Encik Johan memakir kereta di hadapan pagar asrama. Mereka terus turun dari kereta lalu membawa keluar barang - barang kepunyaan Aufa dan Haniss. Kesemua barang mereka dibawa masuk ke dalam kawasan asrama dengan dibantu oleh Encik Johan dan isterinya."Kami bantu korang berdua takat sini je lah ye. Lepas ni uncle nak kena jumpa ayah Haniss atas urusan kerja sedikit. Sorry sangat - sangat," kata Encik Johan dengan rasa sebersalah.
"Sokey uncle. Ni pun dah cukup baik uncle dan aunty bantu kami. Actually, Haniss plan memang nak minta ayah yang hantar kami harini. Tapi memandangkan kitorang nak rahsiakan identiti so beginilah. Lagipun ayah kata ada hal tadii..."
"Ayah kamu jumpa Tengku Hayes tadi. Diorang minta uncle hantarkan korang. So tak perlulah nak risau ye dan jangan lupa belajar rajin - rajin tau. Bye guys!"
Mereka terus bersalaman dengan aunty Yaya dan Zara yang berada didalam dukungan aunty itu.
Kemudian, seseorang menyapa mereka dengan memberi salam.
"Waalaikumussalam, Dina!" jawab Aufa dengan gembira.
"Err pengetua dan pkhem tunggu korang dekat dewan makan sekarang. Aira pun ada dekat situ. Jom aku bawak korang," ajak Dina. Dia mengukirkan senyuman manis buat mereka berdua.
'Alahaii manisnyaa senyuman diaa tu membuatkan jantung aku berdegup kencangg... adakah ini dinamakan er cin- eh bodohhhhnya akuu!!' maki Aufa pada dirinya di dalam hati.
"Barang - barang ni macam mana? Takkan nak tinggal macam ini jer, Dina?" soal Haniss.
"Tinggal je kat sini dulu. Jangan risau sebab Makcik Ros boleh tolong jagakan. Jomm aku bawakan korang jumpa diorang semua," kata Dina lalu membuka langkah terlebih dahulu dan diikuti Haniss. Aufa berjalan dibelakang mereka.
Gila ke apa nak jatuh cinta dengan sama jantinaa. Euuwwwww so geli nyahhh! Kayreena Aufa masih normal lagi yee.
Aufa terus merasa badannya meremang secara tiba - tiba lalu dia pun terus berhenti dengan mengejut.
"Noo!!" jeritnya secara tiba - tiba. Berkerut mukanya apabila teringatkan hal tadi.
Haniss menoleh kebelakang lalu melihat Aufa dengan pelik.
Kena sawan ke apa minah ni?
"Oiit kau dah kenapa?" tanya Haniss.
"Err tak ada apa - apa. Tadi aku rasa macam ada benda bergerak dekat lengan baju aku. Padahal tak ada pun hehe,"
Aufa tersengih sahaja lalu menyambung langkahnya dan mendahului dari mereka. Malunyaa.
Apabila tiba di pintu dewan makan, Dina membuka pintu lalu masuk ke dalam dan diikuti dengan mereka berdua.
Ramai sungguh pelajar yang berada didalam dewan makan ini. Mungkin sudah tiba waktu untuk mereka makan malam.
Kini Aufa dan Haniss berasa malu untuk masuk kerana terdapat segelintir pelajar memandang ke arah mereka. Macam - macam reaksi orang lain terhadap mereka.
Kelihatan pengetua dan pkhem sedang berbincang sesuatu dengan Aira. Tanpa berlengah, mereka terus pergi mendapatkan pengetua dan yang lain.
"Haa datang pun korang. Marilah makan dulu. Lepas nih baru kita bincang ye," kata Puan Azwa.
"Er tak apalah cikgu. Kitorang dah makan tadi masa dekat rumah," jawab Aufa sambil tersenyum kecil.
"Kalau macam tuu... nah kad bilik korang. Aras 2 nombor 202 tauu. Lepasni kita jumpa dekat depan tadi," ujar Encik Zarul sambil menyerahkan dua keping kad bilik mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/240255241-288-k567947.jpg)
YOU ARE READING
THE SECRET OF KAY
Teen FictionTHE KAY yang di anggotai oleh 3 orang gadis. Mereka diarahkan untuk menyelesaikan misi yang belum terungkai. Mereka dipindahkan ke Hayes Highschool dan merahsiakan identiti daripada diketahui oleh semua orang termasuklah kenalan rapat. Cinta? Wuju...