Shu Wu JI mengelap peluh yang bertimbit di dahinya. Sesungguhnya jika tidak kena caranya Sara akan tinggal di istana malam itu. Sara yang kembali ke tempat duduk tadi cepat-cepat mengambil tempat di sebelah Ann Di. Shu Wu JI mengisyaratkan kepada Ann Di untuk bangun dan memberikannya ruang untuk duduk di sisi Sara. Sara menarik baju Ann Di supaya tidak meninggalkannya tetapi Ann Di tetap beralih ke belakang sedikit.
"Shu Daren, ampunkan perbuatan hamba," sapa Tun Ishak seperti berbisik. "Hamba yang menjemput Cik Zheng dan Cik Ann Di ke mari," katanya lagi. Sara memberikan senyuman yang manis kepada Tun Ishak dan Delima di situ.
"Tadi datuk membawa isteri hamba ke mana?"tanya Shu Wu JI.
"Kami ke istana Temenggung. Hamba memperkenalkan Cik Zheng dan Ann Di kepada ayahanda dan bonda kami," jawab Tun Ishak berbahasa. Shu Wu JI memegang tangan kanan Sara seeratnya.
"Hamba sangat menyayangi Shuang er, berpisah seketika seumpama berkurun lamanya," ucap Shu Wu JI. Sara cuba melepaskan pegangan erat itu tapi tak berjaya. Dari lirikan matanya, Sara melihat ramai pembesar dan Sultan sendiri sedang memerhatikan mereka berdua. Shu Wu JI memberikan satu kucupan kepada tangan kanan Sara dan dia pastikan semua memandangnya. Sara menarik nafas panjang. Kemeriahan malam itu diteruskan dengan tarian dan silat dan gurindam.
Walaupun ramai yang nampak begitu mengasihi Shu Wu Ji terhadapnya tapi Sara tahu yang Shu Wu Ji ibarat gunung berapi dan dia hanya menunggu masa untuk meletup.
"Datuk,"tegur Sara memanggil Tun Ishak. "Di mana ya err..."
"Hamba tau, mari hamba tunjukkan,"kata Tun Ishak.
"Eh, biar Delima saja,"sampuk Delima.
"Siapa pun boleh, hamba-"
"Baik-baik,"kata Delima bangun dan Sara mencuit Ann Di untuk mengikut bersama. Shu Wu Ji juga mahu mengikuti tetapi Tun Ishak menghalangnya.
"Shu Daren, ada perkara penting yang mahu saya bincangkan dengan daren,"kata Tun Ishak. Shu Wu Ji memandang Sara.
"Sayang jangan pergi terlalu lama,"kata Wu Ji dan Sara mengangkat tangan sambil berlalu.
"Sini Cik Zheng,"beritahu Delima. Tandas istana itu sungguh cantik dan Sara kagum.dengan sistem pembentungan yang moden.
Keluar sahaja Delima dari situ, Sara menyandarkan dirinya ke dinding.
"Kau kenapa ni?"tanya Ann Di. Sara memeluk Ann Di dia kerisauan kerana Sara menggigil. "Kau tak sihat ke ni Sara?"tanya Ann Di lagi menepuk-nepuk belakang Sara.
"Aku nak balik,"kata Sara teresak-esak.
"Kenapa tiba-tiba macam ni?"tanya Ann Di sekali lagi.
"Stress! Kenapa lepas jadi isteri Wu Ji aku rasa begini?"tanya Sara melepaskan pelukannya dan mengesat airmatanya. Ann Di mengeluh.
"Aku juga mahu kita kembali zaman kita. Di sini terlalu komplikated,"kata Ann Di perlahan. "Masa kau depan Sultan tu tadi aku takut dia perintahkan kau jadi gundik raja."
"Kau ingat kau sorang?Nyawa manusia zaman ini seperti benang. Terlalu rapuh. Say, apa yang kau risaukan pasal Yong liu?"
"Kalau teori aku betul dia ke mari kerana seseorang."
"Hang Li Po?"tanya Sara.
"Hang Li Po dan Zheng Shuang. Yong Qi dibunuh Pipit bukan? Semasa menyelamatkan kau. Aku khuatir dia sememangnya menunggu peluang untuk kau datang kepadanya."
Sara mengurut dahinya. Ann Di ternyata benar. Sara mengeluh. "Bila kita boleh pulang kepada mamatok?"
"Kau benar-benar mahu tinggalkan Wu Ji?"tanya Ann Di. Sara mengeluh berat. "Dia terlalu sayangkan kau Sara."
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...