20🌼

2.3K 165 45
                                    

Cubitan pada bawah lengan Ian dilepaskan secara kasar.Ian mengusap bawah lengannya yang terasa pedih itu dengan wajah menyeringa kesakitan.

Puan Park mendengus kasar.

Ian menelan kasar air liurnya apabila matanya bertemu dengan mata tajam eommanya.

"Kenapa tak balik semalam?Takkan lah busy sangat sampai tak boleh balik.Ni Jimin dah pakai baju lain.Jimin tidur kat mana semalam sampai lupa anak isteri kat rumah?"amarah Puan Park sambil bercekak pinggang.

Ian berasa serba salah untuk jujur ataupun tidak.

Kalau dia jujur memang bersenilah muka dia kena lempang karang.Eomma dia ni bukan boleh jangka sangat.Time dia berlembut memang dia berlembut.Tapi kalau dia naik angin appa sendiri taknak masuk campur.

"Jimin tertidur di pejabat.Before balik Jimin mandi kat sana terus.Mianhae eomma..."Ian menyandarkan kepalanya pada bahu eommanya.

Puan Park mengeluh panjang.

Wanita itu mengusap lembut rambut hitam pekat anak sulungnya itu.

"Eomma bukan apa...Jimin tahukan yang Suha tu sedang mengandung. Mengandungkan darah daging kamu sendiri.Ingat tu.Kalau apa-apa jadi pada Suha dan cucu eomma tu memang mati eomma kerjakan"sempat lagi wanita itu menarik kuat rambut anaknya.

"Sakitlah eomma!"Ian menarik muncung panjang tanda protes.Dia membetulkan kembali rambutnya.

"Eii kalau ikutkan hati memang eomma cincang Jimin lumat-lumat.Haihh lain kali balik awal.Jangan sampai jadi apa-apa pada anak dan isteri Jimin baru nak menyesal"

Ian menundukkan kepalanya sambil menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Ni Jimin dah breakfast ke belum?Kalau belum...ikut eomma pergi bawah.Breakfast dulu.Suha tu biarkan je dalam bilik tu.Lagipun dia tengah tidur sekarang"

"Tapi-"

"Jangan nak bantah.Ikut eomma sekarang"dengan selambanya Puan Park mengheret lengan anaknya agar menuruni anak tangga untuk ke ruangan makan.

Ian mengeluh perlahan sambil kakinya membuntuti langkah eommanya.

*****

Naura memandang Widad lama sebelum bersuara.

"Jaga anak-anak aku dengan baik.Aku tak nak ada walaupun calar pada badan diorang"tegas Naura dengan mata yang tajam bersama suara yang separa berbisik.

Widad hanya tersenyum sahaja memandang ibu bapa Aysar masih berada di situ.

Naura memandang anak perempuannya yang masih berada dalam dukungannya itu.Dilabuhkan satu ciuman yang lembut pada ubun-ubun Ayra.

"Sayang,abang hantarkan sayang ye"

"Tak payahlah.Saya boleh pandu sendiri kereta.Abang pergilah pejabat.Kang lambat pulak masuk office"balas Naura kepada suaminya yang sedang mendukung anak lelaki mereka,Hayyan.

"Okaylah kalau macam tu abang pergi dulu ya.Assalamualaikum sayang"satu kucupan dilabuhkan pada ubun-ubun isteri kesayangannya itu.Hayyan pula diserahkan kepada Yoojung.

"Waalaikumussalam"tangan kekar Aysar dikucupnya dengan rasa hormat.

Aysar tersenyum manis sambil mengusap lembut pipi isterinya sebelum mengorak langkah ke arah keretanya untuk ke tempat kerja.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now