Suha tersedar daripada lenanya.Tetpisat-pisat matanya pada tika ini.
Suha mengerling ke sebelah ternyata Ian tiada di sebelah.
"Abang?"
Suha bangun daripada katil.Rambutnya yang panjang itu diikat ringkas.
Matanya tertumpu pada satu figura suaminya yang sedang terlelap sambil mendukung bayi mereka.Suha mendekati sofa itu sambil tersenyum nipis.
Jam di dinding dikerling sekilas.Pukul 3 pagi.
"Abang"bahu suaminya disentuh dengan tujuan untuk mengejutkannya.Namun Ian masih lagi terlena bersama Mia di dukungannya.
"Abang"pipi Ian disentuh oleh Suha.
Tidak lama kemudian, barulah Ian tersedar dari lenanya.Terpisat-pisat matanya sebelum dia menepuk lembut belakang Mia dengan tujuan agar anaknya itu tidak tersedar.
Suha tersenyum nipis."Kenapa abang tidur kat sini?"tanya Suha sambil melabuhkan punggung di sebelah suaminya.
Ian hanya tersenyum sebelum dia melabuhkan sisi kepalanya di atas bahu isterinya.Mengantuk sangat dia ni.
"Abang, janganlah tidur kat sini.Nanti abang sakit belakang.Sakit pinggang.Mia ni biar saya letak dalam baby cot"ujar Suha.
Ian membuka matanya yang semakin berat itu.
"Tak boleh.Nanti Mia tersedar lagi"ujar Ian perlahan.
Suha tercengang.Jadi Ian bangun sebab Mia tersedar?Kenapa tak bagitahu?Haihh Ian ni...
"Kenapa tak bagitahu saya yang Mia tersedar?Kesian abang kena tengokkan Mia.Bagi Mia pada saya.Mia tidur dengan kita je"ujar Suha lagi seraya menolak perlahan kepala suaminya bagi mengambil Mia daripada Ian.
Suha menarik tangan Ian agar mengikutinya.Dalam keadaan mengantuk,Ian berjalan ke arah katil.
"Abang tidur je.Mia biar saya yang jaga"ujar Ian Suha sambil tersenyum nipis.
"Takpe ke?Nanti sayang penat pulak"balas Ian dalam mata yang separa terbuka.
Suha menahan gelak.
"Takpe.Abang tidur je.Dah banyak kali abang berjaga sebab nak tengokkan Mia.Kesian abang"keluh Suha.
Dia berasa kasihan kepada Ian yang sentiasa terjaga kerana Mia sering kali tersedar pada malam hari.
Oleh kerana dia sendiri terlalu mengantuk,Ian hanya akur sahaja.Suha mengerling sekilas pada suaminya yang telah lena itu.
*****
"Ayden,jangan kacau mama okay"pesan Ian kepada anak lelakinya.
"Okay papa"balas Ayden.
Suha yang sedang mendukung Mia itu tertawa kecil.
"Abang,abang tau tak yang abang ni terlalu overprotective pada saya.Abang,saya dah okaylah.Pantang pun dah nak habis"gelak Suha.
Ian yang sedang memasak itu menoleh ke arah isterinya.
"Ehh mana boleh.Selagi tak habis pantang selagi tu abang akan protect sayang"balas Ian.
Suha menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
Tipulah kalau dia tak berasa gembira kerana suami sendiri melayan dia seperti seorang puteri.Selama dia di dalam pantang,semua kerja Ian yang uruskan termasuklah memasak dan membersihkan rumah.Tapi kalau memasak bukanlah selalu
Eomma pula datang untuk memasak dan mengurut Suha yang kadang-kadang merasa sakit pada pinggangnya.
Hari ini eomma tidak dapat datang kerana perlu ke rumah ke ibu bapa Sejeong.Katanya ada sesuatu yang hendak dibicarakan tentang Sejeong dan Jaehyun.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra S2
Romance{COMPLETE} Please... just go away.You hurt me so much- Nasuha Cassandra I'm so sorry....Abang minta maaf.Abang takde niat nak buat sayang macam ni.Abang sayangkan isteri abang dan anak-anak kita.Please forgive me sayang- Ian Naufal Park I'm his firs...