Semua murid berpusu - pusu keluar daripada kawasan sekolah. Mereka bertiga sengaja menunggu murid - murid yang lain pulang dahulu supaya tiada sesiapa akan mengesyaki mereka nanti. Manakala, Aira sudah pulang ke asrama bersama Dina.
Asrama Hayes Highschool ini terletak bersebelahan dengan bangunan sekolah ini sahaja. Cuma mempunyai pagar yang menghubungkan laluan untuk masuk ke kawasan sekolah.
Sementara menunggu pelajar yang lain pulang, mereka duduk bersantai di gazebo tersebut. Tiba - tiba Kak Chah datang menerpa ke arah mereka.
"Korang tak balik lagi? Kan petang ni nak masuk hostel..."
Aufa mencebik apabila mendengar ayat yang keluar daripada mulut Kak Chah tadi.
"Nak balik apanyaaa... Takkan nak kantoi awai kut, Kak Chah?" jawab Aufa tanpa reaksi.
"Aishh yelahhh yelahh. Haa jom masuk bilik pengetua. Diorang cadang nak jumpa korang esok tapi dah alang - alang tak balik lagii nihh... jom je lahhh," ajak Kak Chah.
Tanpa banyak bunyi, mereka terus mengikuti Kak Chah menuju ke bilik pengetua. Pintu diketuk dua kali lalu dibuka oleh Kak Chah.
Encik Zarul dan isterinya, Puan Azwa memandang mereka dengan pelik. Mereka bertiga hanya tersengih sahaja.
Kacau pasangan itu tengah dating kah?
"Pak Teh ingat kamu dah balik. So boleh la kita bincang sebentar kan? Nur Azrasyah, laki kamu suruh pergi ke bilik guru sekarang. Ada hal katanya," ujar Encik Zarul.
"Kalau macam tu, Chah pergi dulu ye. Laki i dah panggil tuu... bubyee guys!" kata Kak Chah dengan ceria lalu terus keluar dari situ bersama sengihan panjang. Sengih sampai ke telinga la jawabnya bila dengar nama suami dia naik.
Mereka semua tersengih mendengar ayat Kak Chah tersebut. Aufa pula membuat muka menyampah. Dia geli dengan perangai Kak Chah tadi. Itu baru sikit perangai dia yang gatal tu.
"Gatalnyaa si Azrasyah tuu..." gumam Aufa dengan perlahan. Namun semuanya ditangkap oleh yang lain. Mereka tersengih juga.
"Gatal si Kak Chah tu tak boleh lawan dengan sifat gatal kau tu, Faa. Nanti kau dah kahwinn... entah - entah nak jumpa kami berdua pun susah. Asyik nak melekat dengan suami je," balas Haniss dengan selamba.
Mereka tertawa kecil apabila mendengar ayat Haniss tadi.
"Kau ni memang sepupu tak guna laa... aku benci kau!" marah Aufa tanpa secalit senyuman.
Dia berpura - pura marah dengan Haniss. Sedangkan sedikit pun dia tak terasa dengan ayat Haniss tadi.
"Maafkan aku, nyahhh... ampunnn!!" kata Haniss sambil membuat gaya memohon maaf. Aufa tersengih melihat Haniss sebegitu.
"Sudah - sudah lah tu, korang nih. Mak Teh nak tanya nii... tadi korang denda orang yaa?" soal Puan Azwa.
"Err haah, Mak Teh. Kitorang just nak tolong Aira je. Sorryyy..." terang Milia sambil tersengih kecil. Mereka berdua hanya mengangguk bagi mengiyakan bicara Milia tersebut.
Kecut lah diorang apabila melihat muka Pak Teh dan Mak Teh mereka yang sengaja berwajah garang itu. Kemudian, Puan Azwa dan suaminya menyimpul senyuman kecil buat mereka.
"So... Haniss lulus jadi pengawas!!" kata Puan Azwa.
"Huhhh?!" jerit mereka bertiga serentak.
"Mak Teh jangan main - mainn. Baru pagi tadi Mak Teh cakap dekat kami. Takkan dah dapat tanpa interview dulu?" tanya Hanis dengan keliru.
"Sepatutnya, memang kena interview dulu. Mak Teh kamu dah kasi prestasi Haniss kat guru - guru yang lain. So diorang dah tengok prestasi kamu sewaktu kamu pegang jawatan di sekolah lama. Tambahan pula, ada seorang pengawas ni rakam kejadian korang menguruskan kes Ezwir tu tadi. Kemudian, group sekolah pun heboh pasal hal ni and diorang bersetuju dengan kamu untuk dijadikan pengawas di Hayes Highschool," terang Encik Zarul.
![](https://img.wattpad.com/cover/240255241-288-k567947.jpg)
YOU ARE READING
THE SECRET OF KAY
Fiksi RemajaTHE KAY yang di anggotai oleh 3 orang gadis. Mereka diarahkan untuk menyelesaikan misi yang belum terungkai. Mereka dipindahkan ke Hayes Highschool dan merahsiakan identiti daripada diketahui oleh semua orang termasuklah kenalan rapat. Cinta? Wuju...