Part 3🌵

1.3K 102 54
                                    

"Assalamualaikum"

Ayden melangkah masuk ke dalam rumah selepas melepaskan kasutnya daripada kaki.

Masuk sahaja ke dalam rumah,matanya terus meliar mencari kelibat mama kesayangannya.

"Waalaikumussalam!"

Sahutan daripada Suha membuatkan remaja lelaki itu mengukirkan senyuman.Ayden segera mengorak langkah ke arah dapur.

Kelihatan Suha sedang menghiasi kek yang telah dia saluti dengan krim cheese.Suha menoleh ke arah anak lelakinya.

"Mama..."

Dengan manjanya Ayden memeluk mamanya.Rindu pulak rasa.

"Ehh jangan peluk mama lagi.Kang tak jadi yang mama hias ni"ujar Suha dengan kalut.Takut hiasannya tidak menjadi.

Ayden menarik muncung panjang seraya merungkaikan pelukannya.

Melihat rambut panjang mamanya seperti mengganggu fokus mamanya,Ayden terus menolak rambut Suha ke belakang.

"Thanks"ucap Suha dengan senyuman yang tersungging di bibirnya.

"Most welcome my queen"Ayden mengenyitkan matanya kepada mama kesayangannya.Suha tergelak kecil.

Ayden duduk di sebelah mamanya seraya memerhati setiap gerak geri mamanya tanpa jemu.Tekun betul mama hias kek ni.Sama macam Mikayla.Kalau tengok Mikayla auto dia teringatkan mamanya.

Walaupun perangai Mikayla sangat berbeza dengan mamaya namun wajah Mikayla sangat mirip dengan mama mereka.

"Papa balik bila?"

"Papa balik lambat.Papa nak ambik Kayla dari sekolah dulu"jawab Suha tanpa terganggu langsung dengan pekerjaannya sekarang.

"Oh ya dah solat ke belum?"

"Dah solat dah.Emm mama...Ayden nak minta izin.Ayden nak keluar dengan kawan-kawan lepas ni.Tapi Ayden nak bawak Mia boleh? Alang-alang Ayden dah janji dengan Mia nak date dengan dia..."

"Mama okay je tapi call papa.Tanya papa boleh ke tak.Kalau papa benarkan...then bawaklah Mia keluar tapi pastikan balik before pukul 6 petang"

Suha tersenyum.Ayden menganggukkan kepalanya.

"Okay mama.Oh ya Mia dah balik kan?Kat mana dia sekarang?"

"Mia ada dalam bilik"jawab Suha seraya menghela nafas lega sebaik sahaja selesai menghiasi kek cheese oreo tersebut.

Ayden memandang sekilas seraya bersuara."Kek cheese?Ni mesti Mia yang nak ni"

Suha tergelak.

"Haahlah.Mia yang nak makan sangat"

"Ayden nak kek coklat"beritahu Ayden tiba-tiba.

Suha tergelak lagi.

"Kalau nak...nanti otw balik rumah singgah pasaraya beli serbuk coklat and coklat chip.Nanti malam mama buatkan"ujar wanita cantik itu.

Ayden terus tersenyum lebar.

"Okay deal!"

Dicium sekilas pipi mamanya sebagai tanda terima kasih.Selepas itu dia meminta izin untuk naik ke biliknya kerana mahu mandi.

*****

Sesekali Ian mengerling pada jam tangannya kerana bimbang dia terlewat menjemput anak perempuannya di sekolah.

Nasib baik kerjanya tidak terlalu banyak hari ini.Sedang dia menyiapkan kerjanya yang belum siap itu telefonnya mula menjerit meminta dijawab.

Dicapai telefonnya untuk menjawab panggilan tersebut.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now