BAB 16

168 22 2
                                        

"Haa turun pun korang. Kenapa lama sangat tadi? Nasib Pak Teh tak balik lagi tau," kata Encik Zarul.

Kini, mereka diluar pagar asrama. Aira dan Dina sudah naik ke bilik mereka tadi.

"Err hehe. Kemas barang la Pak Teh. Ouhya bilik tu memang ada tempat simpanan rahsia eh?" tanya Aufa.

"Haah. Atuk kamu yang uruskan tentang bilik tu. Dia suruh kami tetapkan bilik tu untuk kamu bertiga sejak dia tahu korang nak masuk asrama. Mak Teh baru nak bagitahu pasal hal nih tapi nampaknya korang terlalu bijak la pulak," terang Puan Azwa.

"Mantull betul lahhhh atuk kita, Faa!! Tadi mula - mula pun kami tak perasan," kata Haniss dengan teruja.

"Haaa blazer pengawas kamu ada dekat Aira. So she'll tell you about rules in this hostel soon. Make sure don't do something bad okey? Jangan pula nak fly sesuka hati je kerjanya. Kalau nak keluar pergi mana - mana kena bagitau Pak Teh supaya apa - apa terjadi nanti insyaallah Pak Teh boleh bantu," terang Encik Zarul.

Mereka berdua hanya mengangguk sambil tersengih sahaja.

"Kami gerak dulu ye. Selebihnya nanti Aira dengan Dina bagitahu korang berdua. Assalamualaikum," ucap Puan Azwa.

Mereka terus memandang pasangan tadi pergi ke kereta yang berhadapan dengan pagar asrama. Selepas kelibat pasangan tadi menghilang, mereka berdua terus menuju ke bilik kerana hari semakin gelap.

Sampai sahaja dibilik, Haniss dan Aufa duduk sebentar di kerusi belajar mereka. Masing - masing meletakkan kepala di atas meja belajar.

Haniss mengangkat semula kepalanya lalu menongkat dagu menggunakan tangan kanannya. Dia memandang Aufa yang sedang menutup mata itu.

"Faaaa!" panggil Haniss dengan menguatkan sedikit suaranya.

"Kau nak apa nyahhh?"

"Ishh! Kau nih, Faa. Kau pergi la mandi dulu,"

"Kau laa dulu. Aku nak rehat kejap, Niss."

"Kejap lagi maghrib kita jemaah dengan aspuri tau," kata Haniss.

Dia terus mengangkat punggung untuk bergerak ke bilik air yang sedia ada di dalam bilik ini.

Bilik mereka ni serba lengkap. Dah macam hotel pun ada. Cuma tv je tak ada. Keluasan bilik ni amat memuaskan bagi mereka. Sangat selesa duduk disini.

Aufa yang dari tadi terpejam terus membuka mata akibat mendengar bunyi serekan kerusi disebelahnya. Dia terus menoleh ke arah Haniss.

"Serious lah jemaah? Bukan solat dalam bilik je ke?" soal Aufa terpinga - pinga.

Haniss mendengar soalan tadi terus duduk semula dikerusinya tadi.

"Maghrib kita jemaah dengan aspuri yang lain. Kalau isya' baru solat sendiri dalam bilik masing - masing. Anda faham? Baiklahh aku mandi dulu lah eh dah kau tak n-,"

"Okey lah aku mandi dulu, byee!!" potong Aufa.

Dia terus bangkit lalu mengambil tuala dan pakaiannya. Kemudian, dia terus masuk ke bilik air tanpa menghiraukan jeritan Haniss.

"Bodoh kau, Faaa! Kau ni memang sengaja nak naikkan darah aku kan. Haishhhh pantang betul lah aku dengan kau ni. Kauuu tunggu ya perempuan!"

Kedengaran ketawa besar dari dalam bilik air membuatkan Haniss berasa geram dengan perangai Aufa tadi.

Seronok dapat kenakan Haniss semula.

***

Seusainya solat maghrib berjemaah tadi, mereka terus ke bilik kerana memandangkan sekarang adalah waktu prep untuk mereka belajar.

THE SECRET OF KAYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang