4🌼

3.1K 183 26
                                    

"Abang...kan saya dah cakap tak payah buat.Haihh orang cakap taknak dengar"Naura menjeling tajam ke arah Aysar yang sedang memandikan Ayra.

"Alahh bukan selalu.Kali ni biar abang pulak yang buat.Sayang rehat je"dibawa bayi kecil itu ke arah katil selepas siap memandikan bayi perempuannya itu.

Naura menghela nafas panjang.Dipandang baju Aysar yang basah itu.

Tanpa bersuara,Naura pergi ke arah almari untuk mengambil baju dan seluar.

"Ayra dan Hayyan ni biar saya yang uruskan.Abang pergi tukar baju seluar tu.Dah basah dah tu"diserahkan pakaian itu kepada suaminya.

"Bukak baju abang"

Aysar berdiri di hadapan Naura sambil tersengih.

Naura berdecit halus.Mengada betul lah orang tua ni🙄

"Bukak sendirilah.Jangan nak mengada eh"ujar Naura dengan nada yang geram.Nak je aku cekik dia ni.

"Alahh taknak!Nak sayang jugak yang tolong bukakan.Kalau tak abang taknak tukar baju"Aysar mencebikkan bibirnya seakan sedang merajuk.

Kalau tak abang taknak tukar baju"Aysar mencebikkan bibirnya seakan sedang merajuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naura mengeluh panjang.

Nasib suami kalau tak memang aku pelengkung mamat ni.

"Angkat tangan"

Dengan senang hati Aysar mengangkat tangannya.Senyumannya semakin melebar apabila melihat Naura mengurangkan jarak mereka berdua.

"Tunduk sikit"

Aysar merendahkan sedikit badannya memandangkan Naura agak rendah daripadanya.

Sebenarnya Naura berasa berdebar apabila berada dekat dengan Aysar.Lebih-lebih lagi apabila Aysar merenungnya lembut.Kau boleh faham tak perasaan aku macam mana?

Tanpa memandang ke arah Aysar,Naura menanggalkan baju basah itu daripada badan kekar Aysar.

Maka terserlahlah tubuh kekar Aysar yang kelihatan sangat...fuhhh hot nak mati.

Aysar menyembunyikan senyumannya apabila melihat wajah Naura mula berona kemerah-merahan.Malulah tu...

"Kenapa tak pandang abang?"dengan nada yang agak menggoda Aysar bertanya seraya merangkul pinggang kecil itu.

Secara automatik,tangan Naura menahan dada bidang Aysar daripada rapat dengannya.Muka Naura semakin merah semasa tangannya menyentuh dada bidang itu.

"Comel lah isteri abang ni"satu kucupan ringkas singgah di pucuk hidung mancung Naura sehingga wanita itu terkaku di situ.

Apahal kau attack aku macam ni!!!

"Abang lepaslah.Saya nak uruskan buah hati abang tu"Naura cuba meleraikan rangkulan di pinggangnya namun tidak berjaya.

"Kenapalah sayang abang ni still malu dengan abang?Sayang dengan Suha sama je.Dua-dua pemalu"gelak Aysar.

Sememangnya dia tahu tentang itu kerana Ian pernah memberitahunya.Tak sangka pulak dua-dua pemalu.Lagi-lagi si Naura ni.Nampak kasar tapi cehh pemalu jugak dia ni.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now