38🌼

2.5K 178 136
                                    

"Maafkan abang..."

Suha tidak membalas pelukan suaminya.Dia hanya diam dan menangis di dalam pelukan suaminya.

Ian telah mendengar setiap bait yang meniti di bibir isterinya.Tangisan isterinya membuatkan hatinya sangat sakit.Pedih sangat-sangat sehinggakan dia sendiri mengalirkan air mata.

It's so hurt...

"Maafkan abang..."

"You lie to me"Suha bersuara di dalam esakkannya seraya meleraikan pelukan suaminya.

Suha beranjak ke belakang tidak mahu berada dekat dengan Ian.Air mata masih lagi berjujuran membasahi pipi mulusnya.

"Please don't cry..."lirih Ian seraya mencuba untuk mendekatkan diri dengan isterinya.

"Please jangan dekat dengan saya.Saya takut saya hilang kawalan"ujar Suha dengan suara yang bergetar.Air mata disapu dengan segera.

Dalam keadaan emosinya yang tidak stabil ini,Suha takut dia akan hilang kawalan sehingga akan melukakan hati suaminya.

"Abang dah dengar semuanya kan?Jadi saya nak minta maaf.Maaf sebab tak jujur pada abang.Maaf sebab saya tak bagitahu abang yang saya dah tahu soal abang dan Yuki"Suha mencuba untuk memaniskan wajahnya.

"Sayang..."

Suha meminta maaf daripada dirinya sedangkan kesalahannya lebih besar daripada apa yang Suha lakukan.

Walaupun Suha tahu yang semua ini berpunca daripadanya sendiri...dia masih memohon maaf.

"Kenapa sayang tak bagitahu umi pasal abang?"matanya yang sembab tertunak pada isterinya.

Suha tersenyum hambar.

"Sebesar mana kesilapan abang...abang tetap suami sata.Suami saya yang sah.Saya isteri abang.Aib abang saya kena jaga.Berdosa saya jaja aib suami sendiri kepada orang luar walaupun kepada ibu bapa saya sendiri"

Ian meraup kasar wajahnya.Bersalah.Tertekan.Takut.Risau.Sedih. Semuanya bercampur baur.

"Abang...abang janganlah nangis.Benda dah jadi.Saya nak halang sekalipun ibarat sia-sia sebab abang cintakan dia"air mata Suha tumpah lagi.

"Sayang...dengar dulu penjelasan abang"pinta Ian.Pilu hatinya melihat wajah sedih isterinya.

"Okay.Abang bagitahu saya apa yang perlu saya tahu"

"Abang tak sangka yang perasan abang kembali ada.Abang tak boleh nak halang.Perasaan ni datang tanpa abang sedari.

Abang mengaku yang abang cintakan Yuki.Maafkan abang sayang..."air mata Ian turut sama tumpah.Jujur sahaja yang hatinya tersangatlah sakit melihat wajah kecewa isterinya.

"Akhirnya...abang jujur pada saya.Selama ni saya diam sebab saya tak nak desak abang.Paksa abang.Saya tunggu abang jujur dengan saya.Terima kasih sebab jujur"senyum Suha seraya mengusap perutnya.

Mata Ian menyorot pada perut isterinya.Entah mengapa dia berasa sebak.

Maafkan papa.Papa dah sakitkan hati mama.Papa memang teruk kan?

"Tapi abang masih cintakan sayang"

"You don't love me when abang sendiri yang cakap dengan saya yang abang cintakan dia.Takpe...maybe saya yang tak cukup sempurna untuk jadi isteri awak"

Ian tergamam.

Awak?

Untuk pertama kalinya Suha memanggilnya awak.Bukan abang.Ini bermakna Suha benar-benar terasa hati terhadapnya.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now