"Sayang..."
Suha yang sedang membaca novel itu tersentak apabila tiba-tiba sahaja suaminya memeluk erat pinggangnya.Bila masa masuk pun dia sendiri tak perasan.
Mananya nak perasan kalau diri sendiri khusyuk sangat membaca novel.Alah faham-faham jelah kalau perempuan dah start baca novel.Kalau panggil pun konfem tak dengar.
"Ehh abang?Bukan abang cakap abang ada kerja ke kena buat?Buat apa kat sini?"tanya Suha dengan lembut seraya menutup novel tersebut lantas diletakkan di sisinya.
Dipandang suaminya yang telah menyembamkan muka pada pinggangnya.Alahai dah kenapa dengan laki aku ni?
"Kenapa ni abang?Abang ada masalah ke?"tanya Suha lembut seraya memainkan jari jemari pada rambut Ian.
Setelah hampir lima minit Ian berdiam diri barulah jejaka kacak itu membuka mulutnya.Ian merungkaikan pelukannya pada pinggang isterinya seraya meluruskan badannya.
Tangan mulus isterinya dicapai dengan lembut.Suha hanya memandang suaminya, menunggu suaminya berbicara.
"Kenapa sayang tak bagitahu abang?"
"Bagitahu? Bagitahu apa?"
"Pasal Yuki.Sayang ada terserempak dengan dia tadi kan?"mata redup Ian tertunak pada mata hazel milik isterinya.
Suha mengetap bibirnya.Dia berasa serba salah.
"Maaf"
Ian mengeluh perlahan.
"Takpelah.Abang cuma nak tahu satu je.Sayang dah tahu ke?Pasal abang dan dia"
Dengan perlahan-lahan Suha menganggukkan kepalanya.Wanita cantik itu hanya menundukkan kepalanya.Dia berasa takut untuk bertentangan mata dengan suaminya.
Sekali lagi Ian mengeluh perlahan.
"Maafkan abang sebab rahsiakan perkara ni daripada sayang.Abang tak sanggup nak bagitahu sayang pasal perkara ni.Abang takut sayang kecewa dengan abang"tangan Suha dikucupnya berulang kali.
Suha tersenyum nipis sebelum dia beransur berasa tenang.
Tangannya ditarik bagi menghentikan perbuatan suaminya.Selepas itu kedua-dua tangan Suha menekup pipi suaminya.Satu kucupan singgap pada bibir merah itu.
Suha tersenyum nipis.
"Abang, I'm okay.Lagipun tu kisah silam abang.Takkan saya nak ungkit pulak.Tak adil lah kalau saya nak ungkit kisah silam abang sedangkan abang dah berubah.
Jadi kiranya abang tak nak bagitahu saya sebab risau saya kecewa lah ni?Alahai suami saya ni baik sangat lah.Abang janganlah risau.
Tadi saya cuma tanya pasal perkara ni je pad Yuki.And dia ceritakan so...biarkan jelah semuanya berlalu.And abang please maafkan dia..."
Ian mengalihkan matanya ke arah lain.
"Abang,pandang saya"
Dengan riak wajah yang sedikit berubah dia memandang wajah isterinya yang cantik itu.Dia berasa sedikit tenang apabila menatap wajah polos itu.
"Saya tahu yang abang marahkan dia sebab gugurkan kandungan tu tapi abang kena faham satu perkara ni...
Semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah takkan lakukan sesuatu perkara tanpa sebab.Kalau semua tu tak berlaku kita takkan pernah bertemu.
Ayden takkan wujud dalam dunia ni.Begitu jugak dengan Mikayla and our baby"tangan Ian ditarik lantas ditekap pada perutnya yang memboyot itu.
Ian memandang lama perut isterinya itu tanpa bersuara.Tangannya masih lagi menyentuh perut itu.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra S2
Romance{COMPLETE} Please... just go away.You hurt me so much- Nasuha Cassandra I'm so sorry....Abang minta maaf.Abang takde niat nak buat sayang macam ni.Abang sayangkan isteri abang dan anak-anak kita.Please forgive me sayang- Ian Naufal Park I'm his firs...