"Kau nampak sangat cantik hari ni, lebih dari hari-hari yang biasa," puji Shu Wu Ji seperti berbisik.
"Kan? Aku tukarkan saiz Mo lI Hua, cara solekan dan penampilannya. Wow, aku pun terpegun melihat Mo Li Hua sangat cantik," balas Sara. Shu Wu JI mengerutkan dahinya. "Kau ni kenapa? Tak betul ke aku cakap?"tanya Sara.
"Kalau orang lain dengar mesti dia kata kau ni terlalu memuji diri sendiri," jawab Shu Wu JI. Sara mengangkat bahunya.
"Dah memang betul, setiap hari aku tengok di cermin, aku berkata kepada diri aku sendiri. Masa gempal pun Mo LI Hua ni comel sangat dan bila dah kurus ni, sudah tentu dia tampil jelita," akui Sara.
"HUih kau ni, " tegur Shu Wu Ji.
"Aku tahu aku tak secantik Mo Li Hua ni. Kulitnya mulus, hidungnya mancung, matanya besar, bibirnya bentuk hati yang membuatkan sesiapa mahu melihat bibirnya berkata-kata," puji Sara kepada rupa Mo LI Hua. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya.
"Kau tetap yang tercantik dalam dunia ini bagi aku. Dan tanpa kau di jiwa Mo Li Hua, Mo LI Hua takkan jadi secantik ini," akui Shu Wu Ji. Kata-kata itu membuatkan Sara terdiam dan merenung Shu Wu Ji. 'Auw, so sweet,'desis hatinya. "Hari ini aku rasa setiap yang lalu lalang akan menoleh sekali lagi melihat siapakah wanita seperti dewi sedang makan bersama aku," kata Shu Wu Ji selepas seberapa ketika.
"Dan dia isteri aku," tegur Li Yang Jian.
"Li Daren," Shu Wu Ji bangun dan memberi hormat.
"Aku rasa ini kebetulan kamu berdua berjumpa di sini bukan?"sindir Li Yang Jian. Shu Wu Ji menjeling kepada Sara dan mengeluarkan ketawa gemuruh.
"Sudah tentu, ini ialah kedai aku," kata Shu Wu Ji menunjukkan kedai yang penuh sesak itu. Li Yang Jian memerhatikan kedai itu dan mendengus.
"Tak malu ke?"sindir LI Yang Jian lagi. Sara hanya memerhatikan sahaja perangai kebudak-budakan Li Yang Jian di hadapannya sambil menghabiskan teh susu yang dipesan tadi.
"Isteri saya seorang yang bijak. Selain kedai herba, dia bangunkan gerai ini untuk kebajikan. Selepas jam 3 petang semua makanan di sini diberikan percuma. Li Furen mahu merasa makanan di sini. Sebab itu kami terserempak," terang Shu Wu Ji.
"Kau jangan ingat, kau boleh menipu aku Shu Wu Ji. Kau mahukan isteri aku bukan?"bentak Li Yang Jian. Sara terketawa mendengar dakwaan itu. Orang-orang yang sedang makan itu menumpukan perhatian mereka kepada mereka bertiga.
"Daren, surat cerai tu sudah siap ke?" kata Sara dengan kuat. Li Yang Jian kaget melihat Sara memandangnya sambil tersenyum.LI Yang Jian melihat sekeliling dan orang ramai itu meneruskan semula aktiviti mereka.
"Li Hua!" panggil LI Yang Jian. "Aku nak kau balik sekarang," suruhnya lagi.
"Tak nak!" pendek sahaja jawapannya.
"Kau nak aku memukul kau di sini?"ugut LI yang Jian.
"Hmm, kalau kau berani kau buatlah. Aku akan mengadu dengan Zheng gonggong dan dia akan mengadu kepada maharaja dan mungkin jawatan kau diambil semula kerana menuduh tanpa bukti dan menghukum tanpa keadilan, betul tak Wu Ji?"balas Sara. Dia menggeliat kerana terlalu lama melepak di situ. Xiao LIan dan Ah Chan kembali dengan bungkusan besar buah-buahan kering yang dipesan oleh Sara.
"Perempuan tak tau malu langsung, di khalayak ramai pun boleh berperangai seperti monyet," sindir Li Yang Jian. Wajah Shu Wu Ji sudah mula kemerahan menahan marah.
"Li Yang Jian-" bentak Shu Wu Ji. Sara menarik lengan baju Shu Wu Ji untuk menghentikan kata-katanya. Sara bangun dan mengambil kipas tangannya di atas meja.
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...