45🌼

4K 200 311
                                    

"Jangan nangis"

Jari jemari kecil itu menyapu air mata Ian.Ian agak terbungkam kerana agak terkejut.

Dua orang kanak-kanak berkulit cerah itu tersenyum manis kepada Ian.

Dua orang kanak-kanak berkulit cerah itu tersenyum manis kepada Ian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Timbul rasa malu pula terhadap mereka berdua.

"Kenapa adik ada kat sini?Mak ayah adik mana?"tanya Ian dengan lembut.Air mata disapu dengan segera lantas digantikan dengan senyuman manis.

"Kami tengah cari papa.Mama sakit"air muka mereka berdua menjadi keruh.Mereka berdua saling menundukkan muka masing-masing.

"Ouhh cari papa.Papa adik ada kat sini ke?Sebab uncle dari tadi seorang je kat sini"balas Ian.

"Haah papa ada kat sini.Kami datang sebab papa nangis sebab kami dan mama"tercebik-cebik bibir kecil itu seperti mahu menghamburkan air mata.

Ian menganggukkan kepalanya tanda faham walaupun hakikatnya dia berasa agak pelik.

"Ouhh kalau macam tu uncle dah kena pergi ni.Isteri uncle ada di hospital ni"bagitahu Ian.

Kedua-dua mereka mengukirkan senyuman kepada Ian.

Tiba-tiba mereka berdua memeluk Ian dengan erat.Ian agak terkejut namun entah mengapa dia tidak marah.Sebaliknya dia berasa tenang.Terasa dekat sangat dengan si cilik itu.

"Sayang papa"

Pipi kiri dan kanan Ian dicium lama oleh mereka berdua.

Ian tergamam.

"Papa?"

Mereka berdua hanya tergelak.

"Nanti papa layan mama baik-baik tau.Kakak tak nak mama nangis lagi.Mama selalu nangis malam-malam.Sampaikan mata mama bengkak sebab banyak sangat nangis"balas 'kakak'.

Ian memandang wajah kanak-kanak itu dengan pandangan yang kebingungan.

"Adik pun tak nak papa buat mama nangis lagi.Lepas ni mama akan lebih banyak nangis.Papa pujuklah mama.Mama sayang sangat pada papa.Sebab tu mama nak kami lahir"senyum 'adik'.

"Kenapa panggil uncle...papa?"

"Papa kan papa kitaorang"mereka memeluk lagi badan Ian dengan erat seperti mahu melepaskan rindu.Lebih-lebih lagi 'kakak'.

"Hah???"

"Nanti papa akan tahu jugak.Apa yang penting sekali jangan pernah menyesal dengan keputusan papa.Kakak sayang papa.Sayang sangat-sangat.Setiap malam papa usap perut mama.

Kakak suka sangat.Adik pun suka.Emm kakak dah kena pergi sekarang.Pergi jauh..." 'kakak' mula bergerak menjauhi Ian.

Ian masih lagi tergamam.Dia seperti bingung dengan apa yang terjadi sekarang.

Tindakan spontan Ian memeluk kembali 'kakak'.

Dia sendiri bingung kenapa dia bertindak sedemikian rupa.Tapi yang pastinya dia tidak sanggup untuk berjauhan dengan si cilik itu.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now