Chapter 6- Rayzel's Care

366 25 0
                                    

×David's POV×

Aku hanya memandang Eddy di bawa ke bilik sakit dengan gaya bridal style oleh Abang Rayzel. Rakan-rakannya sudah pun pergi ke kelas. Siapa tak kenal Abang Rayzel? The hottest guy in the school. Ataupun mungkin the second sebab Abang Ethan pun boleh tahan.

     "Tak berat ke, Abang Rayzel?" Tanya aku.

     "Hm? Taklah. Dia lagi ringan dari tong gas kat rumah abang." Aku tergelak kecil.

     Setelah sampai di sana, Abang Rayzel membaringkan Eddy di salah satu katil yang ada. Pernafasan Eddy pun nampak tersekat-sekat. Setelah beberapa minit, barulah muncul Cikgu Sarah.

     "Oh, what's wrong with Eddy?" Setelah memeriksa Eddy, aku menerima satu kejutan yang agak besar."Eddy demam panas ni. Dan dengan keadaan dia, dia macam ada penyakit kurang darah. Saya akan call parents Eddy kat belakang. Kalau boleh, kamu berdua lap badan dia dengan kain basah dulu untuk reduce dia punya fever, okay?"

     Kami berdua mengangguk. Selepas itu, aku memandang Abang Rayzel yang membasahkan kain di tepi Eddy.

     "Abang, penyakit kurang darah tu apa?" Tanya aku.

     "Ha? Oh..penyakit kurang darah ni abang tak tahu sangat. Tapi yang pasti, tak terkejut sangatlah kalau dia ada penyakit ni since dia dalam keadaan demam dan berjalan bawah cahaya matahari." Aku mengangguk.

     "Macam mana abang tahu kitorang berjalan bawah cahaya matahari? Abang follow kitorang ke?"

     "Eh, mana ada. Abang dengan kawan-kawan abang kan nak pergi koperasi juga tadi. So, ternampaklah."

     "Macam mana kitorang tak boleh nampak abang?"

     "..." Diam. Setelah letih berdiri, aku tumpang duduk di atas katil di tepi Eddy. Aku memandang Abang Rayzel yang mengelap badan Eddy.

     "Abang, bukalah baju dia. Laplah dada dia sekali." Arah aku. Sejujurnya, aku hanya pandai mengarah orang.

     "Ya. Kau ni tak buat apa-apapun. Abang je yang kena buat semua benda."

     "Oh, c'mon. Sikit je kot kerja kena buat. Saya tengah tolonglah ni, tolong tengok haha." Abang Rayzel tidak membalas. Selepas membuka semua kancing kemeja, Abang Rayzel hanya merenung badan Eddy tanpa membuat apa-apa. Lama.

     "Ehem, ehem. Jangan tenung macam tu, abang. Tak baik tenung badan anak teruna orang." Abang Rayzel tersentak dengan kata-kata aku.

     "Ada-ada je kau ni. Wait, nama kau apa?"

     "David. And orang yang terbaring tu, Eddy." Abang Rayzel mengangguk. Selepas selesai semuanya, pintu tiba-tiba di buka.

     "Oh, Aunty Sophia!" Aku tersenyum melihat Aunty Sophia.

     "Oh, David. Terima kasih sebab dah jagakan Eddy, ya." Kata Aunty Sophia. Aku tersengih.

     "Tak ada apalah. Itulah tugas seorang kawan."

     "Eddy bertuah sangat sebab ada kawan sebaik kamu, David." Aku tersenyum sampai ke telinga mendengar pujian Aunty Sophia. Manakala, Abang Rayzel memberikan death glare kepada aku. Dia yang buat kerja, aku yang dapat nama.

     "Hehe, bukan saya je yang jagakan Eddy. Abang Rayzel pun tolong." Barulah Aunty Sophia memandang abang Rayzel.

     "Oh, sorry. Aunty tak nampak kamu tadi. Terima kasih, ya."

     "Eh, tak ada apa-apalah. Saya dah anggap Eddy macam adik saya sendiri." Kata Abang Rayzel dengan senyuman lebar. Cepatnya kau jadi adik angkat dia, Eddy.

     Setelah berbual-bual tanpa mempedulikan Eddy yang terlantar sakit, barulah aku menolong Abang Rayzel untuk membawa Eddy ke kereta. Tolong macam mana? Tolong tengok. Aku sebagai kawan sejati Eddy semestinya mengikut Eddy ke hospital berdekatan.

     Tak sabar aku mahu menceritakan kepada Eddy apa yang berlaku. Bila dia sedar nanti aku akan ceritakan dari A sampai Z tentang situasi tadi. Mesti dia pengsan balik lepas dengar cerita aku yang ditokok-tambah nanti. Tak sabarnya.

Hate Or Love? (BxB) (SU)Where stories live. Discover now