Flashback
"Kakak masih marahkan Ian lagi ke?"
Sebenarnya dia tidak tahu apa masalah anak dan menantunya itu tapi sebagai seorang ibu dia dapat rasakan yang ada sesuatu yang terjadi.
Suha hanya diam sahaja.
"Umi taknak masuk campur urusan rumah tangga kakak dan Ian.Tapi sekarang ni umi terpaksa masuk campur"sambung Puan Sri Hajah Darliya.
"Umi...kejam ke kakak kalau kakak hukum dia dengan cara ni?"
"Manusia takkan lepas daripada melakukan kesilapan.Ye memang dia ada buat salah tapi cuba kakak pikirkan elok-elok.Andai kata kakak nak bercerai dengan Ian.
Apa nasib anak-anak kakak?Mikayla rapat sangat dengan Ian.Apatah lagi Ayden.Jangan terlalu menghukum.
Kakak sayangkan Ian lagi kan?Jadi kalau boleh maafkan dia.Dia dah menyesal.Ian tu baik sangat.Dia tak pernah tinggikan suara dia dengan kakak.
Selama kakak hidup dengan Ian,ada dia pukul kakak?Takkan.Kita tidak boleh menghukum seseorang itu hanya kerana satu kesalahan yang dia lakukan.
Kalau dia banyak buat kebaikan tapi hanya satu kesalahan yang dia buat dan semua orang cop dia sebagai orang jahat.Tak adil kan?"ujar Puan Sri Hajah Darliya.
Suha mencapai tangan uminya.
"Umi, sebenarnya kakak rasa berdosa sangat sebab marah Ian.Kakak tak boleh nak kawal rasa marah kakak"tangis Suha.
"Maafkan Ian.Kesian dia umi tengok.Walaupun dia ada buat salah,cuba untuk memaafkan dia.Tak elok kita terus berdendam"nasihat Puan Sri Hajah Darliya lagi.
Suha hanya diam sambil mengangguk kepalanya.
End flashback
*****
Suha yang sedang berbual-bual dengan bayinya itu kelihatan agak terkejut dengan kehadiran seorang perempuan yang dikenalinya.
Yuki Ilayda.
Yuki tersenyum manis ke arah Suha.Dia mendekatkan diri dengan Suha.Suha memandang Yuki lama sebelum dia mengukirkan senyumannya.
"Tahniah Suha"
"Thanks"senyum Suha.
"Emm awak nak jumpa Ian ke?Kalau nak jumpa dia awak tunggu lah lama sikit.Sebab dia keluar ke cafe kejap.Nak beli makanan"sambung Suha dengan suara yang lembut.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra S2
Romansa{COMPLETE} Please... just go away.You hurt me so much- Nasuha Cassandra I'm so sorry....Abang minta maaf.Abang takde niat nak buat sayang macam ni.Abang sayangkan isteri abang dan anak-anak kita.Please forgive me sayang- Ian Naufal Park I'm his firs...