×Edward's POV×
Orang pertama yang aku nampak sewaktu bangun ialah David yang sedang makan buah anggur di tepi aku. Aku memandang sekeliling, kat mana ni?
"Kau kat hospital ni. Demam panas kau teruk." Kata David setelah sedar aku dah bangun. Selepas itu, David membuka cerita tentang bagaimana aku boleh berada di sini. Aku tergamam.
"Kau seriuslah?!" Aku panik.
"Aku tak ada masa nak menipu. Tengok muka aku ni, aku serius." Kata David. Seingat aku, tak pernah dia serius.
"Lepas tu, banyak orang perhati? Mampus aku. Malulah kena dukung macam tu."
"Ha'ah. Banyak juga orang perhati. Termasuklah aku." Kata David setenang yang mungkin. Gelabah aku dibuatnya. Setelah berbual panjang dengan David, David meminta diri untuk balik.
Hospital adalah tempat yang paling aku benci. Hal ini kerana di tempat inilah aku terjumpa Ray, musuh aku. Orang yang dah banyak kali buli aku. Orang yang dah malukan aku, kunci aku dalam tandas dan banyak lagi. Disebabkan dia jugalah aku terpaksa berpindah sekolah.
ℹℹℹℹℹ✳ℹℹℹℹℹ
Setelah beberapa hari terperap di hospital, aku dibenarkan pulang. 2 hari je sebenarnya. Tapi dah rasa macam 2 tahun. Sesampainya aku di rumah, mommy dah masakkan banyak hidangan untuk aku. Aku tersenyum pahit, tak ada selera. Tapi, aku tetap makan sedikit dan tak lupa minum air Sunquick 2 gelas.
Masuk sahaja dalam bilik, tak ada apa-apa yang berbeza. Berhabuk sikit tu biasalah. Mata aku tertangkap satu buku diari yang aku tulis waktu kecil. Aku terus mengambil buku itu dan meniarap di atas katil untuk membacanya.
2 jan 20XX
Hari ni hari pertama kat sekolah ni. Best sangat boleh berkawan. Tapi, ada satu orang yang bernama "Ray" nampak macam tak suka Eddy je.. dia darjah 2.6 jan 20XX
Kenapa dia jahat macam tu?! Habis basah baju Eddy hari ni. Dah lah dengan air jus. Mommy marah teruk dekat Eddy hari ni. Bencinya!13 jan 20XX
Hari ni ada orang kunci Eddy dalam tandas. Tapi, Eddy tahu orang tu Ray. Eddy terdengar suara dia dengan geng dia kat luar. Kenapa dia buat macam tu..?23 jan 20XX
Bila Eddy tengok muka dia, barulah Eddy perasan Eddy pernah nampak dia dekat hospital sebelum Eddy masuk sekolah ni. Dia sakit ke? Tapi yang paling penting.. dia dah tak buli Eddy! Nak cuba berkawan dengan dia esok. Harap-harap dia terima.24 jan 20XX
Ray jahaaat! Eddy benci Ray! Benci! Benci! Benci! Eddy tak nak kawan dengan Ray! Eddy benci Ray! Eddy benci sangat-sangat! Aaaaaaaaahhh!!Selepas itu, aku melihat robekan pada muka surat seterusnya. Aku buat tu sebab sakit hati. Kebencian aku pada Ray adalah kebencian abadi. Kalau boleh, aku dah tak nak tengok muka dia. Aku mengeluh selepas menutup buku diari itu.
Dah 7 tahun aku tak terjumpa dengan Ray. Baguslah. Memang aku tak nak jumpa sampai bila-bila dengan dia. Selepas aku pindah, barulah aku berjumpa dengan David. Jayden pula pindah ke sekolah kami sewaktu darjah 4. Kami menjadi 3 serangkai sewaktu darjah 5 sehinggalah sekarang.
Tiba-tiba aku menerima mesej dari nombor yang tak dikenali. Aku meneliti nombor itu. Nombor siapa pula ni?
014-XXX XXXX
Eddy
Save nombor niMe
Siapa ni?
Mana dapat nombor?
✔✔014-XXX XXXX
Ni mommy la
Nombor baru ni, save cepat 😘Me
Ohh...
Ish mommy ni
Buat shock jelah
Okk, Eddy save
✔✔Mommy
Good boy
Btw, nak tak ikut mommy pergi rumah kawan mommy malam ni?
Pleaseee?❤Me
Kawan yg mana satu?
✔✔Mommy
Ikut je
Ni, maybe Eddy tak kenal
Tak kenal maka tak cinta
Haha, pukul 8 mommy nak kamu dah siap okey?
❤❤❤Me
Okeeey
✔✔Aku mengeluh. Mesti lama ni. Setelah memilih pakaian yang hendak dipakai untuk ke rumah kawan mommy, aku terus menuju ke bilik air. Harap-harap mommy biarkan aku balik awal.
YOU ARE READING
Hate Or Love? (BxB) (SU)
Roman d'amour"HATE OR LOVE?"-MY FIRST STORY Start: 28/12/2020 End: Semua yang ada dalam cerita ni hanya lah imaginasi Ashaa sahaja. Boring? Ya, bolehlah😂. Tapi kalau berminat boleh telan- eh eh, tekan butang 'read' ya. Dan tak lupa juga untuk tekan butang 'star...