Sepagi mereka memacu laju keluar dari Nanjing. Sampai waktu makan tengahari mereka berhenti di satu kedai makan di satu persimpangan. Sara mengambil keputusan untuk berhenti berehat seketika.
"Mari-mari encik encik," panggil tuan punya kedai makan itu.
"Laoban, 3 makanan mengenyangkan sayur2an sahaja dan satu teko teh hijau,"pesan Sara. Mereka duduk bertiga di meja di hujung kedai. Sara memandang Xiao Lian dan ketawa.
"Kenapa Ma Shang Wu gongzhi ketawa?" tanya Xiao Lian mengangkat keningnya.
"Xiao Liang, comel juga kan begini," jawab Sara sambil memegang muka Xiao Lian dan menggerakkannya ke kiri dan kanan.
"Xiao Liang?"tanya Xiao Lian terkejut. Dia ketawa. Sara juga ketawa.
"Yalah, sebab nak kedengaran seperti lelaki. Eh, PIpit," panggil Sara. Pipit mengangguk.
"Ya Cempaka?"tanya Pipit.
"Panggil aku Wu ge," balas Sara yang bermakna Abang Wu. Pipit menjeling kepada Xiao Lian. "Kau pun Xiao Liang. Panggil aku Wu ge," Sara memaksa.
"Shi, Wu ge," kata Pipit dan Xiao Lian serentak.
"Na, Wu ge nampak comel juga berpakaian begini,"tegur Xiao Lian.
"Mestilah," jawab Sara tersenyum.
"Gongzhi, ini makanan,"tegur pekedai itu. Dia mengatur hidangan di hadapan mereka bertiga.
"Xie laoban. Berapa semua?"tanya Sara.
"5 syiling," jawab pekedai 40an itu.
"Nah, 1 tahil perak," kata Sara memberikan wang itu kepada pekedai yang ternganga melihat seketul perak di tangan Sara.
"Tapi-"
"Aiya, laoban. Kuda-kuda kami juga perlu makan," potong Sara tersenyum.
"Ahh, hao hao. Zhen Hao, air dan makanan untuk kuda-kuda tuan-tuan muda ini," jerit pekedai itu kepada salah seorang pekerjanya.
"Hao leh!"balas pekerja itu.
"Na, gongzhi, jemput makan," kata pekedai itu.
"Terima kasih," kata Sara. Mereka menikmati hidangan mi sup vegetarian itu dengan pantas kerana tidak mahu membuang masa. Mereka mesti sampai ke rumah penginapan mereka yang lebih kurang 80 km dari tempat makan mereka itu.
Andrew yang baru tiba di Beijing Capital International Airport tepat jam 4 petang. Dia berjumpa dengan pemandu pelancong persendirian yang diupahnya di pintu masuk.
"Encik, bawa saya ke Beijing International Convention Centre dahulu, kemudian baru kita ke hotel," pinta Andrew dengan pantas sahaja dia masuk ke kereta pemandu pelancong itu.
"Xiansheng," panggil pemandu pelancong itu.
"Jiao wo Andy," kata Andrew.
"Oh, Andy, Saya Chen Li," sapa pemandu pelancong itu.
"Ni hao, Chen Li," Andrew menyapa Chen LI.
"Hao Hao, awak mahu ke BICC untuk pameran barang Dinasti Ming?"tanya Chen Li.
"Ya, saya harap tak tutup lagi," jawab Andrew.
"Sempat, kita akan sampai dalam masa 30 minit dengan kesesakan lalu lintas," beritahu Chen Li.
"Baguslah macam tu," jawab Andrew. "Ini nombor awak?"tanya Andrew kepada Chen LI sambil menunjukkan nombor di telefonnya. Chen Li menelitinya dan mengangguk. "Baik," kata Andrew merasa lega. Tepat 30 minit mereka sampai ke BICC. "Saya masuk sekejap," kata Andrew. Dia bergegas ke kaunter tiket dan membeli tiket masuk. Dia cepat-cepat mengambil pamphlet pameran. Masih ramai pengunjung di situ. Dia mengeluarkan cucuk sanggul Sara dan menggenggamnya erat. Dia mencari objek yang membawa di ke dinasti Ming dulu. Setelah meronda dewan pameran yang sebegitu besar itu, dia perasan satu kotak kaca besar. Dia menelefon Chen Li. "Chen LI, tolong bawa barang-barang saya ke apartmen sewa untuk 3 bulan. Kunci ada pada pengawal. Saya juga sudah mengirimkan gambar awak kepada pengawal. Upah awak juga sudah saya masukkan. Terima kasih ya," beritahu Andrew.
"Err.. tapi saya boleh tunggu," kata Chen Li.
"Saya berjumpa kawan mungkin lambat balik. Tolong ya," kata Andrew. Chen LI menerima alasan itu dan menuruti sahaja kehendak Andrew. Dia berjalan perlahan-lahan ke kotak kaca yang disirami cahaya kuning. "Oh, rupanya ini adalah cincin maharaja. Hwangshang, tolong saya pergi kepada Sara. Dan izinkan saya membawa pulang cinta abadi saya ke zaman ini,"bisik Andrew. Dia melihat orang-orang di situ. Semakin dia merapati kotak itu dia dapat merasakan cucuk sanggul itu bergetar. Pada masa yang sama, Sara yang baru sahaja habis makan merasakan getaran rantai itu begitu kuat sehingga dia dapat merasakan kuasa statik. Dia memegang lehernya.
"Wu ge," tegur Pipit. Sara memberi isyarat supaya Pipit tidak bertanyakan apa-apa. Xiao Lian cuba bertanya lebih lanjut tetapi dihalang oleh Pipit. Mereka melihat sahaja kerutan dahi Sara menahan sakit.
Andrew sudah berada di hadapan kotak kaca. Tangan kanannya memegang cucuk sanggul Sara dan tangan kirinya cuba menyentuh kotak itu. Tiba-tiba seperti kuasa elektrik menyambar Andrew dan Andrew pengsan di situ. Orang ramai merasa begitu terkejut kerana tiba-tiba satu dewan pameran blackout. Apabila lampu kecemasan dihidupkan mereka melihat Andrew terbaring di tepi kotak itu. Pengawal keselamatan memanggil ambulan untuk membawa Andrew ke hospital.
Getaran itu terhenti dengan sendirinya. Sara mengaduh kesakitan. Dia menghela nafas panjang. Hari yang sangat ganjil kerana hari ini sahaja sudah dua kali rantai ini memberikan reaksi. 'Apa yang telah terjadi ni?'tanya Sara kepada dirinya sendiri. Tiba-tiba suasana menjadi kecoh kerana ada wanita jatuh dari kuda hilang kawalan. Mereka bertiga bangun untuk memeriksa keadaan. Kelihatan seorang wanita cantik jatuh tertiarap.
"Kunyang, kunyang!" panggil orang-orang di situ. "Siapa kunyang ini, kasihan sungguh jatuh dari kuda," bisik salah seorang wanita di situ. Sara meneliti wanita itu dan dia amat terkejut kerana wanita itu sedang memegang cucuk sanggulnya. Dia menenyeh matanya dan meneliti cucuk sanggul itu lagi sekali. 'Biar benar, cucuk sanggul aku tu,'bisik hatinya. Tiba-tiba Sara mendapat satu akal kerana dia begitu ingin tahu dari mana wanita muda itu mendapat cucuk sanggul yang diberikan oleh jiaofu kepadanya tidak lama dulu.
"Shuang er!" panggil Sara. Pipit dan Xiao Lian terkejut dengan panggilan Sara itu. "Shuang er! Kau tak apa-apa?" jerit Sara. Dia menarik Pipit untuk membantunya. "Ko wai, ini adik saya. Terima kasih ya. Pipit, mari tolong Shuang er. Lao ban,-"
"Hao, gongzhi boleh bawa adik gongzhi ke dalam," sampuk pekedai itu. "Ni men, tolong gongzhi ini bawa adiknya ke dalam," perintah pekedai itu lagi. Seramai empat orang pekerja menolong membawa wanita muda itu ke dalam kedai. "Zhen Hao, pergi panggil taiyi," suruh pekedai itu nanti.
"Xie, laoban," sapa Sara mengangkat hormat.
"Xie shenme, saya tahu gongzhi bukan orang biasa-biasa. Gongzhi duduklah di sini seketika. Nanti saya sediakan bilik untuk hari ini. Dengan adik gongzhi begini, lebih baik taiyi datang mengubati," terang pekedai itu nanti. Sara, Pipit dan Xiao LIan mengangkat hormat kepada tuan kedai yang baik dan bijak itu. Tuan kedai dan pekerjanya keluar dari bilik itu. Sara duduk di sisi wanita kecil molek, berbibir mungil dan bermata besar dan dari perawakannya seperti sebaya dengan Xiao Lian iaitu 16 tahun.
"Wu Ge, kenapa-" tanya Pipit. Sara memandang Pipit lalu tersenyum.
"Pit, tolong tengokkan taiyi sudah datang ke belum? Nantilah aku beritahu sebabnya ok?"pinta
Sara seperti berbisik. Pipit mengangkat hormat dan keluar dari bilik itu. Walaupun fikiran Pipit penuh dengan tanda tanya tetapi kerana setianya kepada Sara, semua itu dia ketepikan."Xiao Lian, tolong ambilkan sebesen air dan kain. Aku hendak lapkan muka kunyang ini.
Aku harap tiada kecederaan teruk," kata Sara. Xiao LIan berlalu dengan pantas.
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...