Sampai sahaja di kawasan Mid Valley Megamall, mereka terus mencari parking yang berdekatan dengan pintu masuk."So, where should we go first?" tanya Haniss kepada dua gadis itu.
"How about watching a movie?" balas Aufa sambil bermain telefon. Kini Haniss memandang Milia yang berdiam diri tadi.
"I will follow you guys. Don't worry, babe." ujar Milia sambil tersenyum manis ke arah mereka berdua.
"Okey. After this, baru kita pergi beli barang and makan sekali."
Tiga gadis itu mula mengorak langkah menuju ke lift yang berdekatan. Mereka mula beratur di kaunter untuk membeli tiket wayang.
Haniss menoleh ke arah mereka berdua yang berada dibelakangnya.
"Nak tengok cerita apa?"
"Apa ka-" jawab Milia namun sempat dipotong.
"Ikut kau la." potong Aufa dengan selamba. Dia merenung tajam ke arah Milia.
"Okey. Kau dengan Milia pergi beli popcorn dan air. Nanti aku pergi sana." kata Haniss kepada mereka berdua.
Aufa menjeling ke arah orang yang berada disebelahnya. Anggukan kepala diberi kepada Haniss lalu beredar dari situ. Milia berlari kecil untuk mengejar langkah Aufa.
Haniss tersenyum melihat tingkah laku mereka. Comel. Kini dia memandang depan semula apabila tiba gilirannya.
"Give me three ticket of The Conjuring 3 'The Devil Made Do It'. Saya nak tiga seat yang ini. Terima kasih ye, akak."
Jari telunjuk Haniss bergerak menunjuk ke arah tiga seat yang berada di barisan yang keenam dari hadapan di paparan skrin itu.
"These is three ticket for you, miss. Thanks for coming and enjoy your movie." ujar gadis itu.
Haniss mengambil tiga keping tiket itu lalu kad kredit miliknya diberi kepada kakak yang menjaga kaunter tersebut.
Setelah selesai membuat pembayaran, Haniss menuju ke arah dua sepupunya itu yang sedang menunggunya di kerusi.
"Let's go masuk dalam! Lagi 4 minit nak start ni," kata Haniss sambil berjalan tanpa melihat mereka berdua.
"By the way kau beli cerita apa, Niss?" tanya Aufa sambil mengikut langkah Haniss.
"Aku pilih cerita The Conjuring 3. Sebab aku tengok iklan tadi macam menarik je. So maybe we should try it too, right?"
"Serious lahh, Niss!?" serentak Aufa dan Milia berkata.
"Yes, kenapa? Tadi korang jugak yang kata pilih je mana - mana cerita. Okey je lah cita tu. Ramai kata best. Kalau tak best pun tengok je lah."
"Tapi cerita tu kan seram," ujar Milia dengan wajah yang berkerut.
Pintu hall 5 ditolak dengan perlahan. Flash telefon dibuka bagi mencari tempat duduk yang dipilih oleh Haniss tadi. Selepas menjumpai, masing - masing mereka mengambil tempat.
"Alaaaa kenapa kau pilih cerita hantu? Kau tahukan aku tak suka dengan cerita yang macam tu," Aufa menguatkan sedikit suaranya bagi melawan bunyi bising yang keluar daripada speaker dalam panggung itu.
Aufa memandang Haniss dengan mata yang tajam. Haniss tersengih. Kemudian, Aufa terus mencubit pinggang Haniss.
"Sakit la ma-" ngadu Haniss namun sempat dipotong orang yang berada dibelakang mereka.
"Girls, please slow down your volume. We want to watch the story and thank you, girls." tegur lelaki itu.
"Cis! annoying gila mamat tu. Bukannya kuat pun kita bercakap," bebel Aufa sambil membuat muka menyampah. Sempat lagi dia mengata lelaki tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE SECRET OF KAY
أدب المراهقينTHE KAY yang di anggotai oleh 3 orang gadis. Mereka diarahkan untuk menyelesaikan misi yang belum terungkai. Mereka dipindahkan ke Hayes Highschool dan merahsiakan identiti daripada diketahui oleh semua orang termasuklah kenalan rapat. Cinta? Wuju...