Chapter 15- Weird

264 19 0
                                    

×Edward's POV×

Aku tergelak sewaktu membalas mesej mereka berdua. Kenapa dua? Satu, Ray. Dua, Ethan. Entah kenapa mereka berdua mesej aku. Aku kurang gemar berbalas mesej dalam Instagram, jadi aku terus bagi nombor telefon aku kepada mereka.

     Dalam masa yang sama, aku tertanya-tanya siapa yang tergamak conteng meja kesayangan aku. Bukan Ray. Dan yang pasti bukan dari kelas aku sendiri. Makin difikir, makin pening kepala. Jadi, aku membuka youtube dan mendengar lagu untuk kurangkan stres.

     Aku dah buat keputusan. Aku akan siasat pasal perkara ni bila sekolah dibuka. Aku akan pergi awal pagi. Tapi, aku tak boleh pergi seorang diri. Jadi, aku berfikir untuk mengajak Abang Lucas. Nak ajak Abang Luka? Lambat lagi. Kalau mati hidup balik pun aku tak terfikir untuk ajak Abang Luka.

     Keluar sahaja dari bilik, aku terus menuju ke arah bilik Abang Lucas. Sambil-sambil itu, aku sempat memandang ke arah beberapa potret gambar yang berbingkai emas. Aku ingat lagi bagaimana mommy memujuk daddy untuk membeli semua potret ini. Aku ketawa kecil sendirian.

     Sampai sahaja di depan pintu bilik Abang Lucas, aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Kalau dengan Along, memang senang aku terus terjah masuk tak ketuk tak apa. Tapi, kalau dengan Abang Lucas, aku gerun sikit. Pernah aku masuk tak ketuk pintu dan aku ternampak dirinya dengan seorang perempuan.

     Sejak itu, aku memang jarang ke bilik Abang Lucas hanya untuk saja-saja. Mesti ada sebab yang mustahak. Aku masih lagi berfikir bagaimana mahu menjawab semua soalan yang akan keluar dari mulut Abang Lucas. Setelah bertungkus-lumus mencari ayat yang sesuai, pintu bilik Abang Lucas terbuka sendiri. Aku kaget seketika.

     "Abang Luka..?" Aku memandangnya atas hingga bawah. Abang Luka? Apa yang dia buat dalam bilik Abang Lucas?

     "..Eddy?" Dahinya juga berkerut melihat aku.

     "Kenapa tak keluar lagi? Aku kan dah kata—" mata Abang Lucas jatuh ke arah aku. Senyuman terbit di bibir seksinya. Seksi ke? Bolehlah.

     "Eddy? Tak tidur lagi ke?" Tanya Abang Lucas setelah Abang Luka keluar dari biliknya.

     "Erm, nak cakap sikit. Boleh tak?" Tanya aku segan-silu. Kalaulah jawapannya 'tak', aku mahu memasang enjin turbo untuk masuk ke dalam bilik aku balik.

     "Boleh, boleh. Jom, masuk. Buat macam bilik sendiri. Lepas masuk, tutup pintu. Kalau nak kunci pun tak apa kalau nak tidur sini terus." Aku memasang wajah cemberut. Nak tidur sini? Hell no! Entah berapa banyak perempuan dah yang tidur sini dengan Abang Lucas.

     "Sebenarnya macam ni.." Aku terus bercerita berkenaan dengan masalah yang aku alami. Masalah? Ya, rasanya. Abang Lucas yang setia di tepi aku mengangguk.

     "Jadi, Eddy nak buat apa?" Tanya Abang Lucas.

     "Boleh tak teman Eddy pergi sekolah awal 'sikit' dari biasa. Eddy dah suruh kawan Eddy letak coklat tu sekali lagi atas meja Eddy. Eddy nak tahu siapa orang yang sanggup buat macam tu dekat meja kesayangan Eddy."

     "Boleh je. Nak abang teman ke kelas juga ke?" Tanya Abang Lucas dengan nada prihatin.

     "Taklah. Tapi, kalau abang nak jenguk, boleh je." Selepas berbual dengan Abang Lucas, aku terus meminta diri untuk ke bilik aku. Dalam perjalanan ke bilik, aku terserempak dengan Abang Luka.

     Aku memandangnya. Dia memandang aku. Tapi, langsung tiada percakapan antara kami. Tapi, akhirnya Abang Luka membuka bicara.

     "Kau..buat apa dalam bilik Lucas?"

     "Aaa..tak ada apalah. Berbual je." Kata aku sambil tersengih. Abang Luka menatap muka aku.

     "Dia..tak suruh kau....dia kan?" Aku terpinga-pinga.

     "Ha? Tak dengar la Abang Luka."

     "Tak ada apa. Berbual je kan?"

     Aku mengangguk. Dia menghembus nafas lega dan meminta diri. Aku ditinggalkan dengan keadaan terpinga-pinga. Pelik pun ada. Tapi, aku terus menuju ke arah bilik aku tanpa sedar ada orang yang memerhati aku dari tadi.

Hate Or Love? (BxB) (SU)Where stories live. Discover now