65

196 27 0
                                    

Sesampainya mereka di kediaman Zheng, mereka disambut oleh Ren JI. Pipit dan Xiao Lian merasa begitu kepenatan untuk hari ini sahaja.

"Xiaoye dah balik," tegur Ren JI. Sara tersenyum. "Duit kemenangan saya letakkan dalam bilik xiaoye dulu. Xiaoye kiralah mana yang ada sebelum Ren Ji menyimpannya,"terang Ren JI.

"Berapa banyak?"tanya Sara.

"5 juta dalam duit kertas,"jawab Ren JI.

"5 juta?"sampuk Shu Wu JI. Sara memandang Shu Wu JI yang terkejut.

"Jangan tengok saya  macam tu. Modal saya hanya seribu tahil emas,"kata Sara pantas. Sara memandang  Ren JI dan tersenyum. "Kau boleh berehat untuk hari ini Ren Ji. Terima kasih kerana bawa balik duit-duit itu," sambung Sara tersenyum.

"Na, Ren JI minta diri dulu. Ren JI dah uruskan makanan untuk Shu Daren dan xiaoye,"balas Ren JI. Sara mengangguk dan terus berlalu. Shu Wu Ji menarik lengan Sara untuk memberhentikan langkahnya.

"Ini urusan awak,huh?"tanya Shu Wu JI. Sara dari tadi dapat merasai ada sesuatu yang mengganggu fikiran Shu Wu JI. Xiao Lian dan Pipit agak cemas dengan keadaan Shu Wu JI. Mereka berdua meminta diri untuk pergi. Mereka berjalan beberapa tapak dan terus berlari meninggalkan tempat itu kerana mereka bimbang ada perang yang akan meletus tak lama lagi.

"Ya," jawab Sara pendek dan ingin terus melangkah tapi ditahan sekali lagi. 

"Ann Di penatlah Wu ge, mari kita balik ke kediaman sekarang," kata Ann Di menarik lengan Sara.

"Ann Di xiaojie, sila pergi dahulu. Saya ada sesuatu ingin berbincang dengan Ma xiaoye. " Ann Di memandang Sara dan Sara mengisyaratkan Ann Di untuk menuruti sahaja permintaan itu.

"Sara, aku  ini suami kau. Kenapa kau tak percayakan aku?"tanya Shu Wu JI dengan nada berbisik. Sara menelah keadaan sekeliling takut-takut ada yang sedang mendengar.

"Wuji,  sebab aku tahu kau takkan membenarkan aku meneruskan rancangan ini," jawab Sara. Shu Wu Ji menggigit bibirnya apabila mendapat pengakuan Sara.

"Penting ke pergi ke tempat yang tidak senonoh itu?"tanya Shu Wu JI.

"Bapa Mo LI Hua hilang segalanya di meja judi itu. And, I need to know who they are," jawab Sara memandang tepat kepada suaminya.

"Jadi sekarang kau dah tahu bukan? Kenapa aku rasa kau akan kembali ke sana?"tanya Shu Wu JI. Sara mengeluarkan keluhan panjang.

"Sayang, do we have to do this now? huh? Laokong, kita berbicara di bilik saja please?"pinta Sara memegang lengan baju Shu Wu Ji. "Please, lao po penat," kata Sara cuba memujuk. Lama Shu Wu JI menatap wajah isterinya. Dia menarik tangan Sara ke kediaman mereka. Shu Wu JI menggelengkan kepalanya sehingga kini dia tidak pernah menang dengan Sara. Mungkin itu yang menyebabkan dia begitu sayangkan Sara. Sampai di bilik mereka, Shu Wu JI menghantar Sara ke pintu. "Sara nak beritahu Laokong rancangan Sara, datanglah ke bilik ya?"ucap Sara. Shu Wu JI masih lagi membisu. "Laokong, sudahlah marah tu," pujuk Sara lagi. Shu Wu JI tidak membalas apa-apa. Sara mengambil tangan kanan Shu Wu JI dan mengucupnya. "Sara sayang Wu JI," kata Sara. "Senyumlah sikit, Sara tahu Sara salah. Senyumlah sikit,huh?"pujuk Sara lagi. Shu Wu Ji mengeluh. Emosinya begitu penat hari ini. Kehadiran LI Yang JIan, Nalan Aisin dan Putera Zhu Ming Ming meletihkannya. Sara mungkin tidak sedari yang ini adalah pegawai istana yang handal-handal belaka. Silap langkah semua boleh jadi berantakan. Shu Wu JI mendekatkan wajahnya ke telinga Sara.

"Wo ai ni," bisik Shu Wu JI. Sara tersenyum. Dan ya inilah sikap Wu Ji yang tiada pada lelaki yang pernah dia temui. Timbang rasa. 

"Love you too," bisik Sara. 

"Masuklah, mandi makan ok?"arah Shu Wu JI.

"Laokong juga," balas Sara. Sara masuk ke bilik dan menghempaskan dirinya ke katil. Xiao LIan dan Pipit yang menantikannya berpandangan sesama sendiri. 

"Li Hua, kau ok tak ni?"tanya xiao LIan. 

"Cempaka lapar ke? Pipit pergi ambil makanan," kata PIpit pula. Sara bangun dan duduk. Dia mengeluh panjang. 

"Kenapa mesti Wu Ji di sini? Bingung aku jadinya," kata Sara.

"Sebab dia sayangkan kaulah. Itu pun kena aku jawab ke?"tiba-tiba Ann Di masuk ke bilik. Pipit tersenyum. Ann Di akan mengurangkan resah Cempaka. "Pit, bawa makanan aku lapar ni," kata Ann Di.

"Baik, Xiao LIan dan PIpit ke dapur sebentar," kata Xiao Lian mengajak Pipit pergi dari situ. 

"Wu Ji marah ke?"tanya Wu hen atau Andrew itu. Dia duduk di sebelah Sara di katilnya.

"Dia begitu marah tapi sebab itu dia jadi suami aku," jawab Sara.

"What do you mean?"tanya Ann Di.

"Tahap kesabaran dia to the roof ok? Kalau lelaki lain dah kena sepak kot."

"Apa maksud kau aku tak faham," tanya Ann Di sekali lagi.

"Wu Ji sangat marah tadi, tapi sebab dia sangat sabar dengan aku, dia tak melenting sangat tadi," jawab Sara. Ann Di ketawa. "Kau gelak apasal?"tanya Sara jengkel.

"Kau masih tak reti-reti lagi hah? Bukan tahap kesabaran dia tinggi melangit  tapi cara kau pujuk dia tahap dewa ok?"jawab Ann Di tersenyum.Sara hanya menjeling. "Aku sayangkan kau Sara. Aku sanggup korbankan nyawa aku untuk kau. Tapi Wu Ji, hanya Wu JI yang boleh tahan dengan perangai pelik kau," terang Ann Di. Sara menendang Ann Di dan Ann Di jatuh ke bawah. "Adui, sakitlah pompuan!" jerit Ann Di menggosok punggungnya.

"Kau, jangan sesekali kata kau sayang aku lah apalah. Tengok muka dan percakapan sebegitu buat aku seram kau tau tak? Orang tak tau kata aku suka perempuan!"balas Sara.  Xiao Lian masuk membawa makanan untuk mereka berempat. Dia amat terkejut melihat Ann Di terduduk di lantai mengaduh kesakitan. Cepat-cepat dia meletakkan dulang ke meja dan berlari mendapatkan Ann Di.

"Ann Di xiaojie, apa telah terjadi?"tanya Xiao Lian membantu mengangkat Ann Di ke bangku. Pipit menggelengkan kepalanya. Ya itulah Cempaka tidak syak lagi. "Li Hua hendak Xiao Lian panggilkan Shu Daren untuk makan bersama?"tanya Xiao Lian. Lama Sara berfikir. Dia tidak mahu melihat wajah Shu Wu JI kerana takut dia akan kena leteran non-stop. 

"Pipit, panggilkan Shu Daren," kata Sara. Dia membuka baju luaran dan tinggallah lapisan kedua. Xiao Lian menyarungkan baju lapisan ketiga yang lebih nipis dan Sara melepaskan sanggulnya. Pipit kembali bersama Shu Wu Ji yang sudahpun menyalin pakaian. "Lao kong mari makan," pelawa Sara. Shu Wu JI memandang Ann Di. "Oh, Ann Di xiaojie tahu yang Sara ini Shu Furen. No worries," tambah Sara ketawa.  "Mari makan semua," pelawa Sara. Sepanjang makan malam itu, Shu Wu Ji tidak menimbulkan apa-apa pertelingkahan dan Sara sangat merasa bertuah mendapat suami yang penyabar biarpun dia tahu apabila semua meninggalkan bilik ini nanti, Shu Wu Ji akan menyoalnya bertubi-tubi.

"

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now