Keluarga Ian dan Suha memberi ruang kepada pasangan suami isteri itu ruang bagi menyelesaikan apa yang patut diselesaikan.
Kalau diikutkan Fayyad nak je membelasah abang iparnya itu.Dia pasti ada sesuatu yang terjadi di antara mereka berdua.
Ian memandang isterinya lama.Suha pula hanya menundukkan kepala seraya bermain dengan jarinya sendiri.
"Kenapa selamatkan saya?"
Hanya Ian dan Suha sahaja di dalam wad tersebut.Ian memandang isterinya yang kelihatan lemah itu.
"I can't lost you"
"Tapi...nyawa anak saya yang awak pertaruhkan.Anak saya dah takde.Kenapa selamatkan saya?Kalau awak tak selamatkan saya,anak saya pasti selamat"air mata Suha jatuh berguguran membasahi pipinya.
Sejak dia mengetahui bahawa salah seorang anaknya telah tewas gara-gara Ian mahu menyelamatkan nyawanya dia berasa seperti seorang ibu yang gagal.Gagal untuk melindungi anak sendiri.
Mata Ian mula berkaca-kaca namun dia berusaha untuk menahan diri daripada menghamburkan air mata.
Hatinya turut sama berasa sakit kerana kehilangan anak kandungnya sendiri.
"Sayang..."
"Please stop it.Don't call me sayang kalau awak sendiri ada hati pada perempuan lain.Saya tak suka.Saya benci!"
Ian berasa sayu dan lemah melihat keadaan isterinya.
"I'm sorry..."
"Please... just go away.You hurt me so much"tangis Suha.
Setelah dia sedar,dia dapati bahawa salah seorang anak kembarnya telah meninggal dunia.Kehilangan anak bukannya sesuatu yang mudah bagi seseorang yang bergelar ibu.
Ian mula menitiskan air matanya.Hatinya sakit.Hatinya pedih melihat isterinya seperti itu gara-gara dirinya.
"Abang minta maaf tapi abang tak boleh kehilangan isteri abang"pohon Ian dengan diselangi oleh esakkan.
Suha membiarkan air matanya mengalir.Dia mahukan anaknya!Tapi tidak boleh kerana anaknya telah meninggal dunia.
"You can't lost me?Awak yang berani nak duakan saya jadi takkan awak tak berani untuk kehilangan saya?"ujar Suha lagi.
"Saya tak nak biadap dengan awak.Awak masih suami saya yang sah tapi tolong...jangan tunjuk muka awak depan saya buat masa sekarang"rayu Suha dalam tangisannya.
Tangisan Suha ibarat pisau belati yang menghiris tajam hatinya sehingga menjadi kepingan-kepingan yang halus.
"Tapi sayang-"
"Please!Just go!"
Tangisan Suha semakin bergema di seluruh wad tersebut.
"Maafkan abang..."rintih Ian.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra S2
Romance{COMPLETE} Please... just go away.You hurt me so much- Nasuha Cassandra I'm so sorry....Abang minta maaf.Abang takde niat nak buat sayang macam ni.Abang sayangkan isteri abang dan anak-anak kita.Please forgive me sayang- Ian Naufal Park I'm his firs...