"Cempaka!!" panggil Pipit berlari masuk ke bilik mereka. Sara sedang meneliti kain-kain baru dibelinya untuk dibuat pakaian. Ann Di yang sedang membantu melipat kain-kain itu juga terkejut dengan panggilan Pipit itu.
"Kau ni apahal pagi-pagi macam ni. Balik jogging ke?" usik Sara tersenyum kepada Ann Di.
"Kapal ganti dah sampai. Sehari awal,"jawab Pipit duduk di meja. Ann Di menelah wajah Sara.
"Muka aku ada dakwat ke?" tanya Sara. Ann Di tergelak.
"Bukan dakwat tapi ketakutan," usik Ann Di.
"Kau nampak ni?!" balas Sara menunjukkan penumbuk kanannya.
"Uih, takutnya menggeletar satu badan ni," sindir Ann Di. Pipit menyimpan ketawanya.
"Ketua kapal mengarahkan semua orang untuk bersedia untuk berangkat subuh esok," beritahu Pipit. Sara memahaminya.
"Ok. Kapal dah berlabuh bukan?" tanya Sara untuk kepastian. Pipit mengangguk. "Kalau begitu, panggil beberapa pekerja untuk menghantar balik kesemua barangan ini ke kapal. Aku percaya ramai yang akan berbuat begitu," arah Sara. Pipit mengangguk.
"Tadi sudah ada beberapa penumpang yang menghantar barang mereka ke kapal,"terang Pipit.
" Ann Di asingkan pakaian untuk kita pakai esok dan selainnya kita hantar kembali ke kapal. Esok taklah terlalu tergesa-gesa, "pinta Sara.
" Okeh, madam!"kata Ann Di sambil mengangkat tabik.Sara dan Pipit ketawa.
"Err Pipit tadi ada nampak Shu daren tak?" tanya Ann Di. Sara menjeling tajam kepada Ann Di. "Uih... Pit jom keluar sebelum bom ni meletup,"kata Ann Di menarik Pipit keluar. Sara menghela nafas panjang." I am actually doing him a favor, kan? Aku tak perlu takut. Aku dah ceraikan dia pun kan? Rasmi ke tak ke bukan hal aku. Yang pasti aku nak balik ke Melaka,"Sara mengasuh hatinya.
"Daren," panggil Ah Chan. Shu Wu Ji yang berada di dek merenung laut berpaling. "Kita dah jumpa Shu Furen,"ucap Ah Chan. Shu wu ji tersenyum.
" Mulai hari ini, kau panggil Zheng xiaojie bukan Shu Furen, "kata Shu Wu Ji.
" Hah?Tapi-"
" Dia melarikan diri, aku di sini akan membenarkan dia melarikan diri. "
" Ah Chan tak faham, "balas Ah Chan menggaru kepalnya.
"Mulai hari ini, bila bertemu Zheng Xiaojie, kita akan buat seperti orang asing. Dia anak Zheng gonggong dan aku, bukan sesiapa."
"Buat tak kenal?" tanya Ah Chan.
"Bukan buat tak kenal. Dia tetap anak Zheng gonggong."
"Bukan Shu Furen?"
"Tanpa panggilan itu dia tetap isteri aku cuma, aku akan berikan dia kebebasan untuk dia buat apa saja tanpa gelaran itu," kata Shu Wu Ji. Ah Chan memandang tuannya dan bertanyakan kepada dirinya sendiri apakah yang sedang dirancang oleh ShuWu Ji.
Jam 4 pagi, dermaga sudahpun sibuk dengan manusia. Sara berdoa agar jika benar Shu Wu Ji di sini, dia tidak akan mengheretnya kembali ke Nanjing. Sara, Ann Di dan Pipit tiba lebih awal.
"Zheng xiaojie," tegur Lee Taiyi. Tabib Cina 30an yang tinggi lampai menegurnya.
"Lee Taiyi, apa khabar?" sapa Sara.
"Baik saja. Maafkan saya kerana tidak mengunjungi Zheng Xiaojie dalam beberapa hari ini." Kegelapan pagi disuluh dengan cahaya lilin di sana sini.
"Oh, tak apa-apa. Saya tahu Lee taiyi sibuk," balas Sara. Tiba-tiba dia bersin. Lee taiyi terus menyentuh dahi Sara dengan belakang tangannya. Ann Di dan Pipit berpandangan. Shu Wu Ji yang menantinya di titi ternampak mereka di situ.
"Badan Zheng Xiaojie kesejukan. Naiklah ke kapal. Nanti saya sediakan air halia untuk memanaskan badan Zheng Xiaojie,"kata Lee taiyi.
"Terima kasih," ucap Sara dan bersin tiga kali lagi.
"Ann Di kunyang tolong bawakan Zheng xiaojie ke bilik. Ini nombor biliknya," kata Lee Taiyi sambil menghulurkan nombor bilik yamg tertera atas sekeping kayu yang cantik. Ann Di menarik Sara ke titi.
"Zheng xiaojie," sapa Ah Chan. Sara melihat Shu Wu Ji di sisi Ah Chan. Sara mengangguk dan terus berlalu dari situ. Dia masih bersin beberapa kali. "Daren nampaknya Zheng xiaojie tidak beberapa sihat," beritahu Ah Chan. 'Tidak sihat atau pura-pura tidak sihat,' bisik hati Shu Wu Ji. Dia membiarkan sahaja Sara pergi dari situ.
"Fuh, menggigil aku weh lalu depan dia tadi,"ucap Ann Di apabila mereka masuk ke bilik.
"Pipit pun terasa gentar tadi Ann Di," sampuk Pipit. Sara ingin memperkatakan sesuatu tapi dia terus bersin. Dia menanggalkan 'cape' yamg dipakainya dan twrus naik ke katil, berselimut. Dia benar-benar rasa seram-sejuk.
"Ann Di whatever happens jangan benarkan Shu wu Ji berada dekat dengan aku. Aku rasa macam nak demam ni," kata Sara. Ann Di pergi kepada Sara dan memeriksa suhu.
"Kau demam ni," kata Ann Di. "Pipit, kau pergi cari lemon buatkan air lemon panas untuk Cempaka," suruh Ann Di. Dia mengusap dahi Sara dan menggelengkan kepalanya. Ada ketukan di pintu.
"Ann Di kunyang, bagaimana dengan Zheng xiaojie?" tanya Lee taiyi.
"Zheng xiaojie demam, taiyi,"beritahu Ann Di. Dia masuk dan memeriksa nadi Sara.
"Hmm... Demam. Ini air halia habiskan malam ni dan pastikan air halia ini sentiasa suam. Kalau Zheng xiaojie lapar, berikan dia makanan lembut seperti bubur nasi tanpa garam," arah Lee Taiyi. "Saya akan minta pembantu perubatan merenih ubat demam untuk xiaojie," beritahu Lee taiyi lagi. Ann Di mengucapkan terima kasih dan menemani tabib itu keluar. Shu Wu Ji tiba-tiba muncul di situ.
"Shu daren," sapa Lee taiyi mengangkat hormat. Shu Wu Ji membalas ucapan hormat itu.
"Shu daren kenapa di sini?" tanya Ann Di berhati-hati. Shu Wu Ji menjeling kepada Ah Chan.
"Itu bilik kami," tunjuk Ah Chan. Bilik bersebelahan adalah bilik Shu Wu ji. Ann Di terpempan mendengar jawapan Shu Wu Ji.
"Lee taiyi kenapa ke mari?" tanya Shu Wu Ji.
"Zheng xiaojie demam," jawab Lee taiyi.
"Demam?" tanya Shu Wu Ji. Dia meluru masuk ke bilik tetapi dapat ditahan oleh AnnDi.
"Shu Daren," halang Ann Di. Dia berada di hadapan katil Sara.
"Shu daren," panggil Lee taiyi. "Jangan bimbang, saya akan menjaganya," kata Lee taiyi berdiri di sebelah Ann Di. Shu Wu Ji mencekak leher baju Lee taiyi.
"Dari tadi aku perhatikan, kau dilarang menyentuh biarpun sehelai rambut Zheng xiaojie. Kau faham?" ugut Shu Wu Ji.
"Daren, Lee taiyi ialah tabib peribadi yang Zheng gonggong upah untuk menjaga Shuang er di kapal dan bila tiba di Melaka," kata Ann Di perlahan memegang tangan Shu Wu Ji yang mencekak leher baju Lee taiyi. Shu Wu Ji melepaskan genggamannya perlahan-lahan.
" Ann di kau beritahu lee taiyi sekarang siapa Zheng Shuang sebenarnya,"arah Shu Wu Ji.
"Err.. Zheng xiaojie-"
"Keluar!!!!" jerit Sara dari katilnya. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit.
"Sayang," panggil Shu Wu Ji meluru ke katil.
"Zh-"Lee taiyi cuba berkata sesuatu tapi ditahan Ann di.
"Mari taiyi, kita berbual di luar,"arah Ann Di menarik Lee taiyi keluar." Ah Chan, tinggalkan mereka, "kata Ann Di kepada Ah Chan. Mereka semua keluar dari situ.
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...