29🌼

2.3K 161 40
                                    

"Abang,saya nak tolong eomma masak"rungut Suha.

Ian yang sedang membelai rambut isterinya itu terus memandang wanita itu.Dia mencium sekilas dahi licin milik Suha.

"Tak payahlah.Eomma sendiri suruh sayang rehat.Rehat jelah sayang oii.Tak payah nak tolong eomma kalau diri tu tak sihat.Kang tak pasal-pasal pengsan kat dapur"bebel Ian.

Suha menarik muncung panjang tanda protes.

Ian tergelak halus.

"Eiii janganlah comel sangat sayang.Abang geram tau tengok sayang ni"digigit selamba pipi Suha yang semakin menggebu itu.

"Abang!"

Terkejut Suha dibuatnya.Ian hanya meletuskan tawanya melihat wajah isterinya yang cemberut.

"Apa abang ni?Nanti ada kesan tau tak"geram Suha.

Ian tidak memperdulikan isterinya sebaliknya dia terus memeluk erat tubuh Suha.Antara kegemaran... memeluk isterinya.

Kulit Suha yang lembut membuatkan Ian sentiasa berasa mahu memeluk wanita kesayangan itu.Rasa geram je.

"Dah dah lah sayang.Tak payah nak membebel.Sayang tidur"Ian mula memejamkan matanya sambil memeluk isterinya.

"Ehh?Saya tidur?Saya tak mengantuk lah.Yang abang pulak nak tidur kenapa?"

"Paksa jelah mata tu pejam.Abang mengantuk ni.Teman lah abang tidur kejap"kepala direhatkan di atas dada isterinya.

Terbuntang mata Suha dibuatnya.Muka Suha berona kemerah-merahan.Malu lah tu.

"Kepala tu tak boleh landing kat tempat lain ke?"geram pula Suha dibuatnya.Kang aku tolak karang bergolek kau nanti.

Ian tergelak halus.

"Tak boleh.Kat sini best"balas Ian dengan nada yang agak nakal.

"Tepilah abang..."

"Tak nak.Shuhhh sayang.Abang nak tidur ni.Baik sayang diam kalau tak abang kiss mulut tu.Tak reti duk diam eh?"sempat lagi dia memberi amaran kepada Suha.

Suha berdecit perlahan.Maka terpaksalah Suha membiarkan perbuatan suaminya.

*****

"Awak nak bawak saya pergi mana ni?Kau Suria apasal berpakat dengan mamat ni"geram Aurel.

Dijeling muka Fayyad dan Suria silih berganti.

"Sorry lah Rel.Ni cik abang kesayangan kau yang nak sangat keluar dengan aku.Aku tolong teman kau je.So jangan nak salahkan aku okay.Aku tak salah"ujar Suria selamba.

"Janganlah marah dia.Saya yang paksa dia bawa awak ke sini.Saya nak spend time dengan awak untuk kali terakhir ni"ujar Fayyad sambil tersengih.

Dahi licin Aurel berkerut seribu kerana tidak mengerti apa yang dibicarakan oleh Fayyad.

"Hari tu awak cakap awak dah tak nak jumpa saya.Tapi awak jumpa jugak saya.Lepas tu sekarang awak cakap macam tu lagi.Awak ni pelik lah Fayyad"gerutu Aurek yang berasa geram terhadap Fayyad.

Fayyad menjeling ke arah gadis tu.

Memanglah tapi nak buat macam mana saya rasa serba salah pada awak wahai Cik Aurelia Sophea oiii, rungut Fayyad.

Kang aku debik budak ni kang sia-sia hidup.

"Diam ah.Kang saya debik awak kat sini kang"jeling Fayyad.

Terbuntang mata Aurel pada tika itu.

"Ehh suka hati nak debik orang.Kang saya tumbuk awak kang"mereka berdua bertikam mata.Dah macam nak berperang dah diaorang ni.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now