×Edward's POV×
Semasa di koridor, aku terserempak dengan orang yang paling aku tak suka. Teka lah siapa.
"Eddy.."
"Apa?"
"Sorry."
"Tu je? Okey, nak lalu." Tapi dia tetap memegang lengan aku.
"Apa lagi?"
"Can we talk?"
"Apa lagi yang nak di bahas? Sorry sebab dah tampar kau minggu lepas. Terkejut lah tengok kau. Tapi, aku tetap benci kau. Jangan lupa tu."
"Tapi, kau suka tak dengan bunga—"
"Wait, jadi bunga tu, kau yang bagi?" Dia mengangguk. Aku mengeluh.
"Seriuslah? Aku mati-mati ingatkan perempuan yang bagi dekat aku. Tapi, buat apa kau bagi aku bunga? Dengan kad lagi. Aduh. Kenapa tak bagi aku coklat? At least, aku boleh makan. Kau nak aku makan bunga tu?"
"Sorry. Okay, okay. Nanti aku bagi coklat pula."
"Ray, Ray. Tak payah susah-susah. Baik kau bagi benda tu semua dekat orang yang kau suka. Barulah ada faedahnya." Aku tetap memandang ke belakang, depan, kiri dan kanan aku untuk memastikan tiada orang pandang kitorang lain macam.
"Dah bagi."
"Baguslah. Wow, seriuslah kau ada orang yang kau suka? Kalau perempuan tahu pasal benda ni mesti mereka dah serang orang yang kau suka tu kan?" Rayzel hanya memasang senyuman terpaksa.
"So, kau dah tak benci akulah?"
"Kalau aku dah kata benci, aku bencilah. And, kalau kau nak tahu, semua bunga yang kau bagi dekat aku selanjang minggu lepas, dah selamat masuk ke dalam tong sampah. Okay? Bye." Aku berlalu dari situ untuk berjumpa dengan David di kantin.
ℹℹℹℹℹ✳ℹℹℹℹℹ
Sampai sahaja di sekolah keesokan harinya, aku terkejut dengan keadaan tempat duduk aku. Meja aku terbalik. Separuh buku-buku aku terkoyak dan yang lain bersepah di atas lantai. Kerusi aku melayang ke belakang kelas. Fikiran aku hanya ada satu orang.
'Tak mungkinlah Ray yang buat.' Monolog hati aku walaupun aku syak dia yang buat. Aku mengemaskan buku-buku yang berada di atas lantai. Meja aku diterbalikkan semula dan terus disumbat buku-buku yang ada ke dalam laci meja. Aku tertanya-tanya siapa yang buat perkara sebegini sambil mengambil kerusi aku di belakang kelas.
Selepas itu, barulah aku perasan ada tulisan di atas meja. Cantiknya tulisan itu hanya tuhan yang tahu. Semestinya, orang yang menulis mesti tulis dalam keadaan tergesa-gesa.
'Aku benci kau, bodoh'
'Kau takkan hidup bahagia lepas ni, sial'
Diam. Seingat aku, aku tak pernah buat musuh lagi setakat ni. Bencinya orang ni dekat aku. Oh, tulisan tu disaluti dengan coklat? Nice. Macam mana nak hilangkan semua ni dari meja kesayangan aku ni. Tak sempat aku berfikir apa-apa, David dan Jayden sudah sampai.
"Good morning, guys. Shit, dorang semua memang suka datang lambat ya hari Khamis?" David terus menuju ke arah aku.
"Wei, dapat bunga lagi—" Dia tersentak selepas melihat meja aku.
"Siapa yang tulis benda ni?" Tanya Jayden. Dahinya juga berkerut.
"Hm, entahlah. Tolong aku. Ambil kain basah. Nak hilangkan tulisan ni. Berserta dengan coklat sekali." Kata aku. Jayden mengangguk.
"Laa, coklat? Aku ingatkan—" kami berdua memandangnya. David terus tersengih. Dah tahu sangat apa yang dia nak kata.
Setelah membersihkan semua kotoran yang ada di meja aku, aku masih berfikir tentang insan yang tergamak buat macam ni dekat aku. Pada masa yang sama, aku teringat apa yang Ray dah kata dekat aku semalam.
'Sorry. Okay, okay. Nanti aku bagi coklat pula.'
YOU ARE READING
Hate Or Love? (BxB) (SU)
Romantik"HATE OR LOVE?"-MY FIRST STORY Start: 28/12/2020 End: Semua yang ada dalam cerita ni hanya lah imaginasi Ashaa sahaja. Boring? Ya, bolehlah😂. Tapi kalau berminat boleh telan- eh eh, tekan butang 'read' ya. Dan tak lupa juga untuk tekan butang 'star...