Chapter 5- Rejected?

392 23 2
                                    

×Edward's POV×

Masuk sahaja ke dalam kelas, mata aku terus mencari kelibat dua orang kawan baik aku. Siapa lagi kalau bukan David dan Jayden. Rupa-rupanya mereka yang bagi alamat rumah kepada abang-abang aku. Macam mana aku tahu? Adalah.

     "Eddddy, awal kau hari ni. Biasanya 5 minit kelas nak bermula pun tak nampak lagi bayang kau, sahkan badan kau." Ucap David di tempat duduknya.

     "Hm." Setelah meletakkan beg galas di atas kerusi, aku terus kembali melihat mereka."Korang ni memang suka cari pasal kan?"

     "Oh, dah tahu ke? 6 bulan is enough lah, Eddy. Nak bersweet dengan Jay pun susah kalau ada kau. Jay is mine, okay." Kata David dengan gaya sempoi seperti biasa sambil memeluk lengan Jayden.

     "Ew, kau ingat aku gay? Tak ada masa aku nak rampas Jay dari kau. Korang kena ingat, aku still best friend korang. Kalau korang tak layan aku, siaplah." Kata aku sambil duduk di atas meja Jayden. Jangan fikir mereka 'couple'. Ini hanyalah gurauan semata-mata. Tidak melibatkan orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

     "Iyalah wahai baby Eddy yang sangat comel. Patik menurut perintah." Aku buat gaya rolling-eyes seketika.

     "Oh, nanti time rehat nak pergi kantin tak? Hari ni seingat aku ada donat karamel." Kata David. Mata aku bercahaya.

     "Donat karamel? Seriuslah? Of course aku pergi." Kata aku. Sebenarnya, aku bercadang untuk duduk di dalam kelas sahaja sebab malas nak terserempak dengan Diana. Exception for donat karamel.

     "That's Eddy yang aku kenal." Kata David. Kami nak berkawan selama 4 tahun. Dia tahu semua makanan kegemaran aku.

     "Korang pergilah kantin dulu. Aku kena tolong Cikgu Anna dekat library." Kata Jayden. Aku dan David mengangguk.

     Tiba sahaja waktu rehat, aku pergi ke kantin bersama David. Sepanjang perjalanan, David banyak bersuara manakala aku pula mengelamun sahaja. Sampailah satu tahap, David berhenti mengejut.

     "Kau ni dah kenapa, David? Cepatlah."

     "Aaa, aku tak ada selera lah nak makan donat karamel hari ni. Jom kita pergi koperasi. Nak beli air yogurt." Kata David tiba-tiba. Aku terlopong. Seriuslah? Aku datang sini hanya kerana donat karamel bukan nak patah balik pergi koperasi dekat tingkat 3 block B tu.

     "Jangan nak mengarut. Aku tetap nak beli donat karamel. Tak kira." Aku meneruskan perjalanan sampailah aku ternampak Diana.

     "Please Ethan, I want you to be my boyfriend!" Jiwa aku ditusuk sembilu. Walaupun aku tidak tahu apa maksud sembilu, jiwa aku tetap sakit. Lelaki yang dipanggil 'Ethan' itu hanya memandang Diana tanpa balasan.

     "No, sorry." Selepas itu, dia duduk kembali bersama rakan-rakannya yang bergelak-tawa dengan situasi yang berlaku. Muka Diana merah menahan malu. Seingat aku, Diana tak pernah ditolak kerana dia merupakan seorang gadis yang cantik dan rupanya yang menawan. Aku terpana di situ dan memandang David.

     "Jom pergi beli air yogurt." Akhirnya, kami berlalu dari situ. Separuh hati aku rasa sedih dan separuh lagi gembira kerana lelaki itu menolak Diana.

     Setelah membeli air yogurt, kami duduk di kerusi yang disediakan. Sebenarnya, badan aku rasa panas waktu naik tangga tadi. David perasan keadaan aku.

     "Kau okey? Tak sihat ke?" Tanya David. Aku menggeleng.

     "Entahlah. Okey je rasanya. Cuma sakit kepala sikit." David mengangguk. Sewaktu aku bangun dari kerusi, pandangan aku gelap seketika dan aku duduk balik.

     "Wei, okey tak?" Kali ini, David bertanya dengan muka 'concern' yang jarang aku nampak kecuali pada waktu kecemasan.

     "Kenapa ni?" Aku tak tahu siapa tuan punya suara tapi yang aku pasti, senior. Ada tangan yang menyentuh dahi aku semasa aku meminjam bahu David. Mata aku pun tak larat nak buka.

     "Panas ni. Mari abang.." Aku dah tak dengar apa-apa setelah itu.

Hate Or Love? (BxB) (SU)Where stories live. Discover now