Chapter 14- DM

264 20 1
                                    

×Rayzel's POV×

"Kau seriuslah?" Tanya aku dengan mata terbeliak.

     "Kau ingat aku nak tipu dengan perkara serius macam ni? Ya, ada orang dah rosakkan plan kita." Kata Adrian.

     "Aku cuma letak coklat tu atas meja Eddy. Macam mana boleh meja dengan kerusi dia boleh terabur?" Tanya aku.

     "Kalau kau tak tahu, aku lagilah. Maybe ada orang tahu plan kita. Ke, ada orang benci kau Ray?" Tanya Adrian. Aku menggeleng. Seingat aku tak ada. Entahlah kalau ada.

     Sekarang aku hanya berdua dengan Adrian di Kafe Historia. Aku masih lagi tak faham dengan situasi yang berlaku. Siapa orang yang tergamak buat macam tu?

     "Aku tak nak tuduh sesiapa. Tapi, aku rasa ni antara kita-kita je. Takkanlah orang luar nak masuk campur urusan kita? Mestilah orang dalam." Aku diam sahaja.

     "Entah lah wei. Sakit kepala aku fikir pasal perkara ni. Apa yang aku harap berlaku hari ni, dia tersenyum sampai ke telinga sebab dapat coklat tu. Lepas tu, kata 'thanks' dekat aku. Then, kitorang makin rapat. Pastu, lepas rapat—"

     "Dah, fikiran kau tak payah nak ke laut lah. Benda dah jadi." Aku mengeluh.

     "So, kau nak buat apa sekarang?" Tanya Adrian.

     "Aku tak tahu. Maybe aku akan try DM dia dalam Instagram untuk minta maaf. Sebab dia semestinya syak aku kan. I got to go, bro. See you later." Sepanjang perjalanan ke luar, aku langsung tak perasan anak mata Adrian mengikuti aku sehinggalah aku keluar dari kafe itu.

     Pukul 8.00 malam. Aku masih lagi berkira-kira untuk menghantar mesej kepada Eddy. Setelah menyusun ayat, aku terus menekan butang 'send' dan meletakkan telefon aku di atas meja.

     Ting!

     Cepatnya reply. Aku mengambil telefon aku semula. Hm, bukan dari Eddy. Aku meletakkan telefon aku semula.

     Ting! Barulah terpapar gambar profil Eddy. Aku terus membuka conversation antara kami berdua.

rayzhit
Hi, Eddy. I'm so sorry for this morning. Abang sbenarnya dah bungkus coklat tu elok-elok siap dengan reben apa semua. I don't know how it turns out like this. I'm so sorry okay. Reply soon :)

eddygabbys
Hi too?
Oh
Jadi bukan kau yang buat?
Baguslah
Rasa meluat la panggil kau abang
Kau-aku je okay? :)

rayzhit
Haha
Okay
Tapi, I'm still sorry :'(

eddygabbys
Takpe
Not your fault
Ada orang cemburu kot
Haha
Baru aku tau rayzhit rupa-rupanya kau

rayzhit
Haha, oh
Ha'ah

eddygabbys
Kenapa private?

rayzhit
Privasi XD

eddygabbys
( ̄ー ̄)

rayzhit
XD

     Serius aku tak tahu nak balas apa. Tergugat jantung aku ketika ini. Betul ke aku tengah berbalas mesej dengan dia? Sampailah ada satu perkara yang membuat aku ternganga.

     eddygabbys request to follow

     Accept | reject

rayzhit
Kau seriuslah nak follow aku?
Kau tak pernah follow sesiapa pun

eddygabbys
Cepatlah approve
Klau tak, makin benci :P

rayzhit
Dah

eddygabbys
Bagus :)
Kenapa tak ada gambar kau?
Gambar permandangan je?
Tak macho la :'l

rayzhit
Kan dah menyesal follow XD

eddygabbys
Tak menyesal pun

     Setelah itu, kami sambung bermesej sehinggalah ke pagi. Banyak perkara yang aku dapat tahu dari Eddy tentang dirinya. Nasiblah kejadian pagi tadi tak menjejaskan hubungan kami. Yes, not yet.

Hate Or Love? (BxB) (SU)Where stories live. Discover now