×Edward's POV×
Nak je aku jerkah David sebab tutup mata aku. Aku pegang tangan yang tutup mata aku. Hm, bukan tangan David. Jadi, siapa?
"Siapa ni?" Tanya aku.
"Teka lah." Aku terdiam. Suara ni..
"Along?" Aku terus memandang ke belakang selepas itu. Along tersenyum memandang aku yang masih ternganga memandangnya.
"Lama tak balik. Tak rindu along ke?" Tanya Along. Macam mana lah aku tak perasan bau minyak wangi Along yang selalu menusuk hidung aku dekat rumah. Dia terus mengambil tempat di tepi aku setelah Jayden pergi ke arah David.
"Hm, tak tahu jalan balik rumah dah budak ni." Suara tu, Angah? Dan aku ternampak sosok badan abang kembar aku di belakangnya.
Semua adik beradik aku ada kat sini. Aku terpaku di tempat duduk aku. Aku tak suka situasi ni. Patutnya diorang inform dulu sebelum datang. Jadi, aku boleh keluar pergi mana-mana untuk tak terserempak dengan mereka.
"Eddy apa khabar?" Tanya Along yang mengusap belakang aku. Meremang bulu roma aku sekejap. Dah lama tak bermanja dengan Along. But, this is not the right time.
"Baik je." Balas aku sambil tersenyum kekok apabila Angah mengambil tempat di tepi aku. Sekarang aku berada di tengah-tengah. Nak bunuh diri boleh tak?
"Kau dah kenapa tak balik kat rumah? Bising mommy suruh kitorang cari kau. Risau, takut-takut kau hilang kena culik ke apa." Aku terdiam. Dan barulah aku perasan, mereka datang ke sini kerana mommy yang suruh.
"Balik jelah. Eddy okey je dekat sini. Kalau tak nak datang, tak payah datang. I don't care lah. Baik tak payah datang dari datang dengan terpaksa macam ni."
"Mana ada. Kami datang sebab rindu sangat dengan adik bongsu kami ni." Kata Abang Lucas sambil memegang kedua belah pipi dan mencium dahi aku. Aku rasa mereka masih menganggap aku budak yang berumur 6 tahun yang tak tahu apa-apa. Abang Luka a.k.a kembar Abang Lucas hanya mendiamkan diri. Abang Luka memang pendiam berbanding dengan adik beradik yang lain. Dia lain daripada yang lain.
"Sejak bila kau suka drama Korea? Dulu kata menyampah." Tanya Angah.
"Tak, ni drama kesukaan David. Wait, mana diorang?" Kelibat mereka berdua tiada di ruang tamu.
"Diorang masuk bilik tadi." Kata Abang Luka. Aku hanya meng-oh-kan sahaja. Memang sengaja nak bagi 'privasi' ni.
"Eddy.." Along bersuara. Aku terus memandangnya."..jom balik."
"Tak naklah." Aku memandang ke bawah. Malas mahu bertentang mata dengan abang-abang aku. Mereka semua mempunyai badan yang boleh membuat semua gadis cair melihatnya. Malangnya, aku tak sama dengan mereka.
"Kenapa tak nak? Daddy dengan mommy risau tau. Along pun risau. Eddy janganlah susahkan kawan-kawan Eddy. Balik, jom?" Ajak Along lagi. Aku tahu, niat mereka datang adalah untuk mengajak aku balik. Tapi aku masih tak bersedia untuk bersemuka dengan daddy. He's scary indeed.
"Kalau mommy, Eddy boleh terima. Daddy risaukan Eddy? Mengarutnya. Untuk apa daddy risaukan Eddy? Dia kan tengah mencari calon yang sesuai untuk menjadi the next CEO. Antara abang semua je yang boleh dapat tempat tu. So, no reason he's worried about me." Kata aku sambil mengetap gigi. Mereka terdiam sebentar.
"Kau nak tahu something tak? Kami pegang jawatan ni untuk sementara waktu jelah. Lepas umur kau 23 tahun, which is 9 years later, kau akan jadi the next CEO." Aku tersentap dengan kata-kata Angah.
"Betul tu, Eddy. You should prepare yourself." Kata Abang Luka.
"Tapi, kenapa? Kenapa Eddy? Kenapa bukan--"
"Stop talking. Nanti satu masa, kau akan tahu kenapa. We're not qualified enough to be a CEO. Only you, Eddy." Kata Angah.
"So, jom balik?"
YOU ARE READING
Hate Or Love? (BxB) (SU)
Romantik"HATE OR LOVE?"-MY FIRST STORY Start: 28/12/2020 End: Semua yang ada dalam cerita ni hanya lah imaginasi Ashaa sahaja. Boring? Ya, bolehlah😂. Tapi kalau berminat boleh telan- eh eh, tekan butang 'read' ya. Dan tak lupa juga untuk tekan butang 'star...