67

206 32 0
                                    

Sara pulang ke kediaman Zheng bersama Xiao Liang dan PIpit. Sara terus ke bilik mandi kerana Xiao LIan sudahpun menyediakan segalanya untuk Sara. Dalam kolah mandi itu, air hangat menenangkan perasaannya. Dalam fikirannya hanya ada Nalan. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya tentang pegawai itu.

"Sara," panggil Wu JI di luar pintu. Panggilan itu menghentikan lamunannya.

"Ya laokong," balas Sara.

"Laokong, balik untuk mandi dan bersiap. Sarapanlah dengan Xiao Lian, Pipit dan Ann Di. Laokong terpaksa balik ke Nanjing untuk menemani Jiaofu datang ke mari," terang Shu Wu JI. Sara bingkas bangun dan memakai pakaian tadi.

"Apa?" tanya Sara membuka pintu tergesa-gesa.

"Ei, basah lagi ni. Licin lantai bahaya!" tegur Shu Wu JI.

"Seriously, that's all you can think of right now,"balas Sara tegas. Shu Wu Ji memandang Sara yang masam mencuka memandangnya.

"Laokong baru mendapat nota dari jiaofu sebentar tadi. Ni hah," kata Shu Wu JI menghulurkan nota itu kepada Sara. Lama Sara perhatikan. 'Mana mungkin, Shu Wu JI baru tiba dua hari,'fikirnya.

"Sebelum datang ke sini hari tu, jiaofu ada cakap apa-apa tak?"tanya Sara menghulurkan kembali nota itu.

"Jiaofu kata dia hendak selesaikan beberapa perkara dan akan menyusul kemudian," jawab Shu Wu JI.

"Habis tu, tak ke nota ini macam tak masuk akal?"tanya Sara.

"Sayang cakap apa ni? Lao kong tak faham?"

"Jiaofu kata dia akan menyusul ke sini kemudian, kenapa hantar nota kecemasan begini?"tanya Sara.

"Sayang, cuba tengok ni," tunjuk Shu Wu JI. "Ini cop rasmi jiaofu,"kata Shu Wu Ji lagi. Sara meneliti sekeliling kediaman itu. Dia ternampak ada pohon-pohon yang bergerak. Dia tahu itu adalah pengintip kerana dia sudah wartakan tiada sesiapa pun yang boleh berada di kawasan biliknya kecuali Ann Di, Xiao Lian, Pipit dan Wu JI. Sara mengambil dan mengoyak nota itu dan membalingnya semula kepada Shu Wu Ji. Shu Wu Ji merasa sangat terkejut melihat kelakuan Sara yang tidak terkawal itu. Sara menolak Shu Wu JI ke tepi dan terus berlalu ke biliknya. Shu Wu JI yang terpinga-pinga kerana tindakan Sara yang tak terjangka itu. "Sayang, tunggu," panggil Shu Wu JI. Sara terus berlalu dengan pantas ke biliknya. Dia amat mengharapkan Shu Wu JI mengikutnya dari belakang. 'Adakah itu Zhu Wu? Eih tak mungkin,' soal Sara dalam hati. Sara sampai ke biliknya dan menutup pintu dengan kuat. "Sara, buka pintu ni," pinta Shu Wu JI. Hatinya Shu Wu JI sedikit panas melihatkan perbuatan Sara yang terlalu mengikut perasaan. Xiao Lian dan Pipit terkejut mendengar dentuman pintu bilik memandang sesama sendiri. "Sayang buka pintu ni!" panggil Shu Wu JI lebih tegas. Sara memanggil Pipit dan membisikkan sesuatu kepada Pipit. Pipit cepat-cepat melompat keluar dari tingkap dari arah yang bertentangan.

"Tak nak!"jerit Sara dari dalam. Xiao Lian memegang kepalanya. Tak pernah dia melihat Shu Wu JI dan Li Hua bergaduh dan kejadian pagi-pagi buta ini memeningkan kepalanya. Xiao Lian pergi untuk membuka pintu tetapi dihalang oleh Sara.

"Kau buka pintu tu, kau boleh berangkat sekali dengan Shu Daren balik ke Nanjing,"kata Sara memberi amaran. Xiao LIan memandang pintu dan memandang Sara bersilih ganti.

"Li Hua, tak baik nanti semua orang dengar macamana?'pujuk Xiao LIan.

"Xiao Lian aku bukan menumpang di sini. Aku anak Zheng gonggong. Kalau hamba-hamba tu nak bergosip, akan aku jual mereka kepada orang lain, kau faham?"keras suara Sara. Sengaja dia kuatkan suaranya supaya Shu Wu JI terdengar. Shu Wu JI merasa sangat marah dengan perangai Sara yang kebudak-budakan dan berlalu dari situ. Sara sungguh tidak percaya kesabaran Shu Wu Ji senipis kulit bawang. 'Kau nak memang nak kena dengan aku Shu Wu JI. Aku nak buat drama pepagi buta ni pun tak jadi sebab kau tu memang pelakon yang teruk,'herdik Sara.

"Wu ge," panggil Ann Di pula sambil mengetuk pintu. Hingar-bingar pagi itu terdengar ke telinganya yang tinggal di sebelah bilik Shu Wu JI. Sara berlari dan membuka pintu bilik. Dia menarik Shu Ann di ke dalam dengan pantas. "Kau ni apahal? Belum pernah aku tengok Shu Wu JI marah macam tu. Dengan orang lain selalu tapi dengan kau, ini first time kot?"tegur Ann Di dalam Bahasa Melayu. Xiao LIan hanya menganga tidak faham.

"Sekejap, kita tunggu Pipit balik,"bisik Sara menenangkan Ann Di. Seberapa ketika Pipit pulang semula ke bilik mewah mereka. Pipit masuk dan menutup pintu itu dengan pantas. "Kau dah beritahu Shu Daren?"tanya Sara. Pipit mengangguk.

"Apa yang korang cakapkan ni?"tanya Ann Di. Sara menahan Ann Di dari terus bertanya.

"Dia cakap apa?"tanya Sara.

"Shu Daren mengerti dan dia akan bersembunyi di pekan berdekatan selama beberapa hari," lapor Pipit. Sara mengangguk lega.

"Begini, pagi tadi, Shu Wu Ji menerima pesanan dari jiaofu untuk menjemputnya di Nanjing untuk bertolak ke sini. Tapi aku rasa macam tak kena sahaja sebab Shu Wu JI baru sampai dua hari dan aku dah tanya sebenar-benarnya apa yang jiaofu pesan sebelum Shu Wu JI ke mari," terang Sara.

"Lepas tu?"tanya Ann Di.

"Semasa Wu JI memberitahu aku di depan kamar mandi, aku perasan ada pengintip," jawab Sara.

"Kau sure ke itu pengintip?"tanya Ann Di. Sara menghela nafas panjang.

"My instinct kata ya sebab tiada yang berani menghampiri kawasan ini sebab ini kawasan larangan. Aku pernah mengarahkan kepada Ren Ji untuk memantau kawasan ini," terang Sara lagi. Ann Di mengangguk tanda faham.

"Apa yang bermain di fikiran kau?"tanya Ann Di. Sara memandang semua yang ada di situ.

"Aku lapar, kita makan dulu," jawab Sara. Ann Di menampar dahinya dan Sara ketawa.

"Takyahlah serius sangat pagi-pagi ni. Kita makan dulu supaya ada tenaga untuk berfikir ok?'ucap Sara. Xiao Lian dan Pipit ketawa melihatkan kelakuan Sara yang suka berubah-ubah mood mengikut perasaannya. Selepas makan Xiao Lian membersihkan meja dan Pipit menolong mengangkat hidangan balik ke dapur.

"Siapa kau agak yang mengintip ni?"tanya Ann Di. Sara menopang dagunya. Dia menggelengkan kepalanya. "Kau geleng sebab kau tak tahu atau tak sure?"tak putus-putus Ann Di bertanya.

"Aku tak sure. Kau tau tak, di sini tidak seorang pun yang mengenali aku sebagai Mo LI Hua. Ren Ji yang selamanya berada di sini tidak perasan yang aku adalah Mo Li Hua."

"Your point is?"tanya Ann Di.

"Nalan mengenali aku biarpun aku baru pertama kali bertemu dengannya," jawab Sara memandang Ann Di. Ann Di menghela nafas panjang.

"Masalah kau dan Li Yang Jian tak habis-habis tambah dengan ini?"kata Ann Di. Sara menjeling. "Aku tahu kau dah mengagak sesuatu. Apa dia?"tanya Ann Di.

"Hanya satu penjelasan di sini. Sama ada Nalan berada di Nanjing dan mengetahui apa yang berlaku atau dia ada pengintip yang memberitahu aku adalah Ma Shang Wu," jawab Sara.

"What's your bet?"tanya Ann Di. Sara mengeluh.

"Aku rasa dalam kekecohan aku, Shu Wu JI dan LI Yang Jian ada pemerhati yang bernama Nalan Aisin."

"Motif?"tanya Ann Di.

"Permintaannya untuk berkahwin dengan Mo LI Hua ditolak mentah-mentah oleh ayah Mo LI Hua dan dari apa yang Xiao Lian perkatakan, dan dari apa yang aku nampak Nalan Daren bukan calang-calang orang. He is very smart. Kalau dia tak sure 100% yang aku adalah Mo LI Hua tapi aku dapat rasakan dia mengesyaki aku," terang Sara.

"Aku rasa pengintip itu adalah orang Nalan Aisin,"balas Ann Di.

"Biar apapun, kita tunggu laporan Zhu Wu. Akan aku sampaikan melalui Pipit tentang hal ini. Zhu Wu berganding dengan Pipit adalah satu team yang boleh tahan handalnya," kata Sara sambil meneguk teh di hadapannya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now