"Auntie sihat?"
Puan Park mengerling sekilas pada wanita cantik itu.Sudah hampir 10 tahun Yuki pergi membawa diri ke China selepas peristiwa hitam itu.
"Auntie sihat je.Yuki apa khabar?Sihat ke?"
"Yuki sihat je cuma Yuki emmm..."Yuki kelihatan serba salah untuk menghabiskan ayatnya.Sumpah dia berasa serba salah.
"Yuki nak jumpa Jimin ke?"
Yuki tersenyum kelat seraya mengangguk perlahan.
"Tapi auntie tak rasa yang dia nak jumpa Yuki.Lebih baik Yuki balik sekarang.Kalau Jimin balik mengamuk dia nanti"nasihat Puan Park lembut.
"Auntie...Yuki tahu yang Yuki dah banyak buat salah pada dia.Yuki nak mintak maaf sangat-sangat.Yuki tak patut buat macam tu dulu.Yuki betul-betul dah menyesal"lirih Yuki dengan mata yang berkaca-kaca.
Puan Park dan Tuan Park saling berbalas pandangan.Mereka berdua berasa serba salah.
Tiba-tiba...
"Apa kau buat kat sini??!!"
Terbeliak mata Yuki apabila mendengar suara yang sangat dirinduinya itu. Dia menoleh ke belakang.
Kelihatan figura tegap Ian sedang menyeringa tajam ke arah Yuki.Sungguh dia bencikan wanita itu.Sejak daripada peristiwa hitam 10 tahun yang lalu, perasaan sayang dan cinta itu telah hilang dengan serta merta.
*****
Ian dan Yuki kini berada di luar rumah.Di bahagian taman mini milik Puan Park.Ian langsung tidak memandang ke arah wanita cantik itu.
Perasaan sakit masih lagi bermaharajalela di dalam hatinya.
Yuki mengeluh berat.
"Awak,saya mintak maaf"
Ian berdecit sinis."Mintak maaf?Kau pikir perkataan maaf tu boleh kembalikan dia ke?"sinis Ian tanpa memikirkan perasaan wanita itu.
"Ye saya tahu saya bodoh sangat.Tapi saya buat sebab kita masih lagi muda masa tu.Saya taknak awak terbeban dengan semua tu"rintih Yuki.Memang salah dia.Semua yang berlaku adalah salah dia.
"Dahlah.Lebih baik kau baliklah.Aku semak tengok muka kau kat sini!Aku akan bencikan kau sampai bila-bila.Sebab kau memang tak berhati perut!"herdik Ian dengan muka yang kemerah-merahan.
Ya dia memang sangat marah kepada wanita itu.
"Please maafkan saya..."
"Dahlah.Baik kau berambus dari sini sebelum aku naik angin!"tengking Ian.
Mata Yuki mula berkaca-kaca.Ian tidak pernah menengkingnya selama mereka kenal.Tak pernah walaupun sekali Ian meninggikan suaranya kepadanya.
Tapi sekarang...
Yuki menghamburkan tangisan di hadapan Ian.Sungguh hatinya sakit kerana ditengking oleh Ian.
Ian meraup wajahnya kasar.
Tertekan pulak rasa sekarang.
Dipandang Yuki yang menangis teresak-esak.Dia tidak pernah membuat Yuki menangis tapi hari ni dia telah menyebabkan wanita itu menitiskan air mata.
Dia tidak suka melihat air mata yang mengalir dari tubir mata Yuki.Sakit sangat hati ni.
Tanpa melengahkan masa,Ian terus masuk ke dalam rumah lantas menuju ke biliknya.Tujuannya hanya satu...
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra S2
Romance{COMPLETE} Please... just go away.You hurt me so much- Nasuha Cassandra I'm so sorry....Abang minta maaf.Abang takde niat nak buat sayang macam ni.Abang sayangkan isteri abang dan anak-anak kita.Please forgive me sayang- Ian Naufal Park I'm his firs...