=Edward's POV=
Tanpa membuang masa, aku terus berlari ke arah taman permainan yang sudah lama aku tidak jejaki. Di sinilah tempat pertama kali aku bertemu dengan David. Aku memandang ke arah buaian yang kosong. Di situ tempat David menangis 6 tahun lalu. Aku mengeluarkan keluhan kecil. Aku berjalan ke arah semak dan masuk ke dalam pintu gerbang yang terbiar.
Langkah kaki aku terhenti apabila aku terdengar suara halus dari arah seberang. Aku tahu siapa. Dengan perlahan aku berjalan ke arahnya. David. Melihat matanya yang merah akibat menangis itu membuat aku sedih.
Aku tahu dia perlukan masa untuk tenangkan diri jadi aku hanya duduk di tepinya dan diam sambil memandang ke arah langit. David memandang aku dan membuka mulut.
"K-kau.." setelah itu dia sambung menangis. Haih.
"Apa?"
"M-macam mana dengan..d-date kau haaaa." Banyak-banyak soalan, itu juga yang dia tanya.
"Okey je.. wait, macam mana kau tau aku ada date? Aku ada bagitau kau ke?"
"Adalah cara aku."
"Kau.. tak nak balik ke?" Dia terus memandang aku tajam. "Okey, okey. Jangan marah. Aku tanya je."
"Kau rasa aku boleh balik pastu tengok muka pembunuh dengan jalang tu? Takde masa lah!" Dia mengelap air matanya dengan lengan bajunya. "Menyampah sia. Dasar iblis. Kenapa tak mati je, takde lah susah hidup aku."
"Wei, kau nak 'ayah' kau mati?" Aku terus menggaru kepala aku. "Apa pun yang dia buat, dia tetap ayah kau wei. Arwah anak dia tu, adik kau-"
"AKU ANAK TUNGGAL!" Terkejut aku setelah ditengking oleh David. Aku terdiam. Keadaan 'awkward' itu berlangsung sampai hampir 10 minit. "Sorry. Aku tak sengaja. Please lah jangan mention dia lagi. Aku benci dia. Please faham aku."
Aku menggosok belakangnya lembut. "It's okay. Salah aku juga."
"Kalaulah.."
"Kalaulah?"
"Kalaulah Aunty Lisa tu ada anak, jantan tu dah takkan pandang aku lah. Cuba bayangkan kalau anak jantan tu hidup lagi, sampai aku mati pun dia dah takkan pernah tengok aku sebagai anak dia." Aku hanya diam, tidak mahu masuk campur akan urusan peribadinya.
Setelah 30 minit dia meluahkan apa yang dia rasa kepada aku, akhirnya dia bersetuju untuk balik. Tu pun aku kena teman sampai pagar. Waktu berjalan dengannya, wajah David pucat. Tidak mahu bercakap. Sampai di pagar rumah neneknya, kelihatan Aunty Lisa, iaitu ibu tiri David datang ke arah kami.
"David, David pergi mana? Aunty risau tahu tak? Call tak jawab, mesej tak balas." Katanya dengan wajah yang risau. Aku tahu dia seorang yang baik dan jujur. Tapi, perampas suami orang boleh dikatakan baik dan jujur ke? Entahlah.
David langsung tidak membalas dan terus masuk ke dalam rumahnya tanpa memandang wajah Aunty Lisa. Aunty Lisa berpaling ke arah aku.
"Erm, Eddy tak nak masuk ke?" tanya Aunty Lisa.
"It's okay. Eddy dah nak balik dah ni." Aku terus beredar dari sana tanpa memandang ke belakang lagi. Sesampai aku di rumah, daddy sedang menandatangani fail-fail yang berada di atas meja.
"Oh, eddy dah balik? Pergi mana?"
"Dari rumah David. Btw, daddy nak tanya sesuatu boleh tak?"
"What is it? Tanya lah." Dia terus menghirup air kopi yang sudah tersedia di atas meja.
"Dadddyy, pernah ada perempuan lain selain mommy ke tak lepas daddy kahwin?" Terus tersedak daddy dibuatnya. Tak sempat daddy membalas, mommy sudah datang.
"Apa yang Eddy tanya daddy tadi? Mommy tak dengar lah." Muka daddy dan aku terus pucat. Alamak.
"Err, eh takde lah mommy. Erm, Eddy naik atas dulu eh. Banyak homework tak siap lagi. okey, byeee." Aku terus berlari naik ke atas manakala daddy mengemaskan semua fail-fail yang ada di atas meja dan masuk ke dalam pejabat peribadinya. Mommy yang ditinggalkan keseorangan di ruang tamu terpinga-pinga.
"What's wrong with both of them, hm?" Tanpa membuang masa, dia terus melabuhkan punggung di atas sofa untuk menonton tv.
Tbc🌸
Okla, so actually i honestly dont want to make another chapter about David's childhood. So let me explain here.
When Lisa and her husband come for the first time to meet David, they want David to stay with them (of course). And their son also there la (the 5 years old one). That time, Lisa was pregnant. 7-8 months la. A tragedy happened there. Their son died because of an accident that happened in front of the gate je.
David was there too. And yes, to answer your question, he is the one who push him when a car driving madly (he's drunk ig). Then he died, poof Lisa and her husband were very upset about it. Tch,tch,tch. Not long after, Lisa was in a hurry to go to her office. A tragedy happened AGAIN. Dia terjatuh dari tangga. And poof, dia keguguran. Guess who is the culprit? David of course~
After that, rahim Lisa kena angkat (I dont know how to explain this but maksudnya, dia dah tak boleh mengandung). In the end of the day, they never know who is the culprit and David also dont want to stay with them. Okay, so, that's all what happened in the past. Byee~
~Ashaa🌸
YOU ARE READING
Hate Or Love? (BxB) (SU)
Romantizm"HATE OR LOVE?"-MY FIRST STORY Start: 28/12/2020 End: Semua yang ada dalam cerita ni hanya lah imaginasi Ashaa sahaja. Boring? Ya, bolehlah😂. Tapi kalau berminat boleh telan- eh eh, tekan butang 'read' ya. Dan tak lupa juga untuk tekan butang 'star...