"Zumu," tegur Sara sebaik sahaja muzik berhenti dan Lao Furen sampai ke pondok itu. "Mari duduk Zumu, di sini. Hati-hati ya," kata Sara lembut. Li Yang Jian hanya memerhatikan sahaja isteri rasmi keluarga Li ini. Tiga tahun dulu dia amat membenci insan ini. Hendak mendengar namanya sahaja dia terasa hendak marah tapi kebelakangan ini, insan inilah yang membuat dia kagum dengan tingkah lakunya satu demi satu.
"Li Lao Furen, hati-hati," tegur Zheng Gonggong. Lao Furen mengambil tempat bersebelahan laksamana itu. Li Yang Jian pun duduk di sisi Shu Wu Ji.
"Unik sungguh irama tadi Li Hua," puji Lao Furen. Sara ketawa.
"Zumu nak dengar lagi petikan guzheng LI Hua?'tanya Sara ceria. Lao Furen tersenyum.
"Hmm, boleh juga nanti orang tak percaya yang isteri sendiri itu berbakat dah cantik pula tu," kata Lao Furen menyindir Li Yang Jian. Shu Wuji tidak memberikan apa-apa reaksi.
"Baiklah, Zumu dan Jiaofu dengar ya," kata Sara. Dengan satu petikan, pembantu kediaman itu semua keluar untuk melihat persembahan Sara.
Semuanya terdiam menikmati keasyikan bunyi guzheng yang dimainkan oleh Sara terutamanya Li Yang Jian. Shu Wu JI perasan akan kelakuan Li Yang Jian itu. Terbit perasaan cemburunya di hati namun, jika itu membuatkan hidup Sara di keluarga itu lebih selamat, dia akan cuba mengatasi perasaan cemburu itu.
"Sedih kedengaran lagu ini," tegur Lao Furen ketika mendengarkannya. Habis sahaja lagu dimainkan, semua bertepuk tangan. Sara tersenyum lebar dan berdiri memberikan tunduk hormat. "Li Hua, kenapa sedih saja Zumu dengar lagu ini," tanya Lao Furen.
"Lagu ini namanya Xuě luò xià de shēng yīn (bunyi salji yang turun). Memang sedih tapi dalam kesedihan itu ada kebahagiaan. Apabila dua orang yang berkasih tidak dapat bersama walau pun mereka mahu mati bersama," terang Sara memberi keluhan kecil.
"Na, siapa di hati LI Hua sekarang?" tanya Lao Furen mengusik. Secara semulajadi pandangan Sara singgah kepada Shu Wu JI dan Shu Wu JI menyimpan senyum. Hanya pandangan mata mereka yang berkata-kata. 'Aku mencintaimu selamanya Sara, Cempaka, Shuang er, Mo Li Hua,'desis Shu Wu JI. 'Biarpun takdir kita tidak bersama kau adalah yang teratas di hati ini,'kata hati Shu Wu Ji lagi. Li Yang Jian perasan akan pandangan itu bukan untuk dirinya. Zheng gonggong ketawa.
"Siapa pun di hati anak jiaofu, sungguh bertuah orang itu," usik Zheng gonggong sambil menjeling kepada Shu Wu JI. Pipit juga menyimpan ketawanya apabila wajah panglima seperti Shu Wu Ji kemerahan sampai ke telinga.
"Perasaan itu tidak penting," tidak semena-mena Li Yang Jian berkata. Sara tersenyum menyindir apabila mendengar balasan Li Yang Jian itu.
"Betul tu, tapi Yuan Yuan amat sayangkan Daren. Jagalah dia dengan baik ya. Li Hua sudah hendak pulang ke kampung. Dan selepas tempoh itu, tolong uruskan perceraian kita dengan baik. Dan, Li Hua berjanji tidak akan menuntut apa-apa harta dari keluarga ini," kata Sara tersenyum. Li Yang Jian terdiam seketika.
"Keluarga Mo memang hebat. Mereka mendidik anak perempuan mereka menjadi seorang yang tidak tahu membalas budi," sindir Li Yang Jian lagi. Xiao Lian sudah menggelabah kerana silap gaya akan tercetus peperangan.
"Jian er," Lao Furen memberi amaran sambil memberi peringatan bahawa Zheng gonggong berada di situ.
"Saya faham situasi ini. Kita tidak boleh salahkan Li Daren seratus peratus," kata Zheng gonggong tersenyum. "Saya mengucapkan terima kasih di atas segala perhatian dan jagaan kepada MO LI hua. Sebagai ganti rugi, terimalah ini. Wu JI," panggil Laksamana Zheng He. Shu Wu Ji membawa sekotak kayu kepada Laksamana Zheng He. Li Yang Jian yang terpinga-pinga kerana dia sudah terasa yang Laksamana itu sudah merasa tidak puas hati atas kata-katanya tadi. Li Yang Jian membuka kotak itu dan terdapat not wang kertas. "Nak bawa emas, terlalu berat jadi saya sudahkan tukarkan kepada wang kertas yang sama nilainya dengan emas-emas itu. Atas semua perkiraan dari mula hari pernikahan, segala perbelanjaan ketika Li Hua di sini inilah jumlahnya."
Lao Furen juga terkejut tapi dia tenang sahaja. Zheng gonggong datang pada hari itu adalah untuk mengambil semula MO LI Hua dari keluarga Li.
"Zheng gonggong, apakah maksud sebenar Zheng gonggong?"tanya Li Yang Jian yang sedang menenangkan hatinya sendiri.
"Mo Li Hua ialah anak kepada kawan akrab gonggong. Semasa mereka ditimpa kesusahan, Lao Furen datang menyelamatkan Mo LI Hua. Jasa Lao Furen akan saya kenang sampai bila-bila. Zheng gonggong faham akan tindakan Lao Furen mengahwinkan Mo Li Hua kepada Li Daren. Ini kerana untuk mengelakkan pandangan serong masyarakat kepada keluarga ini. Saya kesali saya tiada di sini untuk menghentikan perkahwinan itu."
"Zheng gonggong," panggil LI Yang Jian. "MO LI Hua ialah isteri saya. Saya tidak pernah berfikir untuk menceraikannya," kata Li Yang Jian.
"Tapi Li Lao ye dan Da Nyangzi sudah pun membuat keputusan. Dan saya faham tindakan mereka. Mo LI Hua bukan sesiapa. Dia datang sehelai sepinggang menerima belas kasihan orang di sini," balas Zheng gongggong.
"Apa? Zheng gonggong memandang rendah kepada keluarga kami," kata Li Yang Jian keras.
"Kesemua yang berlaku dalam kediaman ini, sudah gonggong ketahui. Li Daren, gonggong bukan mencari kesalahan cuma mahukan Mo Li Hua dilepaskan dengan baik,"beritahu Laksamana Zheng He.
"Saya takkan ceraikan Mo Li Hua. Baginda Maharani yang memperkenankan perkahwinan kami," kata Li Yang Jian. Kedegilan Li Yang Jian membuatkan Laksamana Zheng He terpaksa mengambil langkah yang lebih keras. Dia mengambil keputusan untuk memberikan pesanan daripada Maharani. Dia telah meminta bantuan maharani bagi mengeluarkan Mo Li Hua dari keluarga itu.
"Nah, ini adalah daripada Maharani," ucap Laksamana Zheng He sambil mengunjurkan utusan berwarna kuning keemasan kepada Li Yang Jian. Li Yang Jian membatu di situ tanpa berbuat apa-apa. "Baik, Li Yang Jian Panglima kehormat sila bersedia menerima amanat daripada Maharani," arah Laksamana Zheng He dengan serius. semua yang ada di situ berlutut di hadapan Laksamana Zheng He kecuali Shu Wu Ji dan Pipit yang berdiri di belakangnya. "Utusan ini adalah untuk memerintahkan Mo Li Hua diberikan kebebasan dari menjadi isteri rasmi Li Yang Jian Panglima Kehormat Diraja. Berkuatkuasa serta-merta dan muktamad. Keluarga Li akan menerima pampasan yang akan disampaikan oleh Nakhoda Diraja Zheng He. Itu sahaja."
Li Yang Jian yang berlutut tadi terduduk. 'Mimpi apakah ini?'tanyanya sendirian. Laksamana Zheng He menggulung utusan itu dan menghulurkan kepada Li Yang Jian. Lao Furen mengurut belakang Li yang Jian bagi menenangkannya. Sepatutnya benda ini mudah sahaja kerana LI Yang Jian tidak pernah menganggap Mo LI Hua sebagai ahli keluarga ini tapi sejak Mo Li Hua pulang dari pergunungan, Lao Furen dapat melihat perubahan sikap Li Yang Jian terhadap Mo LI Hua.
Sara yang juga melutut di situ, bagaikan mahu berteriak kegembiraan. Dia memandang ayah angkatnya dan menyimpan senyum namun matanya yang berkaca menunjukkan betapa gembiranya Mo Li Hua hari itu.
"Jian er, terimalah utusan maharani itu,"bisik Lao Furen. LI Yang Jian yang masih lagi terkejut menerima utusan itu dengan hati yang pedih.
"Gonggong tinggalkan Li hua di sini untuk beberapa hari sebelum berangkat. Dengan ertikata lain, Li Hua takkan pulang ke sini sebagai isteri rasmi keluarga li,ya,"beritahu Zheng gonggong. "Berdirilah, amanat telah pun dibaca, bangunlah," pujuk Zheng gonggong perlahan. Sara membantu Lao Furen untuk bangun dan duduk semula di bangku. 'Bukan aku yang mahu menceraikannya,' ulang LI Yang JIan di dalam hatinya. Dia kehilangan kata-kata selepas itu. Li Yang Jian berpaling kepada Mo LI Hua yang tersenyum manis di sebelah Lao Furen. 'Kau sememangnya penuh dengan tipu-daya Mo Li Hua. Dan aku terlalu bodoh untuk menjangkakan ini,'desis hatinya dengan penuh dendam.
"Nah, Lao Furen, saya mesti pulang sekarang," kata Zheng He. "Dalam tiga hari kita bertolak ya," katanya lagi memandang Mo LI Hua. "Terima kasih sekali lagi Lao Furen atas semua tunjuk ajar dan kasih sayang kepada Mo Li Hua," ucap Laksamana itu lagi. Lao Furen mengangguk-angguk dan tersenyum. "Shu Wu Ji, ayuh kita pergi. Pipit kau ikut ke rumah rehat dan pulang ke sini sebagai pengawal peribadi Zheng xiaojie," arah Laksamana itu lagi. Pipit memberi hormat tanpa berkata apa-apa.
"Jian er," tegur Lao Furen.
"Er..mari saya temankan Zheng gonggong keluar," kata Li Yang Jian masih lagi di awang-awangan kerana dia baru sahaja hilang Mo LI Hua sebagai isteri rasminya.
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...