"Okay dah sampai"kereta dimatikan selepas selamat masuk ke dalam garaj kereta.
Suha yang sedang mendukung bayi mereka itu membuka pintu untuk keluar.Namun sebelum itu dia menyerahkan Mia kepada Puan Sri Hajah Darliya.
"No jangan bukak lagi!"halang Ian yang segera turun dari kereta.
"Tapi kenapa?"
Ian membuka pintu untuk isterinya sambil tersenyum manis.Suha tergelak kecil.
"Saya boleh bukak sendirilah"ujar Suha seraya memang keluar dari perut kereta.
"Ehh mana boleh.Biar abang yang bukakkan"balas Ian tidak mahu kalah.Tangannya memaut tangan Suha.Suha tersenyum nipis.
Puan Sri Hajah Darliya pula telah terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam rumah bersama Mia.
Tiba-tiba muncul Fayyad dan Ayden bersama Mikayla yang meluru ke arah Suha.
"Mama!"
"Mama!"
"Kakak!"
Suha tergelak."Ada apa?"tanya Suha dengan lembut.Mereka bertiga tersengih memandang Suha.
"Rindu lah kat akak"ujar Fayyad sambil memeluk lengan kakaknya.Ian menjeling tajam ke arah adik iparnya itu.
"Ehh!Dekat-dekat dengan isteri abang pulak!"pinggang Suha dirangkul erat oleh Ian sambil menjuihkan bibir ke arah Fayyad.
Fayyad mempamerkan riak wajah menyampahnya.
Tiba-tiba Suha terjerit apabila Ian mencepung tubuhnya.
Fayyad terus menutup mata Ayden dan Mikayla."Terlalu dewasa untuk dipandang"ujar Fayyad selamba.
Ian tergelak.Dewasalah sangat.Ayden dan Mikayla ni dah banyak kali kelihatan papa mereka mendukung mama mereka.
Ayden menurunkan tangan Fayyad dengan jelingan yang tajam.
"Ayden dah biasa tengok okay.Pak Ngah jealous kan?Tulah single"kutuk Ayden selamba sebelum dia menarik tangan Mikayla berlari ke dalam rumah.
"Tengok anak akak tu!Eii suka hati cakap Yad single"gerutu Fayyad tidak berpuas hati.
"Fakta Yad.Fakta.Btw tolong bawak masuk beg akak yer.Hahahaha thanks"balas Ian selamba sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah.
Fayyad tercengang.
"Aku jugak yang kena"
Terkumat kamit mulut Fayyad meluahkan perasaan tidak puas hatinya sambil mengeluarkan beg kakaknya dri bonet kereta.
*****
"Suha dah sihat?"tangan menantunya disentuhnya lembut olehnya.
Suha menganggukkan kepalanya."Suha sihat.Janganlah risau"balas Suha kepada ibu mertuanya itu.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra S2
Romance{COMPLETE} Please... just go away.You hurt me so much- Nasuha Cassandra I'm so sorry....Abang minta maaf.Abang takde niat nak buat sayang macam ni.Abang sayangkan isteri abang dan anak-anak kita.Please forgive me sayang- Ian Naufal Park I'm his firs...