Lena Aysar terganggu apabila mukanya terasa seperti disentuh seseorang.
"Hmmm?"
Matanya dibuka dengan perlahan-lahan.Terpisat-pisat mata Aysar pada ketika itu.
"Eh?"
Kelihatan anak-anaknya sedang memanjat di atas badannya sambil meraba-raba mukanya.Secara automatik bibir merah itu mengukirkan senyuman nipis.
Matanya terpaku pada Hayyan yang asyik menghisap baju yang dipakainya sehingga basah.Apa pulak yang anak aku buat ni?
Aysar menggelengkan kepalanya.Ayra pula asyik menarik hidungnya mancungnya.
"Ayra...dah kenapa tarik hidung baba ni?"tangan kecil itu dipegang oleh Aysar.Hidungnya digeselkan pada hidung kecil Ayra.
Ayra terkekeh ketawa.
"Hmphh!"
Aysar memandang Hayyan yang tercebik-cebik memandang dirinya.Macam nak nangis je tengok.
"Kenapa ni sayang?Meh sini kat papa"diangkat tubuh kecil itu ke atas dadanya bersebelahan dengan Ayra.Wajah kedua-dua orang anaknya dipandang dengan penuh kasih sayang.
"Hayyan jealous eh dengan kakak? Alolololo meh sini papa kiss"dicium lama pipi anak lelakinya itu.
Tidak lama selepas itu Hayyan terus tersenyum mempamerkan gusinya yang comel itu.
Krakk...
Mata Aysar dikalihkan pada pintu bilik air.Kelihatan isterinya keluar bersama bathrobe yang tersarung pada tubuh langsingnya.
Mata nakal Aysar memandang Naura dari atas hingga bawah berulang kali.Aihh pehal seksi sangat isteri aku ni?
"Apa pandang-pandang?Ada hutang ke?"jeling Naura yang sedang mengeringkan rambutnya yang panjang itu dengan menggunakan hair dryer.
Aysar tersengih.
"You look so sexy sayang"ujar Aysar sambil tersengih.
"Whatever lah abang.Abang jaga anak-anak kejap eh.Saya nak pakai baju"selepas siap mengeringkan rambutnya,Naura terus ke arah ruangan yang menempatkan baju-bajunya.
Aysar memandang anak-anaknya lama."Sayang papa...papa nak pergi tengok mama kejap eh.Duduk kat sini diam-diam okay"diletakkan kedua-dua anaknya itu di atas katil.
Bantal diletakkan di sisi mereka berdua agar tidak terjatuh daripada katil.
Selepas itu Aysar terus menemui isterinya yang leka memilih baju yang sesuai.
Matanya memandang betis Naura yang putih melepak itu.
Tanpa bersuara,Aysar memeluk isterinya daripada belakang.
Terperanjat Naura dibuatnya.Dijeling wajah suaminya yang tersangatlah dekat dengan mukanya.
"Buat apa kat sini?Pergilah jaga anak-anak tu"pelukan Aysar cuba dia leraikan namun tidak berjaya.
"Abang dah letak bantal tepi diorang.Kasilah abang nak manja-manja dengan isteri abang ni"hidungnya digeselkan pada leher isterinya.
Terbuai Aysar dibuatnya kerana bau aroma sabun mandian yang melekat pada tubuh itu menerobos masuk ke dalam hidungnya.
"Wangi"
Naura menggelengkan kepalanya.
"Memanglah wangi.Saya baru siap mandi kan"tanpa memperdulikan suaminya yang sibuk menggeselkan hidung pada lehernya,tangan Naura masih ligat mencari baju yang sesuai untuknya.

YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra S2
Romance{COMPLETE} Please... just go away.You hurt me so much- Nasuha Cassandra I'm so sorry....Abang minta maaf.Abang takde niat nak buat sayang macam ni.Abang sayangkan isteri abang dan anak-anak kita.Please forgive me sayang- Ian Naufal Park I'm his firs...