Yuan Yuan yang penuh dengan rasa kemarahan sampai di rumah besar. Dia menyeka airmatanya. Menarik nafas panjang dan memaniskan wajahnya.
"Lao ye, Da nyangzi, Lao Furen, Err lang, Selamat pagi," ucap Yuan Yuan tersenyum.
"Marilah duduk Yuan Yuan," panggil Da nyangzi.
"Dalam beberapa bulan, rumah ini akan kedengaran suara comel," tegur Lao ye. Yuan Yuan tersenyum dan mengambil tempat di sebelah Li Yang Jian.
"Kau dari mana? Hari ni sedikit lewat," tanya Li Yang Jian. Yuan Yuan memandang pembantunya dan kembali kepada Li Yang Jian.
"Mulai hari ini, Li Furen mahukan Han Mei meimei dan Yuan Yuan mengadapnya setiap pagi,"balas Yuan Yuan. Kata-kata itu membuatkan Lao Furen terkejut kerana Mo Li Hua tidak pernah menggunakan kuasanya di rumah itu.
"Li furen?" tanya Lao Furen.
"Ya, Li furen tidak lagi memberi kebenaran kepada Yuan Yuan dan Han Mei meimei untuk memanggilnya Jie jie," jawab Yuan Yuan. Lao Furen memandang Yoo Momo di sebelahnya. Pelik kedengarannya tindakan Mo Li Hua tetapi dia sukakan ketegasan itu. Bukan Lao furen sahaja yang terdiam tetapi semua yang ada di meja itu.
"Lairen," panggil Lao ye. Beberapa orang pembantu lelaki masuk. "Panggilkan Li Furen ke sini," arah Laoye. Selang beberapa minit, Sara sudah sampai di situ bersama Xiao Lian.
"Zumu, Tiye, nyang , Daren, selamat pagi," ucap Sara di pintu.
"Hua er, mari duduk bersama Zumu," jemput Lao Furen. Sara terus duduk di sisi Lao Furen. "Nah, sayur, roti. Makan ya?" jemput Lao Furen.
"Terima kasih Zumu," kata Sara mengangkat pinggan dan menerima pemberian Lao Furen.
"Aku ada satu soalan," kata Li Yang Jian. Sara memandang lelaki 25 tahun itu di hadapannya. "Yuan Yuan bercerita mulai hari ini Yuan Yuan dan Han Mei mesti memanggil kau Li Furen," sambung Li Yang Jian. Sara mengangguk. "Kenapa tiba-tiba?"tanya Li Yang Jian. Sara memerhatikan ibubapa mertuanya sedang menantikan jawapannya. Yuan Yuan yang 'fake' itu memandangnya dengan penuh kelembutan.
"Memang itu sepatutnya," jawab Sara. "Li Hua melihat menjadi puan besar di sini adalah satu tugas, tanggungjawab jadi Yuan Yuan dan Han Mei adalah di bawah Li Hua. Sebab itu panggilan Li Furen itu berpatutan," sambungnya lagi. Lao Furen tersenyum.
"Kenapa mesti mengadap kau pagi-pagi? Nyang tak pernah berbuat begitu jika tidak perlu," tanya Li Yang Jian. Sememangnya Li Laoye mempunyai seorang isteri rasmi dan empat orang gundik.
"Ya Hua er, nyang pun mahu tahu," tanya Da Nyang zi lembut. Sara memandang Lao Furen dan semua yang ada di situ.
"Hua er, baru sahaja menghabiskan buku peraturan keluarga Li yang menjadi warisan keluarga ini. Dan di dalamnya mengatakan Puan Besar perlu mengadakan pertemuan pagi supaya dapat berbincang tentang apa yang boleh dilakukan di sini,"jawab Sara.
"Kau membaca buku warisan?" tanya Li Yang Jian. Sara mengangguk.
"Ya, selama ini, Hua er lebih pendiam dan membiarkan sahaja tetapi setelah jatuh sakit, Hua er terfikir yang selama tiga tahun ini, Hua er tidak memberikan apa-apa untuk memastikan kebahagiaan di rumah ini," jawab Sara. Da Nyangzi dan Li Laoye berpandangan sesama sendiri.
"Apakah tugas paling besar puan besar di rumah ini?"tanya Lao Furen tersenyum.
"Memastikan Lao ye, Nyang, Zumu, Daren tidak menghadapi masalah di sini. Semuanya mesti berjalan lancar dari pintu gerbang hinggalah ke dapur," jawab Sara.
"Hua er sangat betul, Nyang setuju," kata Da Nyangzi. Sara memandang Yuan Yuan dan tersenyum.
"Kau tak nampak Yuan Yuan ni sedang mengandungkan anak pertama Li Yang Jian?"tanya Lao ye.
"Apa maksud tiye?" tanya Sara semula.
"Untuk beberapa bulan ini, benarkan Yuan Yuan untuk tidak menghadiri perjumpaan pagi," pinta Lao Ye.
"Hua er tiada masalah," jawab Sara. Yuan Yuan memandang Sara seperti dia sudah menang piala pusingan. Li Yang Jian hanya memerhatikan sahaja Sara atau Mo LI Hua di hadapannya. Sejak pulang dari pergunungan belum sekali Mo Li Hua ingin berbual dengannya atau menarik perhatiannya.
"Baiklah, mari semua makan," pelawa Lao Ye. "Oh ya, Tiye dan Nyang akan berangkat ke Jiangnan bersama Zumu minggu depan. Semua hal di rumah ini, kami serahkan kepada Hua er," beritahu Lao ye kepada Li Yang Jian.
"Hua er boleh buat ke?" tanya LI Yang Jian pantas. Sara memandang LI Yang Jian dan Yuan Yuan. 'Korang berdua memang ketentuan jodoh kerana belum pernah aku berjumpa pasangan yang menyakitkan hati seperti korang,' kata Sara dalam hatinya.
"Jian er, sebelum berkahwin Hua er lah yang menjaga kira-kira keluarga Mo," jawab Lao Furen.Li Yang Jian ketawa mengejek.
"Sebab itu jatuh miskin," kata Li Yang Jian.
"Jian er, itu bapa mertua kamu," tegur Lao Furen.
"Maafkan Jian er," kata Li Yang Jian pantas. Sara menggunakan itu sebagai alasan untuk pergi dari situ.
"Zumu, Lao Ye, Nyang. Hua er sudah makan di bilik tadi. Hua er minta diri dulu," kata Sara menunduk hormat dan terus berlalu dari situ.
"Jian er, itu isteri kau!" kata Da Nyang zi.
"Bapa mertua kau pernah menolong Tiye ketika tiye menghadapi masalah yang sama dulu,"kata Lao Ye. "Su lee bawa Yuan Yuan pulang ke bilik," arah Lao Ye. Lao Furen meletakkan pengepit makanan ke meja dan Yuan Yuan dipaksa keluar dari situ. Setelah Yuan Yuan tiada bapanya berbicara semula. "Tiye tahu, Hua er bukan pilihan hati kamu tapi biarpun keluarganya jatuh miskin mereka adalah orang yang berwibawa bukan gelandangan yang boleh kau ejek sesuka hati," leter Lao ye. Li Yang Jian tertunduk mendengarkan kata-kata Lao ye.
"Maafkan Jian er," kata Li Yang Jian perlahan. Bapanya mengeluarkan keluhan.
"Jian er, jika terlalu susah untuk menerima Hua er tiye harap kamu tahu apa yang perlu dibuat. Jika Yuan Yuan melahirkan anak lelaki kau buatlah Yuan Yuan sebagai isteri rasmi," kata Lao ye.
"Err zi!" tegur Lao Furen marah. "Apa yang kamu cakapkan ni?" marah Lao Furen.
"Nyang, tidak kah kita berlaku tidak adil untuk Mo Li Hua kerana Jian er tidak pernah memandangnya. Jian er tidak boleh menerimanya," kata Lao ye. Li Yang Jian seperti tidak percaya yang dia boleh menceraikan Mo Li Hua dengan restu ayahnya. Lao Furen menepuk meja dan berdiri.
"Aku hilang selera. Yoo Momo kita balik," kata Lao Furen berlalu dari meja makan. Su Lee yang tadi mendengar perbualan di balik dinding terus berlari ke bilik Yuan Yuan untuk memberikan berita baik itu. Pada masa yang sama Xiao Lian dan Sara juga sedang menyorok mendengar perbualan itu. Sara mengisyaratkan Xiao Lian untuk berlalu dari situ. Mereka berjalan ke pintu gerbang.
"Ini satu berita baik bukan?"kata Sara kepada Xiao Lian. Xiao Lian menggelengkan kepalanya.
"Li Hua, jika Li Daren menceraikan kau kita tinggal sehelai sepinggang. Adakah itu berita baik?" tanya Xiao Lian. Sara menghentikan langkahnya dan memandang Xiao Lian.
"Selagi aku ada, kau takkan tak makan Xiao Lian. Aku berjanji," pujuk Sara. Xiao Lian hanya memerhatikan sahaja Puan Muda besar keluarga Li ini.
"Kau tak takut ke Li Hua?"tanya Xiao Lian.
"Nak takut apa?"tanya Sara. Xiao Lian hanya memandang Sara.
"Kau cantik sekarang, kenapa mesti diceraikan?" tanya Xiao Lian.
"Sha ya tao, apa kena- mengena cantik dengan cerai? Kecantikan luaran tidak menjanjikan kebahagiaan abadi," jawab Sara meneruskan langkahnya.
"Kita hendak ke mana?"tanya Xiao Lian.
"Keliling rumah ini maksud aku bersiar-siar," jawab Sara. "Aku hendak pergi ke pasar pedagang asing," sambungnya lagi.
"Tunggu, aku pergi mengambil duit," tahan Xiao Lian.
"Cepat!" arah Sara.
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...