22🌼

2K 156 63
                                    

"Dah lama ke kenal dengan Jaehyun ni?"tanya Puan Park dengan lembut kepada gadis cantik di hadapannya itu.

"Saya kenal dengan Jae dari tahun lepas lagi.Masa tu dia tolong saya kemalangan.Sejak hari tu kitaorang dah jadi kawan"jawab gadis itu dengan sopan.

"Kakak!"

"Kakak!"

Kelihatan Ayden dan Mikayla berlari ke arah gadis itu dengan ceriannya.Gadis itu hanya tersenyum sahaja.Dia mendepakan tangannya mahu memeluk dua orang kanak-kanak yang comel itu.

Kemudian Ayden dan Mikayla terus memeluk gadis itu.

Jaehyun yang memandang hanya menjuihkan bibirnya.Jealous lah tu.Tak pernah kena peluk kan.

"Rindu kakak"Mikayla mencium pipi gadis itu dengan senang hati.

"Ehh apa kiss kakak ni?"cemberut terus muka Jaehyun.

"Alahh uncle jealous kan?Buuu tak boleh kiss kakak"sampuk Ayden dengan raut wajah mengejeknya.Jaehyun mengepalkan tangannya menahan geram.

"Ayden...tak baik buat uncle macam tu"tegur Ian.Punggung dilabuhkan di sebelah adik lelakinya itu.

"Okay fine.Sorry uncle"ujar Ayden kepada Jaehyun tanpa perasaan.Saja je dia nak kenakan jejaka kacak itu.

Ian memandang gadis yang dipeluk oleh anak-anaknya itu.Gadis itu turut sama memandang dirinya.Dengan sopan gadis itu menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat sambil tersenyum manis.

"Kawan Jae ke?Nama sape? Umur berapa?Belajar lagi ke dah kerja?Tinggal kat mana?"tanya Ian tertubi-tubi.

"Yang kau tanya dia macam-macam pehal?Kau ni buat dia tak selesa pulak"jeling Jaehyun dengan pandangan yang tidak berpuas hati.

"Aku tanya pun salah ke?Kau ni...aku just nak tahu pasal bakal adik ipar aku je pun"perkataan bakal adik ipar itu diperlahankan namun tetap dapat didengari oleh Jaehyun.

Jaehyun mencerlung tajam ke arah abangnya.

"Takpe Jae.Saya okay je.Emm nama saya Kim Sejeong.Umur 24 tahun.Saya kerja sambil belajar and akhir tahun ni saya habis belajar.Saya tinggal di Incheon"gadis yang bernama Sejeong itu menjawab soalan yang diajukan kepadanya dengan senang hati.

Ayden dan Mikayla pula duduk di sisi Sejeong sambil memeluk erat lengan gadis cantik itu.

Ayden dan Mikayla pula duduk di sisi Sejeong sambil memeluk erat lengan gadis cantik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ouhh...emm awak dah ada boyfriend?"cepu mas betul soalan si Ian ni.Jaehyun yang mendengar soalan abangnya itu terus terbatuk.

Secara automatik Sejeong mengurut lembut belakang Jaehyun.Muka Jaehyun mula berona kemerah-merahan.Aduhh dia urut belakang aku pulak dah!

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now