×Edward's POV×
Aku terbangun pada pukul 9 pagi. Entah kenapa aku rasa seperti ada benda yang aku lupa. Nak je aku tidur balik, tapi tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.
"Esok. 10 pagi. I'll pick you up, see you babe."
Aku terus memandang jam loceng aku. 9.05 pagi. Awal lagi. Tapi, aku merajinkan kaki aku untuk masuk ke dalam bilik air. Setelah masuk ke dalam bilik air, aku teringat sesuatu lagi.
"Tuala aku kat luar, aduh." Terpaksa keluar balik. Setelah siap mandi, aku membuka almari untuk mencari baju. Terserlah beberapa baju yang jarang aku pakai. Aku menggaru kepala. Nak pakai baju apa ni? Dah lah Rayzel tak bagitau nak date dekat mana. Movie? Cafe? Fun Fair? Semua? Entahlah.
Dengan hanya tuala yang dililit di pinggang, aku mencari baju yang sesuai untuk dipakai. Hm, sweater? Nope. Hoodie? Err. Pertama kali dalam sejarah hidup aku, mencari baju untuk dipakai menjadi susah. Kalah perempuan. Aku menggaru kepala sambil mengambil satu kemeja berwarna biru muda dan baju t-shirt berwarna putih. Aku meletakkan kedua-duanya di atas katil aku.
Setelah itu, aku mencari jaket hitam kesayangan aku yang diberikan oleh mommy. And next, aku memilih untuk memakai baju t-shirt berwarna putih bersama jaket hitam serta seluar jeans biru yang jarang aku pakai. I know I'm bad in fashion, don't mention it.
Siap memakai semuanya, aku memakai minyak wangi yang diberikan oleh Along. Jarang sangat aku nak pakai minyak wangi ni. Keluar dengan Diana pun, keluar seketul macam itu je. Aku keluar dari bilik dan mengunci pintu dengan kadar segera. Aku turut menoleh ke arah kiri dan kanan sambil berharap reporter harian A.K.A abang-abang aku tiada. Nasib aku baik, bayang mereka pun tak ada.
Aku menuruni tangga sambil tersenyum. Aku sempat mengerling ke arah jam yang menunjukkan tepat pukul 9.35 pagi. Tak sempat aku berjalan ke arah meja makan, Angah muncul dengan muka baru bangunnya. Nasib handsome. Baru bangun pun masih handsome. Jealous aku. Hiks.
"Kau nak pergi mana pagi buta ni? Rasanya kau baru break dengan betina tu. Dah jumpa jalang baru ke?" tanya Angah. Aku mencebik.
"Bukan urusan Angah la, boleh tak jangan sebut 'betina'. Dia ada nama lah, Diana. D.I.A.N.A. Faham?"
"Okay. Kau nak pergi mana- jap." dia mendekati aku. Aku terdiam. Dah kenapa pula ni. Rasanya tak ada incest dalam cerita ni. Angah menghidu baju aku.
"Kau pakai minyak wangi yang aku bagi tahun lepas? Haa, baguslah. Dah setahun lebih aku bagi, baru guna. At least guna jugak, tak membazir."
"Aik? Angah ke yang bagi? Bukan Along ke yang bagi minyak wangi tu?" tanya aku.
"Aku suruh dia bagi. Aku yang beli. Mahal tau." kata Angah sebelum menguap.
"Mahal? Berapa ratus?"
"Tak payah nak tahu. Dah-dah, pergi. Aku nak naik. Nak sambung tidur." kata Angah sambil menolak aku. Ish.
Tak sempat aku membalas, aku terbunyi hon kereta di hadapan rumah. Dah pukul 10 pagi ke? Alamak, belum makan lagi. Semua ni salah Angah! Tapi, apabila aku memandang jam dinding..
"Aik? Baru 9.50 pagi. Awalnya." tanpa bersuara lagi, aku terus membuka pintu utama dan menuju ke luar. Kelihatan kereta BMW berwarna putih di luar. Anak orang kaya, nak buat macam mana. Wait, aku pun kaya jugak, err.
"Sorry, sorry. Tadi tertekan hon. Tak ada siapa yang terkena sakit jantung kan?" tanya Rayzel panik selepas keluar dari pintu kereta.
"Hmm, setakat ni tak ada lagi. Dah lama ke kat sini sampai tertekan hon?"
"Tak lama pun. Sejak pukul 9.30 pagi tadi baru. Nak buat macam mana, excited haha." waktu dia ketawa, barulah aku perasan dia mempunyai lesung pipit.
"Excited?"
"Yes. Eh, tadi you kata you belum makan kan? Jom, kita pergi sekarang. Kita makan dekat tempat yang I dah reserved." aku mengangguk. Tak sempat aku membuka pintu kereta, dia terlebih dahulu membukanya. Gentleman la sangat. Tanpa aku sedar, aku pun excited for our first date. As a couple? Dang.
YOU ARE READING
Hate Or Love? (BxB) (SU)
Romantik"HATE OR LOVE?"-MY FIRST STORY Start: 28/12/2020 End: Semua yang ada dalam cerita ni hanya lah imaginasi Ashaa sahaja. Boring? Ya, bolehlah😂. Tapi kalau berminat boleh telan- eh eh, tekan butang 'read' ya. Dan tak lupa juga untuk tekan butang 'star...