Chapter 10- Black sheep

310 23 0
                                    

×Rayzel's POV×

     Bukan sahaja sakit ditampar, sakit lagi hati aku bila kawan-kawan aku ketawakan aku tanpa henti bila aku ceritakan pada mereka apa yang terjadi di rumah aku tadi.

     "K-kau..hahah..seriuslah?" Tanya Sam yang sudah tergelak sehingga keluar air mata. Aku mendengus geram.

     "Dah habis ketawa?"

     "Belum!" Kata mereka serentak yang membuat hati aku bertambah panas.

     "Korang ni bukannya nak tolong aku. Asyik ketawa je. Nak rasa kena tampar dengan aku ke?" Tanya aku, geram.

     "Tak..tapi, hahah..selama 15 tahun kau hidup, nilah first time kau makan double slap. Sakit perut aku dengar." Kata Harry yang selalunya memakai cold-face. Tetapi, hari ini dia telahpun ketawa kalah Sam dan Adrian setelah mendengar cerita aku.

     "Aku tak boleh bayang kalau kau ada 10 pipi. Mesti dia tampar 10 sekali gus, kan? Hahahhahhaha!" Ujar Sam lagi. Aku menghentak meja itu dan dengan sekelip mata, wajah mereka menjadi serius.

     "Sorry, bro. This is so new. Kitorang tak dapat nak fikirkan apa-apa, jadi kitorang ketawa sebaik yang mungkin." Kata Adrian.

     "Dan itu langsung tak membantu, Encik Adrian."

     "Asal nama aku je yang naik? Sam? Ethan? Even Harry?" Aku menggulingkan anak mata aku.

     "Tapi serius lah. Aku sedih gila kot sekarang. Dah lama aku sukakan dia. Tup-tup dia reject macam tu je."

     "Tapi kau tak confess apa-apa pun bro." Kata Harry. Betul juga tu.

     "Itulah yang buat aku makin kecewa."

     "You still have the chance." Kata Ethan.

     "Aku tak tahulah. And untuk korang semua punya info, aku tak pernah sangka.. orang yang dulu aku kunci dalam bilik air ialah Eddy yang aku crush sampai hari ni!"

     "Ala, benci-benci lama-lama jadi cinta. Nenek aku kata." Satu meja tergelak dengan kata-kata Adrian.

     "Shit kau Ad, hancur aku punya macho." Kata Harry.

     "Aku pelik macam mana kau boleh ingat kata-kata nenek kau and langsung tak ingat apa-apa pasal math." Kata Ethan dengan sisa ketawanya.

     "Kata-kata nenek aku tak sama dengan math. It's easier." Kata Adrian dengan yakin.

     "So, apa yang kau nak buat sekarang, Ray?" Tanya Sam.

     "Hm, aku tak tahulah Sam."

     "Kau nak give up ke?" Tanya Sam lagi.

     "No..of course not. Tapi, dia dah benci aku. Nak buat macam mana lagi? Kena step back lah kan?"

     "NO!" Aku terperanjat mendengar mereka berkata serentak.

     "Korang ni memang satu cell yang ada dekat different body kan?"

     Harry membisikkan sesuatu pada Sam. Sam tersenyum dan mengangguk sebelum membisikkannya pada Ethan pula. Selepas itu, barulah dibisikkan kepada Adrian.

     "Korang berbisik tentang apa?" Tanya aku curiga.

     "Aku ada idea untuk tolong kau. Harap-harap menjadilah." Aku memandang Harry dengan pandangan tidak percaya. Seriuslah orang yang ingin menolongnya ada Harry?

H-A-R-R-Y?

     "Seriuslah?" Harry mengangguk.

     "Macam mana?" Setelah itu, Harry membisikkan idea paling gila pernah aku dengar sepanjang aku hidup.

     "Kau seriuslah..?"

     "Kalau kau nak dia jadi milik kau, kau ikut je."

×Rayzel's POV End×

×???'s POV×

Aku hanya memandang mereka yang berharap idea yang dikatakan oleh Harry membuahkan hasil. Dalam diam, aku mengeluh. Aku rasa gembira sangat bila dapat dia Eddy dah bencikan Rayzel. Biar dia tahu, bukan semua yang dia nak, dia boleh dapat.

     Aku tunggu masa je untuk buat balas dendam. Kau tunggu je, Rayzel. Lepas ni, Eddy aku punya. Aku menghasilkan satu senyuman palsu dan turut bergelak tawa bersama mereka.

Hate Or Love? (BxB) (SU)Where stories live. Discover now