×Edward's POV×
PANG!
Pertama kali aku menampar seseorang sekuat ini. Kepalanya terteleng ke arah kiri. Aku mengetap gigi sewaktu memandangnya.
"Asal kau..?"
×Flashback×
Sampai sahaja di rumah banglo yang besar itu, aku teragak-agak untuk masuk. Aku ni jenis penakut kalau nak berkenalan dengan orang baru. Pengecut sikit.
"Cepatlah, Eddy." Akhirnya aku mengikut juga mommy untuk masuk ke dalam rumah banglo itu. Semasa masuk, aku setia berada di belakang mommy.
"Hii Amel!" Sapa mommy dengan nadanya yang friendly selalu.
"Hai Kak Soph." Riak wajah mommy berubah.
"Hei, apa kak-kak ni? Macam biasa, panggil Sophia je. Rasa tua lah kalau awak selalu panggil saya macam tu." Aku naik meluat. Tiba-tiba Aunty Amel ternampak aku.
"Laa, Eddy pun ada kat sini ke? Besar dah anak awak, Sophia." Ujar Aunty Amel yang tidak lekang memandang aku.
"Iya lah. Saya selalu je teringin nak jodohkan dia dengan anak awak tu!" Kata mommy.
"Hm? Yang mana satu? Yang umur 10 tahun tu ke?" Tanya Aunty Amel lalau ketawa.
"Of course lah bukan yang tu. Yang tu budak lagi. Yang satu lagilah." Aunty Amel meng-oh-kan dan mengangguk faham. Dan aku langsung tak faham apa-apa dekat situ.
Aunty Amel menjemput kami duduk dan berbual-bual dengan mommy. Aku yang bosan terus memandang sekeliling. Chandelier, cantik. Tanpa mereka perasan aku sudahpun bangun untuk melihat frame gambar yang terletak di ruang tamu itu. Gambar Aunty Amel dan.. suaminya, I guess? Lepas tu, gambar seorang budak perempuan. Aku tersenyum.
'Cantiknya rambut budak ni. Nak je aku jadi free hairstylist untuk budak ni. I wonder dia anak keberapa.' Monolog hati aku.
"Oh, tu gambar Adriana. Waktu tu dia baru berumur 5 tahun. Sekarang dah 10 tahun dah budak tu." Kata Aunty Amel setelah perasan aku memegang frame gambar anaknya. Aku tersengih malu sebelum meletakkannya balik.
"Takpe. Tengoklah. Kalau tak cukup, photo book pun ada atas tu." Kata Aunty Amel sebelum sambung berbual dengan mommy. Aku pun terus meneliti satu demi satu gambar yang ada.
'Sweet-nya Aunty Amel dengan suami dia. Siap peluk-peluk lagi.'
Sampailah aku ternampak gambar seorang budak lelaki. Dahi aku berkerut sebelum mengambil frame gambar itu dan menelitinya dengan lebih jelas. Ini..?
'Ini kan.. tak mungkinlah. Mungkin pelanduk dua serupa? Tapi kenapa serupa sangat? Ish, mustahillah.' Aku memandang Aunty Amel sambil memegang frame gambar itu. Berharap agar dia akan berpaling. Tapi, malangnya tidak. Ralit sangat mendengar cerita dari mommy.
"Aunty Amel.. Aunty!"
"Ha..ya? Kena-- oh! Pergilah dekat bilik dia, Eddy. Tingkat dua, bilik ketiga. Boleh jadi kawan." Aku mengetap gigi sebelum bertanya.
"Apa nama dia?"
"Ray." Aku terus naik ke tingkat 2 untuk bersemuka dengan orang yang paling aku benci selama ini. Orang yang takkan aku maafkan. Aku mengetuk pintu 7 kali sebelum dia menyahut dari dalam.
"Kejap, kejap." Aku dah tak boleh tahan. Aku terus membuka pintu itu.
×Flashback End×
"Asal kau pakai boxer je, gila?!" Tangan aku menutup mata aku. Serius aku terkejut bila dia berdiri depan aku sambil tak pakai baju, seluar dan lain-lain.
"KAU NI DAH--" Tapi dia berhenti bila terpandang aku.
"Eddy?" Sebelum dia perasan apa yang dia pakai. Dia terus menutup pintu dan tak sampai 5 minit kemudian, dia membuka pintu semula. Kali ini dia dah siap berpakaian apa semua.
"Aa, sorry sebab tadi ingatkan adik abang, Ad. Erm, masuklah."
"Tak. Kejap, tadi saya tampar pipi abang yang mana satu?" Dia menunjukkan bahagian kanan.
PANG!
"Barulah adil. Kau ingat aku nak berbaik dengan orang yang dah buli aku dulu? Pergi matilah, Ray." Kata aku sebelum pergi dari situ.
YOU ARE READING
Hate Or Love? (BxB) (SU)
Romansa"HATE OR LOVE?"-MY FIRST STORY Start: 28/12/2020 End: Semua yang ada dalam cerita ni hanya lah imaginasi Ashaa sahaja. Boring? Ya, bolehlah😂. Tapi kalau berminat boleh telan- eh eh, tekan butang 'read' ya. Dan tak lupa juga untuk tekan butang 'star...