telefonnya.

Padahal orang tu kat bilik sebelah je pun. Tapi, dia punya malas tu bergerak pun tak nak. Dah ada kemudahan kan? Buat apa nak susahkan.

“Hello, haa er-r waalaikumussalam. Mai lah bilik kami. Milia gedik ni ajak tengok movie sekali. Kau bawalah bantal kau sendiri sebab nanti tidur je dekat bilik kami,” ujar Aufa sambil mengetap bibir.

Mereka berdua tersengih suka melihat Aufa. Terasalah tu. Itulah, lain kali bagi salam. Bukan main terjah je. Dah lah dengan si Dina. Alamatnya, memang kau tersentap sendiri la jawabnya.

“Haa boleh juga. Okey, nanti aku pergi sana.”

Panggilan ditamatkan. Aufa memandang tajam kearah Haniss dan Milia. Tahu sangat dah kenapa mereka berdua tersengih. Pasti ingin mengejek dia.

“Apa nyah?!”

“Wohoo! Rilek, Faa. Oh yaa sebelum aku terlupa, cuti ni pun kita tak boleh nak santai sangat. Atuk minta tolong kita pergi office,”

Milia yang sedang leka bermain telefon segera memandang Haniss. Aufa turut memandang gadis itu.

It’s okay, babe. We’ll help you. Don’t worry about this. Since we make this decision together, so we must to help each others. Anything for you, dear.” balas Milia.

Yes, I’m totally agree with your statement, Milia. Lagipun, ni demi keselamatan atuk kita.”

Ya Allah, Thanks Milia and Aufa because you guys always support me even in a though situation.”  ucap Haniss memandang wajah mereka berdua.

Sumpah terharu ada orang macam ni. Selalu ada bila kita susah dan senang.

“halohh, lagipun kami kena belajar dari sekarang soal business ni. Nanti, kitorang pun kena handle syarikat family. Kita sama ja babe! Mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi sekarang,” tutur Milia sambil tersenyum manis kearah mereka berdua.

***

Seorang lelaki memandang sekujur tubuh yang masih terkaku di atas katil itu. Perlahan-perlahan dia melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan katil tersebut. Wajah gadis itu diamati dengan mendalam.

Hatinya begitu sakit melihat gadis itu yang masih menunjukkan keadaan yang sama dari semalam. Sungguh dia berasa gagal melindungi gadis ini.

Sedang dia melihat gadis itu, tiba-tiba ada satu tangan menyentuh bahunya dengan lembut. Wajah diangjat lalu memandang gerangan tersebut. Segera dia bangun dari kerusi untuk memberikan ruang kepada lelaki itu.

THE SECRET OF KAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang