Part 12🌵

1.3K 94 36
                                        

Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi masing-masing.Kawasan perkuburan terasa sangat tenang.

Kelihatan beberapa orang yang datang untuk menziarahi kubur keluarga mereka.Di satu sisi lagi kelihatan seorang lelaki tua namun masih terlihat gagah sedang mengusap lama batu nisan di hadapannya sekarang.

"Sayang..."

"Dah lama abang tak datang kan? Sorry...abang busy sikit dengan wedding anak-anak kita.Esok Kayla dan Mia akan kahwin.Abang dah janji dengan sayang yang abang akan akad nikahkan anak-anak kita.

Lepas semuanya dah selesai abang janji yang kita akan bertemu lagi.Mesti sayang rindukan abang kan?Abang pun rindu sangat pada isteri abang.

Hampir 10 tahun sayang pergi...abang sunyi sangat.Sampaikan anak-anak suruh abang kahwin lagi.Tapi abang berkeras taknak.Abang lagi rela sorang-sorang daripada ganti tempat sayang dengan perempuan lain.Takkan ada sesiapa pun yang mampu ganti tempat isteri abanh"Ian bercerita bersama senyuman bersemi di bibirnya.

Sebenarnya selepas Suha meninggal 10 tahun yang lalu,jenazah telah dikebumikan di Malaysia.DI kampung arwah atuk dan nenek.Ini bagi menyenangkan keluarga mertuanya menjenguk arwah.

Siapa sangka Suha yang sihat secara tiba-tiba menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah pusaka arwah atuk dan nenek.

Namun apa yang dia mampu lakukan.Dia harus belajar untuk tetap bersabar dan redha dengan ketentuan takdir.

"Abang dah bersara daripada syarikat.Sekarang Ayden yang uruskan.Abang memang dah serahkan hal-hal syarikat pada Ayden.Kita beruntung sangat dapat anak macam Ayden.

Sepatutnya Ayden yang kahwin dulu tapi dia cakap yang dia taknak fikir lagi pasal kahwin ni"Ian tergelak memikirkan anak sulungnya itu.

"Dia nak tengok Mia dan Kayla kahwin dulu baru dia akan fikir pasal kahwin.Abang dah tak tahu nak nasihat Ayden macam mana lagi.Dari dulu sampai sekarang dia selalu pikirkan abang dan adik-adik dia sebelum dia fikir pasal diri dia sendiri"sambungnya.

Ian mengerling pada tiga orang anaknya yang sedang menunggunya di berdekatan dengan kereta atas permintaannya sendiri.

Ian mengerling pada tiga orang anaknya yang sedang menunggunya di berdekatan dengan kereta atas permintaannya sendiri

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[C]Nasuha Cassandra S2 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang