Chapter 13- The Truth

274 20 0
                                    

×Edward's POV×

Di rumah, aku hanya berada di dalam bilik aku. Abang Lucas dan Abang Luka keluar tadi. Pergi shopping mall. Nak ikut, tapi kerja sekolah berlambak jadi aku hanya meminta Abang Lucas agar membelikan sesuatu untuk aku. Makanan semestinya.

     "Oh..jadi jawapannya..(2x+5)(2x-5). Wait, macam mana boleh dapat jawapan ni?" Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal. Makin aku buat, makin aku sakit kepala. Kenapalah matematik tingkatan 1&2 lain sangat dengan matematik darjah 6?

     Cikgu aku dulu menipu. Dia kata kalau aku bijak sifir, matematik akan jadi mudah. Sama je aku tengok. Makin susah adalah. Dengan algebra bukan algebra. Faktor tak faktor. Aku berhenti membuat kerja matematik dan mengambil telefon untuk melihat notification yang masuk.

Jaaay
Eddy
Kau dah fikir ke siapa yang conteng kau punya meja hari ni?
Aku risau :'(

Me
Awwww
Sweet nya
Entshla
*entahla
Aku tak tau
✔✔

Jaaay
Kau tak ada sesiapa dalam kepala kau?
Yang kau syak?

Me
Kau tahu aku kan?
Aku malas nak syak sesiapa
Tapi, ada tu ada
Malas nak fikir
✔✔

Jaaay
Hm, takpe
Siapa yang kau syak?

Me
Kalau aku kata ni
Jangan bagitau Dave tau
Kau taulah mulut dia macam mana
Takut aku
✔✔

Jaaay
Hahhaha xD
Jangan risaulah

Me
I know I can count on youu
Ray
Ray-zel
✔✔

Jaaay
Abang Rayzel?
Yang tolong kau waktu kau pengsan hari tu?

Me
Ha?
Wait..apa?!
Dia tolong aku?
Waktu aku pengsan?
Hari tu?
Seiruslah?
*seriusla?
✔✔

Jaaay
Laa, Dave kan ada dengan kau
Takkan la dia tak bagitau?

Me
Wei
Dia tipu aku
Dia kata
Abang form 5 yang tolong aku
Nak bunuh dia :)
✔✔

Jaaay
Seriusla kau percaya?😂
Sakit perut aku ketawa
Mesti dia banyak tambah kan?
Kasi sedap cerita 😂😂

Me
Dia siap kata lagi
Diana nampak aku
Bridal style apa semua
Ish, menipu je budak tu
✔✔

Jaaay
Tak ada orang nampak
Waktu tu jalan lengang
Orang lalu-lalang pun tak ada mana
Dave yang kata

Me
Ish 😑😑
✔✔

Jaaay
Tapi yang bridal style tu
Betul

Me
Kau seriusla?
;-;
✔✔

Jaaay
Ya
Dave yang bagitau
Dia takkan tipu aku
Dia siap kata
"Sweet-nya, nak juga orang carry aku macam tuu"
"Bertuah Eddy"

Me
Bertuah?
Aku rasa macam nak mati adalah
Shit
Aku nak sambung kerja sekolah
Terbelangkai
Bye
✔✔

Aku menghela nafas geram selepas itu. David, esok kau memang kena dengan aku. Oh, esok cuti. Biarlah. Tapi, kenapa Ray tak bagitau apa-apa dekat aku pasal tu? Aku ni dah lah berat ibarat tong gas. Ada pula dia angkat aku macam tu. Aku keluar dari bilik dan menuju ke bilik Along.

     "Alooong! Buka pintu!" Aku mengetuk pintu biliknya dengan kedua belah tangan aku. Pintu segera terbuka.

     "Kenapa? Apa? Eddy? Ha?" Tanya Along dengan nafas termengah-mengah. Ada tuala yang dililit di pinggang dan satu lagi di atas kepala. Aku menyelinap masuk dan duduk di sisi katil.

     "Tolong Eddy siapkan homework." Ujar aku dan Along mengeluh.

     "Laa, itu je. Along ingatkan apalah. Lain kali, ketuk tak payahlah sampai pintu ni pun nak tercabut." Kata Along. Aku hanya tersenyum dan membuat isyarat 'peace'.

     Aku suka bilik Along. Tema bilik Along berwarna maroon. Aku hanya berguling di atas katil sambil menunggu Along siap memakai baju dan lain-lain.

Hate Or Love? (BxB) (SU)Where stories live. Discover now