"Okay,selesai dua kerja!"jerit Sara menggeliat di dalam kereta kuda. Cengal merasa sangat bertuah diambil bekerja tersengih melihat tuannya ceria. "Cengal,tiap-hari waktu kerja kau selepas makan pagi,faham?"kata Sara dan Cengal mengangguk. "Habis waktu kerja dia antara selepas asar dan maghrib,"tambah Sara memerhatikan kanak-kanak kecil di hadapannya. "Gaji kau 40 wang perak setiap bulan. Kakak akan bayar dua minggu sekali."
Cengal pergi kepada Sara dan meminta salaman. Dia mencium tangan lembut itu. Sara mengusap rambutnya.
"Cengal walaupun bekerja, Cengal sebenarnya mengaji ya? Ikut cakap abang Pipit."
"Cik muda, Cengal tidak pandai buat apa pun,"ucap Cengal masih duduk di sebelah Sara.
"Tak apa. Setiap hari kakak pastikan Cengal akan tuntut ilmu baru,"balas Sara. "Pit aku lapar,"jerit Sara dari dalam. Cengal memandang Ann Di hairan. Bukankah tadi mereka baru sahaja makan tengahari? Ann Di ketawa.
"Tuan Cengal ni nampak saja kecil tapi dia boleh makan mengalahkan tiga orang abang Pipit,"usik Ann Di.
"Hei, aku lapar buah-buahan,"tegur Sara menjeling Ann Di. Cengal tersenyum.
"Cik muda nak makan pelam?Cicah garam belacan?"tanya Cengal.
"Kau pandai buat garam belacan?"tanya Sara menguji. Cengal mengangguk cepat. "Hmm...bagus..baik kerja kau yang pertama ialah membuat garam belacan."
"Tunjukkan pokok, Cengal panjat!"kata Cengal berkobar-kobar. Sara ketawa. Mereka sampai di rumah rehat itu dan pulang ke bilik.
"Pit bawak Cengal ambil mangga di kebun belakang. Tak nak yang terlalu muda,"arah Sara. Pipit mengangguk dan dia pun berlalu bersama Cengal.
"Di,jom tengok Daim jap,"ajak Sara menarik Ann Di pergi bersamanya. Pembantu Lee taiyi baru sahaja selesai memeriksa Tun Daim. Sara melihat Tun Daim sudah terjaga biarpun asyik mengaduh kesakitan. "Taiyi, ta zhenme yang(dia macamana)?"
"Zheng xiaojie, datuk beransur pulih. Untuk dua tiga hari ini kalau boleh biarlah dia di sini." Tun Daim melihat Sara di situ dan tersenyum. Dia cuba bangun jadi Taiyi membantunya bersandar di katil. "Datuk minum ubat ini, dia akan mengurangkan kesakitan,"kata taiyi memberikan ubat itu kepada Tun Daim. Berkerut Tun Daim menelan air ubat itu. Taiyi berdiri dan meminta untuk pergi. "Jangan lupa ubat ini tiga kali sehari, makanan jangan terlalu pedas. Kalau boleh nasi lembut sahaja,"kata Taiyi mengingatkan Sara.
"Zuo de hao (kerja yang bagus),"sambut Sara. Taiyi itu pergi meninggalkan mereka di situ.
"Cempaka,"panggil Tun Daim perlahan sambil menahan kesakitan. Sara dan Ann Di berpandangan. Ann Di mengangkat keningnya dan Sara mengangguk.
"How?"tanya Ann Di tanpa suara. Sara menunjuk kepada rantai mutiara yang dipakainya. "Datuk, Ann Di keluar sebentar masih ada yang perlu diselesaikan,"kata Ann Di. Tinggallah Sara di situ. Dia mengambil bangku dan duduk di tepi katil.
"Kau tak perlu membantu semalam. Tengok dah jadi macam ni,"tegur Sara.
"Kalaupun bukan dinda di situ kanda akan tetap lakukannya,"jawab Tun Daim lembut.
"Rahsiakan perkara ini." Tun Daim mengangguk.
"Kanda janji,"jawab Tun Daim yang sudah mula menguap. "Sebab itu kanda Ishak begitu menjaga dinda sekarang kanda faham,"kata Tun Daim lagi. Sara tersenyum.
"Datuk hendak Cempaka memberitahu keluarga datuk?"tanya Sara. Tun Daim menggelengkan kepalanya.
"Cempaka Sari sedang sarat, biarlah kanda sembuh dahulu. Nanti tolong kanda memberitahu kanda Ishak. Dia tahu apa yang perlu dibuat,"beritahu Tun Daim. Dia cuba untuk berbaring dan Sara membantunya. "Banyak yang perlu kanda cakap tapi tunggu kanda sembuh ya?"ucap Tun Daim. 'Tak perlulah Daim oii,'kata Sara dalam hatinya. Tun Daim memegang tangan Sara dan Sara menepisnya. 'Antara kau dan aku status quo masih sama Daim..,'kata hati Sara.
"Berehatlah,"kata Sara bersahaja. Sara keluar dari situ dan mengarahkan dua orang pembantu lelaki untuk bersama dengan Tun Daim.
"Cik muda!"panggil Cengal. "Mari semua dah siap ada di bilik,"beritahu Cengal.
"Wah, cepatnya!"tanya Sara.
"Shu daren yang ambilkan mangga itu sebelum kita balik jadi Cengal buat garam belacannya sahaja,"beritahu Cengal. Sara tersenyum. 'So sweet, sorry ya Wu Ji aku banyak menyeksa jiwa kau,'kata Sara dalam hati. "Shu daren,"panggil Cengal ceria. "Cik muda datang,"beritahu Cengal. Shu Wu Ji yang sedang memotong pelam itu memberikannya kepada Ann Di untuk menyambung kerja.
"Furen,"panggil Shu Wu Ji. Dia memimpin Sara ke meja. Ann Di memerhatikan sahaja Sara yang macam patung tidak berkata apa-apa.
"Err,Pipit jom ikut Ann Di ke dapur. Cengal mari. Pedas nampak garam belacan ni. Tak cukup air, mari,"ajak Ann Di untuk memberi laluan kepada Shu Wu Ji berbicara. Tinggallah mereka berdua di situ.
"Makanlah, laokong minta orang ambilkan mangga ni tadi,"pelawa Shu Wu Ji mengambil sekeping mangga dan menyicah sedikit garam belacan. "Nah,"kata Shu Wu Ji ingin menyuapkan mangga itu kepada Sara tetapi Sara mengambilnya dari Shu Wu Ji. Dia menambahkan lagi garam belacan itu di kepingan mangga. "Laokong tak patut buat dan ca-" belum habis Shu Wu Ji berkata-kata Sara telah menyumbat mangga cicah garam belacan ke mulut Shu Wu Ji. Terbeliak mata Shu Wu Ji. "Pedas! Pedas!" Jerit Shu Wu Ji mengipas mulutnya sambil mencari air. Sara yang hendak ketawa itu masih mengekalkan wajah serius. Dia memberikan Shu Wu Ji secawan air. Tak cukup, Shu Wu Ji minum seteko air di meja itu. "Ah..pedas!Macamana Shuang er boleh makan benda yang macam ni?!"tanya Shu Wu Ji. Habis merah kulit wajahnya. Sara hanya memerhatikan sahaja. Dia menyicah dan makan mangga itu dengan selamba. 'Hak!Pedas berdesing ni!'jerit Sara dalam hati. Tetapi wajahnya tidak menampakkan yang dia sedang kepedasan. 'Jangan tunjuk!'pujuk Sara kepada dirinya sendiri.
Ann Di yang sedang mengintip bersama Pipit dan Cengal ketawa. "Bagus Cengal!"kata Ann Di. Dia memang sengaja menambah lada. "Padan muka korang. Dua-dua ego tak habis-habis,"kata Ann Di sendiri. Dia meletakkan dulang berisi air di tepi pintu. "Nah, air. Nampaknya banyak yang perlu dibincangkan,"kata Ann Di dan dia mengunci pintu dari luar.
"Ann Di!"tempik Sara. Dia meluru ke pintu dan meneguk secawan air. "Hoo pedas gila ni,"kata Sara perlahan. Shu Wu Ji ketawa. Sara berpaling dan menjeling. Ketawa Shu Wu Ji terhenti.
"Bukan idea Wu Ji,"kata Shu Wu Ji mengangkat dua tangannya. Dia menghampiri Sara berhati-hati. "Maafkan Wu Ji,"kata Shu Wu Ji. Dia mengeluarkan cincin yang diambil dari Wei Young. "Shuang er, tolong jangan berikan cincin ini kepada sesiapa. Ini tanda-" Sara memeluk suaminya Shu Wu Ji.
"Sara juga minta maaf." Shu Wu Ji mendakap isterinya.
"Wo xiang ni (aku rindukan kau),"bisik Shu Wu Ji. "Jangan tinggalkan Wu Ji,"pujuk Shu Wu Ji. Sara mengesat air matanya yang tumpah.
"Pedas! Nak membunuh ke apa Ann Di ni,"komplen Sara. Shu Wu Ji juga mengipas mulutnya. Mereka berdua ketawa melihat masing-masing kepedasan.
Sekumpulan lanun berpakaian biasa duduk di kedai makan di tepi dermaga.
"Sudah satu kota dicari di manakah mereka menyorokkan ketua?"kata salah seorang lanun di situ. "Semalam siapa yang mengupah kita menculik Cik Zheng?"tanya lanun yang sama.
"Kita hanya diberi arahan dan wang selain dari itu, kita tak dapat pastikan,"jawab Li Yang pembantu Yong Liu. "Takpa teruskan mengekori Zheng Shuang,"arah Li Yang kepada pengikutnya.
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...