×Luka's POV×
Selepas Eddy keluar bersama mommy, aku terus menuju ke arah bilik Lucas. Terbuka sahaja pintu biliknya, sosok badan Lucas yang sedang menghadap laptopnya dengan tekun di atas meja belajarnya. Kami berdua merupakan pelajar tingkatan 4.
"Tengok porn ke?" Tanya aku, lalu menumpang duduk di atas katilnya.
"Banyaklah kau punya porn. Aku tengah nak siapkan kerja untuk pembentangan esok." Kata Lucas tanpa memandang aku. Matanya melekat pada skrin laptop itu.
"Bukan ke Cikgu Sarah bagi masa sejak minggu lepas? Sekarang baru kau nak buat? Tulah, buat kerja last-minute." Lucas memandang aku sekilas lalu.
"Yang kau ni? Dah tak ada kerja selain nak kacau aku? Semua homework dah siap? Pergi bilik kaulah." Kata Lucas.
"Dah siap semua. Aku bosan, so aku datang lah kat sini." Kata aku sempoi. Tapi setelah diheret keluar oleh Lucas sendiri, aku tetap berdiri di hadapan pintunya sambil mengeluh.
'Layanan yang dia bagi dekat aku langsung tak sama dengan layanan yang dia bagi dekat Eddy.' Monolog hati aku. Selepas itu, aku ke ruang tamu. Semasa berjalan, aku terserempak dengan Angah, ataupun biasanya aku memanggilnya Abang Alex. Nama panjangnya ialah Alexander.
"Hai Abang Alex." Sapa aku.
"Oh, hai... Luka?"
"Ya, ni Luka. Lucas ada dalam bilik."
"Ohh, I see. Mana budak tu?" Tanya Abang Alex. Budak?
"Eddy ke?"
"Yaa, siapa lagi selain dia."
"Dia keluar dengan mommy. Pergi mana entahlah." Jawab aku.
"Oh, baguslah. Ish mommy ni, budak tu baru sembuh dah diajak pergi jalan-jalan. Hm, Angah nak masuk bilik. Ada hal sikit. Bye." Balas Abang Alex dengan senyuman di bibir. Selepas Abang Alex pergi, aku terdiam lagi.
'Asyik-asyik Eddy.' Aku menggeleng.
Sampai sahaja di ruang tamu, aku ternampak Along a.k.a Abang Daniel sedang menonton televisyen sambil mengunyah makanan. Di atas meja pula terdapat pelbagai junk-food dan air gas serta gelas. Aku duduk di sofa yang lain untuk menonton televisyen bersamanya. Jadi peneman.
"Oh, Luka?" Aku mengangguk.
"Kenapa banyak sangat makanan ni?" Tanya aku.
"Laa, Eddy kan keluar. Mommy dengan daddy mana bagi dia makan makanan macam ni. Boleh memudaratkan kesihatan." Jelas Along.
"Kesihatan Along pulak macam mana?" Along tergelak.
"Alah, biarlah Along makan benda ni semua sebelum masuk universiti balik." Balas Along dengan sisa gelak tawanya. Aku tersenyum, at least Along tak bercakap pasal Eddy je selalu.
"Eddy tu.. kalau nampak Along makan benda macam ni, dia akan terus mintak. Nak itu, nak itu. Teringat lagi waktu dia umur around 4 tahun macam tu, sampai daddy kena belikan ais krim sebab dia tak berhenti menangis tak dapat makan apa yang Along makan." Aku terdiam mendengar cerita Along. Eddy lagi?
"At last, dia berhenti juga menangis. Lepas tu, Along dukung dia. Teman dia main dekat taman. Haih, comelnya dia dulu. Sekarang pun tak berubah lagi." Sambung Along. Aku diam sahaja.
"Ha, satu lagi. Time tu maybe Luka tak ada. Entahlah pergi mana. Eddy kan.."
"Eddy, Eddy, Eddy! Tak habis-habis dengan Eddy. Dah tak ada benda lain ke nak bahas? Kenapa nama dia juga yang kena keluar dari mulut semua orang? Pergi sana, Eddy. Pergi situ, Eddy. Pergi sini pun Eddy. Memang dia tu--" tiba-tiba aku tersedar apa yang aku kata memang dah melebihi limit. Along pun dah pandang aku dengan dahi berkerut.
"What's wrong, Luka?" Tanya Along.
"Tak.. tak ada apa-apa. Sambunglah." Along meletakkan potato chips di atas meja lalu memandang aku.
"You know right, you shouldn't say something like that. Kalau Luka terlepas cakap depan orang lain, lebih teruk Luka kena kalau benda ni daddy tahu. So, behave okay?" Aku mengangguk lemah. Perasaan ni memang dah ada sejak dulu. Aku tak boleh buat apa.
"Kita kena sedar siapa kita. Eddy deserve all of this. Sebab kita ni cuma.."
YOU ARE READING
Hate Or Love? (BxB) (SU)
Romance"HATE OR LOVE?"-MY FIRST STORY Start: 28/12/2020 End: Semua yang ada dalam cerita ni hanya lah imaginasi Ashaa sahaja. Boring? Ya, bolehlah😂. Tapi kalau berminat boleh telan- eh eh, tekan butang 'read' ya. Dan tak lupa juga untuk tekan butang 'star...