"Mama!"
"Mama!"
Ayden dan Mikayla menerpa pada mama mereka yang sedang menghidangkan makanan di atas meja.
Dua orang kanak-kanak itu memeluk erat mama mereka yang kelihatan agak terkejut dengan kehadiran mereka.Celah mana pulak diaorang datang ni?
"Ehh?Bila masa balik?Bukan Ayden dan Kayla ada kat rumah atuk dan nenek ke?"
"Hehe.Baru je balik.Papa datang ambik.Eh lupa pulak nak bagi salam"sengih Mikayla sambil mempamerkan wajah comelnya.
"Hahahaha waalaikumussalam"dicium sekilas pipi anak perempuannya itu.
"Now pergi mandi dulu.Tak mandi lagi kan?So now pergi naik lepas tu mandi.Lepas siap mandi baru turun makan"arah Suha kepada anak-anaknya dengan nada yang lembut.
"Okay mama!"
Selepas itu Ayden dan Mikayla terus bergegas mendaki anak tangga untuk ke bilik mereka.
Suha tersenyum nipis sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi di situ memandangkan pinggang dia berasa agak sakit sekarang.
"Sakit ke?"
Tiba-tiba ada tangan kekar yang menyentuh lembut pinggangnya.Kepalanya ditoleh ke sisi.
Wajah kacak milik Ian menyapa ruang matanya.Ian tersenyum manis kepada isteri kesayangannya itu.
Suha membalas senyuman suaminya dengan senang hati.Namun kejadian tadi sedikit mengganggu benak fikirannya.Tapi Suha cuba untuk menenangkan fikirannya dengan segera.
Ian mengambil tempat di sebelah isterinya tanpa mengalihkan tangannya dari pinggang isterinya.
Tangan Ian mula bergerak mengurut lembut pinggang isterinya.
Alahaii wahai jantung jangan buat hal.Kang tak pasal-pasal makin merah muka aku ni.
"Ehh takpe abang.Sakit sikit je ni"Suha cuba untuk menolak tangan suaminya daripada terus mengurut pinggangnya.Sebenarnya dia berasa malu.
Alahai anak dah nak masuk tiga tapi Suha masih berasa malu terhadap suaminya.
"Sikit apanya...Pinggang sayang sakit kan?Sayang.... please bagitahu abang kalau sayang rasa tak selesa ke sakit pinggang ke sakit apa-apa pun bagitahu je abang.Sayang ni buat abang risau lah"
"Saya okay jelah.Sakit pinggang ni biasalah.Anak abang yang tak duduk diam dalam ni.Nak keluar sangat rasanya"gelak Suha seraya mengusap lembut perutnya yang semakin membesar itu.
"Haah lah kan.Anak papa nak keluar sangat ke? Alolololo sabar ehh"perut Suha yang dilapisi oleh jubah itu dikucup lama.
Cepatlah keluar anak papa oii.
Suha tersipu malu apabila Ian mencium perutnya yang memboyot itu.
"Dah lah abang.Abang pergi mandi.Abang bau busuk tau tak"
"Amboi suka hati cakap abang busuk.Abang still wangi lah"cebik Ian.
"Busuk.Abang busuk.Pergilah mandi.Anak-anak dah naik mandi tapi papa dia tak nak mandi ke?Dah lah busuk pastu duk dekat-dekat dengan kita pulak"
Ian menarik muncung panjang tanda protes.Baru nak manja-manja dengan isteri.
"Alahh nantilah.Abang nak manja-manja dengan isteri abang dulu"Ian mencuit manja hidung isterinya.Alahai mengada betul orang tua ni.
"Nak manja-manja?Pergi mandi dulu"tegas Suha namun dengan suara yang lembut.
"Yelah yelah.Tapi...give me a kiss first"Ian tersenyum nakal.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra S2
Romance{COMPLETE} Please... just go away.You hurt me so much- Nasuha Cassandra I'm so sorry....Abang minta maaf.Abang takde niat nak buat sayang macam ni.Abang sayangkan isteri abang dan anak-anak kita.Please forgive me sayang- Ian Naufal Park I'm his firs...