41🌼

3K 182 97
                                    

"Ian, dah lama awak tak call saya.Kenapa ni?Saya rindukan awak.Bila kita nak keluar jalan-jalan lagi?"

Suha yang berada di corong telefon itu hanya terdiam.Suara Yuki yang manja itu agak menyentapkan hatinya.

Suha mengeluh panjang.

"Ian?Awak dengar tak saya cakap ni?"

"Ian? Sayang~"

Sayang?Hati Suha ibarat diragut dengan kuat pada tika ini.

"Kejap.Ian ada dalam bilik air sekarang"akhirnya Suha bersuara.

Secara automatik Yuki terdiam seribu kata.Dia benar-benar tidak menyangka yang Suha mengangkat panggilannya.

"Suha..."

"Don't worry.After saya bersalin awak dan Ian boleh buat je semua yang korang nak buat.Masa tu saya dah tak kisah.Lepas saya bersalin awak boleh lah cuba ambik hati anak-anak saya

Suami saya dah tak sayang saya.Dia sayang awak.Jadi...biar saya yang undurkan diri"

Lain macam je kata-kata Suha pada tika ini.

"Nasuha Cassandra!"

Suha mengeluh.Dia menoleh ke belakang.Kelihatan Ian baru sahaja keluar dari bilik air.

"Yuki call.Dia cakap dia rindukan awak"Suha hanya berlagak biasa.Telefon diserahkan kepada suaminya.

Kelihatan muka Ian agak tegang pada saat ini.

Telefon diambil oleh Ian secara kasar.Talian yang masih bersambung itu diputuskan oleh Ian tanpa ragu-ragu.Setelah itu Ian terus melemparkan telefonnya ke atas katil.

Suha hanya melihat sahaja.

"Kenapa?"

"Kenapa awak tanya?Berapa kali saya cakap yang saya sayangkan awak!Susah sangat ke awak nak faham semua ni?!Saya takkan kahwin dengan Yuki.Saya cuma nak awak sebagai isteri saya"kesal Ian.

"Bukan tak percaya.Tapi...saya tak nak berharap selepas apa yang berlaku di antara kita.Kalau sayang dia kenapa tak jadikan dia milik awak?Jangan permainkan perasaan perempuan.Saya perempuan dia pun perempuan.

Saya faham perasaan sakit apabila dipermainkan.Kalau awak nak saya seorang sebagai isteri awak...tolong tinggalkan Yuki"

Masalahnya dia sayangkan Yuki!

Ian terdiam seribu bahasa.

"Saya sentiasa bagi awak peluang.Tapi awak langsung tak hargai.Peluang saya sentiasa akan terbuka sehinggalah saya bersalin.

Hari-hari saya doakan supaya hati saya sentiasa terbuka untuk beri awak peluang.Tapi awak tetap pilih Yuki.Betapa sakitnya hati saya sampaikan hingga ke saat ni saya cuba untuk tidak membabitkan hal penceraian.

Kuasa di tangan awak.Kalau betul awak dah tawar hati dengan saya...pulangkan saya kepada umi dan abi"lembut sahaja Suha berbicara.

"Awak akan tetap jadi isteri saya sampai bila-bila.Jangan pernah cakap tentang cerai sebab awak milik saya.Saya takkan lepaskan awak"tutur Ian.

Suha tersenyum lagi.

"Terima kasih sebab buatkan saya seperti dihargai.Saya cuma nak jadi isteri awak hingga akhir nafas saya.Kalau lah pada akhirnya saya ditakdirkan dijemput Ilahi...biarlah saya dijemput dalam keadaan saya masih berstatus isteri awak"

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now