Chapter 20- The Date

241 16 1
                                    

Nama tempat dan nama watak hanyalah rekaan. Tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Thanks for reading. Enjoy!

-Ashaa :>

×Edward's POV×

Aku hanya mendengar butiran yang keluar dari mulut Rayzel itu. Melihatkan jalan yang dilalui oleh Rayzel itu tidak familiar langsung dengan pandangan aku, aku sudah tahu tempat yang ingin kami pergi ini tak pernah aku jejak selama ini.

     "Pernah lalu tak jalan ni?" tanya Rayzel yang sedang fokus memandu. Aku memandangnya dengan ekor mata aku tanpa menoleh.

     "Tak. Kita nak pergi mana ni?"

     "Surprise." Aku mencebik. Setelah hampir setengah jam memandu, baru lah aku dapat melihat pemandangan  yang sangat indah bagi aku. Dan yang paling bertuah, telefon aku ada, full charged. Camera on!

     Setelah itu, Rayzel terus mendapat tempat parking yang tidak jauh dari pantai. Yes, pantai. Aku dah lama nak pergi pantai sebenarnya, tapi tak pernah jejak pun. Tengok gambar pantai dekat media sosial je banyak. Aku keluar dari kereta dan menghirup nafas segar di situ. Best-nya kalau tinggal kat sini, sejuk je. Pemandangan pun cantik. Apa lagi, selfie! Nasib aku bawa aku punya selfie stick.

     "Ehem." Aku terus memandang tuan punya suara. Oh, Rayzel, lupa aku datang sini dengan dia."Jom pergi sana, boleh la selfie kat situ pulak." Cam menganjing je. Tapi, aku tak membantah. Sampai sahaja di situ, aku memandang ombak air yang naik dan surut itu.

     "Rayzel, pandang sini." Rayzel terus memandang aku dan aku gunakan peluang itu untuk menangkap gambarnya. Dia nampak terkejut, comel lah.

     "Hei, mana aci tangkap gambar orang macam tu. Padam balik!" Gesa Rayzel. Tapi aku buat bodoh.

     "Angle ni tak cantiklah. Pandang semula."

     "No."

     "I won't take a 'no' as an answer duh."

     "So? No." Aku mengeluh."Alaa, dah jom. Kita pergi makan dulu."

     "Kat mana?"

     "Tu." Aku memandang ke hadapan. Cafe O' Sapphireo. Err, cantik nama kafe ni. Masuk sahaja ke dalam, aku mendapati beberapa orang sedang bersarapan di situ juga. Tema kafe ni adalah tema biru. Sebab pantai kot?

     "Jom kita pergi sana." Aku hanya mengikuti langkah Rayzel. Terdapat beberapa jenis makanan telahpun dihidang di situ.

     "You..reserved dulu eh?" Rayzel terse hum dan mengangguk. Dalam fikiran aku hanya satu.

     'siapa yang bayar ni? Aku ke dia?'

     Kami berbual-bual sewaktu makan di situ. Dari situ, aku dapat tahu banyak perkara pasal diri seorang lelaki bernama Rayzel.

     "You dapat nombor berapa exam tahun lepas?"

     "Nombor 2."

     "Siapa nombor 1?"

     "Perempuan. You tak kenal dia."

     "Siapa? Kak Nana ke?"

     "Tak. Dia dah pindah. Nana dapat nombor 3 tahun lepas." Aku mengangguk faham.

     "You suka makan apa?"

     "Spaghetti.. Erm, Lobster?"

     "Pilih satu jelah."

     "Ha yelah yelah, I pilih you."

     "Eh, I bukan makanan!"

     "Memang pun. Tapi masih boleh di'makan'."

     "Apa?"

     "Tak lah. Gurau je."

     "Hmm." dan perbualan menjadi berleret-leret hinggalah aku perasan sudah pukul 11.30 pagi. Rayzel mengangkat tangan untuk membayar.

     "Berapa ringgit?"

     "RM28.20." saat Rayzel mahu membayar, aku menyampuk.

     "Wait, kalau bayar dengan credit card boleh?" tanya aku.

     "Err, maaf dik. Kami hanya menerima cash." Aku mengangguk lemah. Baru je nak bayar.

     "Jom keluar. Kita pergi tengok movie pulak."

     "Alah, sekejap nya dekat pantai."

     "Memang sekejap, tapi gambar yang you ambil tu dah berpuluh-puluh. Cukup lah tu."

     "Hm, yelah! Tapi, cerita apa?" Rayzel mengenyit sebelah matanya dan aku terus faham apa yang mahu dimaksudnya.

     "Okey, tapi jangan genre horror tau. I bukan takut, I cuma.. tak suka." Rayzel tersengih. Lesung pipitnya jelas kelihatan.

     "Kita tengok..horror lah!"

     "You, kalau you pilih genre horror jugak, I terjun dari kereta ni." And yes, we're in the car heading to somewhere only-god-knows.

     "Eh, jangan. I gurau jelah. Nanti kita decide kat sana." Tiba-tiba wajah Rayzel bertukar serius.

     "You..? Kenapa?" Rayzel menekan minyak dan memandu dengan lebih laju.

     "Ada orang ikut kita. Sejak kita on the way lagi diorang ikut kita. pakai seatbelt betul-betul, I tak tahu siapa diorang. Kita tengok diorang masih ikut kita ke tak lepas ni, kalau still ikut, kita guna jalan lebuh raya. Selamat sikit." Aku mengangguk. Aku turut sempat memandang ke arah cermin sisi kereta dan terpandang kereta hitam dengan cermin gelap.

     'Siapa diorang ni? Atau jangan-jangan..'

Tbc🌸

Hate Or Love? (BxB) (SU)Where stories live. Discover now