Haniss menuruni tangga untuk ke dapur. Dia ingin menyediakan makanan pagi buat mereka berdua sebelum keluar bertemu Milia.
Dapur dituju. Peti sejuk dibukanya lalu tupperware berwarna pink yang berisi bancuhan pancake dibawa keluar. Dia mengacau sedikit bancuhan itu.
Non-stick pan berwarna rose gold dicapai lalu diletakkan di atas dapur gas. Api dibuka. Marjerin di dalam bekas di ambil sedikit dan diletakkan di dalam pan tadi.
Apabila marjerin tadi sudah mencair dan mengeluarkan bau yang wangi, Haniss menceduk bancuhan pancake itu dengan cermat lalu dimasukkan ke dalam pan tersebut. Pancake tadi dikalihkan dengan berhati - hati.
Haniss mengulangi langkah tadi sebanyak tiga kali. Cukuplah sorang dua keping pancake. Jadi selepas makan pancake ni boleh la makan benda yang lain pula.
Pancake yang sudah dimasak itu diletakkan di atas pinggan kaca putih yang dicapainya tadi. Dia membawa pinggan tadi dengan cermat ke meja makan. Dia kembali ke dapur untuk mengambil airnya.
"Eh, Niss. Kenapa kau buat breakfast? Sepatutnya, harini turn aku."
Aufa mencapai gelas kegemarannya lalu membancuh air milo untuknya. Dia memandang Haniss seketika.
"Kan semalam kau ganti aku. So harini aku ganti kau la pula. Alah setakat pancake je pun. Actually, aku nak masak nasi tadi. Tapi bila teringat balik yang satgi kita nak keluar, so aku decide nak buat pancake je senang." ujar Haniss. Dia berlalu dari situ menuju ke meja makan untuk menjamah selera.
Aufa turut pergi ke meja makan lalu duduk dihadapan Haniss.
"Kau nak jem apa?" tanya Haniss sambil menyapu jem coklat di atas pancake nya.
"Nope. Aku buat sendiri je."
Aufa mencapai jem strawberry dihadapan lalu menyapu jem tersebut di atas pancake nya. Dengan bismillah dia memulakan makan.
Selepas siap makan, mereka duduk di ruang tamu bersama. Aufa memandang Haniss yang sedang kusyuk menonton televisyen.
"Niss, jom main game. Bosanlah asyik tengok kartun je. Jomlahh." ajak Aufa kepada Haniss.
"Aduhhaii, Faa. Aku malas nak naik atas." jawab Haniss tanpa melihat wajah sepupunya itu. Dia tengah kusyuk menonton kartun 'sofia the first'.
"Jomlahh, Niss. Lagipun satgi kan kita nak bersiap juga sebelum keluar. So dah tentulah nak kena naik atas kan." pujuk Aufa sambil menjuihkan bibirnya.
"Yelah, jom." kata Haniss lalu bangkit dari sofa. Remote tv diambil. Butang merah ditekan. Dia terus naik ke atas menuju ke bilik game yang telah disediakan buat mereka. Aufa turut membuntuti langkah Haniss.
Setelah tiba di bilik game, Aufa mengambil dua album cd lalu diberikan kepada sepupunya itu. Haniss terus duduk di sofa yang terdapat di dalam bilik tersebut.
Haniss mengambil cd WWE itu dengan cermat dan diberikan kepada Aufa. Wireless controller berwarna hitam itu dicapainya. Kemudian, permainan WWE mula dimainkan di kaca tv.
Mereka saling memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang tajam.
"Start to revenge!!" jerit mereka dua serentak.
"Kalau kau kalah, kau kena belanja kitorang dan kalau aku yang kalah, aku kena belanja korang. Tapi aku harap kau lah yang kalah. Sebab aku tengah jimat duit sekarang nih. Deal?!" tanya Haniss kepada Aufa sambil menyuakan tangan seperti mahu bersalam. Adat pertandingan mereka la katakan.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE SECRET OF KAY
Teen FictionTHE KAY yang di anggotai oleh 3 orang gadis. Mereka diarahkan untuk menyelesaikan misi yang belum terungkai. Mereka dipindahkan ke Hayes Highschool dan merahsiakan identiti daripada diketahui oleh semua orang termasuklah kenalan rapat. Cinta? Wuju...