49

251 32 0
                                    

Sebelum subuh, Sara sudah bersedia untuk berangkat secara senyap-senyap dari pengetahuan Shu Wu Ji. Berpakaian lelaki, termasuk Xiao Lian, mereka menyelinap keluar dari rumah penginapan itu dan kuda-kuda yang dijanjikan telah menunggu mereka di hujung jalan. Dalam berjalan seiringan, rantai dan cincin itu bergetar secara tiba-tiba dan memberhentikan langkah Sara. Dia memegang lehernya. "Kenapa Li Hua?"tanya xiao Lian. 

"Cempaka tak apa-apa?"tanya Pipit pula. Sara menggelengkan kepalanya. Dia merasa hairan sejak di sampai ke dinasti itu, rantai dan cincin itu tidak memberikan apa-apa tanda. 'Hanya satu sebab rantai ini bergetar. Masa aku di dinasti ini hampir tamat,'bisik hatinya. Fikirannya melayang kepada Shu Wu JI. 'Maafkan aku Wu JI. Aku harap kau akan memaafkan segalanya,'bisik hatinya lagi.

"Tak apa-apa. Tak lama lagi fajar menyinsing. Kita mesti cepat keluar dari sini," kata Sara. Mereka mula berlari ke tempat yang dijanjikan.

"Zheng xiaojie," tegur wakil jiaofu di situ.

"Ini-" 

"Yang Yang," jawab wakil ayah angkatnya, Laksamana Zheng He. "Ini, nota dari Zheng gonggong. Ini yupe Zheng gonggong. Zheng gonggong berpesan gunakan yupe ini di waktu kecemasan. Ini arahan bertulis kepada penjaga kediaman Zheng di Hangzhao. Zheng gonggong mahukan  Zheng xiaojie berhati-hati dalam perjalanan. Ini 3 ekor burung merpati. Zheng gonggong mahukan khabar berita sebaik sahaja Zheng xiaojie sampai di Hangzhao. Untuk merpati kedua dan ketiga gunakan ketika kecemasan," kata budak lelaki yang berusia belasan itu. Dia memberikan kepada Sara semua yang di tangannya. Sara mengeluarkan beberapa tahil perak dan memberikan kepada Yang Yang. "Tak perlu Zheng xiaojie," kata Yang Yang menolak dengan baik.

"Yang Yang, terimalah saya Zheng xiaojie. Tidak menerima bermakna engkar perintah," usik Sara. Yang Yang memandang Pipit dan Xiao Lian. 

"Na...terima kasih Zheng xiaojie. Bao zhong," balas Yang Yang memberi hormat. Mereka terus naik ke kuda masing-masing dan mengucapkan selamat tinggal. "Tunggu xiaojie," panggil Yang Yang. "Sepanjang perjalanan akan ada yang menjaga xiaojie.Pahlawan bayang-bayang. Mereka akan muncul ketika bahaya menimpa," ucap Yang Yang. Sara mengangguk dan terus memacu kudanya keluar kota dan diikuti oleh Pipit dan Xiao Lian.

Andrew duduk di dalam bilik wad itu bersama Puan Salina dan Puan Salmah. Setelah habis pemerhatian dijalankan Sara dibawa ke wad biasa. Melihat muka dan tubuh Sara yang calar-balar, mamatok dan Puan Salina merasa sangat bersimpati. 

"Apa yang kamu fikirkan, Andy?"tanya mamatok melihatkan sahabat baik Sara itu termenung di tingkap.

"Andy sangat berharap Sara berada di tempat yang betul," jawab Andrew atau Wu Hen. Dia melangkah ke katil Sara. "Andy tak dapat lupa reaksi Sara apabila Shu Wu Ji balik ke tempat asalnya.

"What's your point Andy," tanya Puan Salina. 

"Mak, Andy nak ikut Sara," jawab Andrew. Puan Salina dan Puan Salmah berpandangan.

"Jangan, cukuplah Sara sahaja. Sara begini pun kami sudah sangat bimbang. kalau Andy menurut Sara, kami tak tahu hendak merasa apa lagi," tegur Mamatok.

"Tapi mamatok," kata Andrew sambil mengeluh. 'Andy sayangkan Sara,' bisik hati Andrew.

"Semua ini adalah takdir. JIka takdir itu mempunyai Andy di dalamnya tanpa rela Andy tentu akan mengikut Sara. Jadi jangan terlalu memikirkan," nasihat mamatok. Andrew hanya memandang Sara yang berselirat dengan wayar- wayar dengan hati yang berat. Cucuk sanggul Sara masih berada di tangannya. Dia memikirkan cara dia tiba di dinasti Ming berlainan dengan Sara. Dia teringatkan pameran barang-barang Dinasti Ming yang menjadi penyebab dia menjadi adik Shu Wu JI, iaitu Shu Wu Hen.

"Mamatok, mak, Andrew terpaksa ke Beijing untuk satu konvesyen tahunan. Mungkin dalam dua minggu. kalau Andy tak ada, mamatok dan mak jaga kesihatan ya?"kata Andrew. Salina dan Salmah begitu menghargai perhatian Andrew terhadap mereka.

"Hati-hati ya. Jaga diri baik-baik. Mamatok dan mak di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Andy," balas Salina. Andrew merapatkan tangannya ke dada tanda terima kasih. "Mak dan mamatok sudah menganggap Andy sebahagian keluarga kami. Terima kasih kerana Andy yang jumpa Sara. Kalau tak-" kata Salina lagi.

"Tak apa-apa mak, Sara bukan orang lain bagi Andy. Baik mak, mamatok. Andy minta diri dahulu," ucap Andrew dan berlalu dari situ.Andrew keluar dari hospital itu dan menempah tiket penerbangan seawal mungkin.

"Shu Daren," panggil pengawal di luar bilik penginapannya. "Shu Daren," panggil suara itu lagi. Shu Wu JI membuka matanya dan menggeliat.

"Wo xing!" balas Shu Wu Ji dan pengawal itu tidak memanggilnya lagi. "Shuang er, kenapa tak kejut airen. Dah lambat ni," tegur Shu Wu Ji. Dia melihat Sara masih berselimut. Dia menggerakkan Sara yang sebenarnya adalah bantal peluk. Dia menyelak selimut dan melihat itu adalah bantal peluk. Dia tahu, Sara telah meninggalkannya. "Zheng Shuang," dia menjerit. Dia bingkas bangun dan membuka pintu.

"Shu Daren," panggil Ah Chan. Dia melihat muka Shu Wu Ji sudah beraneka warna.

"Kau bagitahu, Shu Furen di mana?" tanya Shu Wu Ji. Ah Chan menggaru kepalanya yang tak gatal. "Ah Chan!" tengking Shu Wu JI.

"Maafkan saya, Daren. Saya tiada jawapan," jawab Ah Chan. Shu Wu Ji masuk ke bilik dan menghempas pintu mengejut Ah Chan di situ. Shu Wu JI bersiap dan terus ke rumah rasmi Zheng gonggong. Zheng gonggong sedang duduk membaca sambil meminum teh hijau di taman.

"Selamat pagi jiaofu," tegur Shu Wu Ji. Zheng gonggong menelah Shu Wu Ji di balik buku yang dipegangnya. Kelihatan Shu Wu Ji begitu resah di hadapannya.

"Oh, Wu ji," tegur Zheng gonggong meletakkan bukunya. "Mari minum bersama jiaofu," jemput Zheng gonggong

"Jiaofu, Shuang er tiada di rumah penginapan. Adakah dia di sini?"tanya Shu Wu JI. Lama Zheng gonggong terdiam.

"Tidak, kenapa Wu JI ingat dia di sini?" tanya Zheng gonggong meneguk teh itu perlahan-lahan.

"Adakah Shuang er ke Hangzhao?"tanya Shu Wu Ji. 

"Delegasi dari Jurchen akan mula melawat sekitar kota hari ini bersama dengan wakil maharaja iaitu kamu," kata Zheng gonggong cuba mengalih topik.

"Jiaofu, tolonglah, Wu JI sudah separuh gila sekarang. Tolonglah," rayu Shu Wu JI. Zheng gonggong mengeluarkan keluhan panjang.

"Shuang er ada datang kepada jiaofu semalam tetapi dia tidak memberitahu ke mana dia mahu pergi."

"Tapi itu tak masuk akal. Bukankah dia mahu balik ke kampung?"tanya Shu Wu Ji. Zheng gonggong mengangguk.

"Jiaofu juga merasa hairan," jawab Zheng gonggong.

"Jiaofu tahu di mana, bukan?"tanya Shu Wu JI lagi. Zheng gonggong menggelengkan kepalanya."Jiaofu," panggil Shu Wu JI.

"Shuang er..berjanji akan memberikan di mana tujuannya apabila sampai di tempat itu. Dia ada mengambil beberapa ekor merpati semalam," beritahu Zheng gonggong berdalih. Shu Wu Ji mengusap kepalanya.

"Jiaofu, adalah merbahaya jika dia pergi begitu," kata Shu Wu Ji duduk di sisi Zheng gonggong dengan wajah yang sugul sekali.

"Kamu sebagai suami berhak merasa bimbang. Tapi ini ialah Shuang er. Dia boleh menumpaskan ribuan  musuh seorang diri. Jiaofu juga ada perasaan itu tapi jiaofu takkan menghalang jika dia mahu ke mana sahaja," beritahu Zheng gonggong. "Dan dia berjanji untuk pulang apabila kerjanya selesai."

"Wu Ji meminta cuti, jiaofu,"rayu Shu Wu JI.

"Maafkan jiaofu. Tiada orang yang boleh laksanakan tugas ini melainkan kamu," kata Zheng gonggong berdiri dan meninggalkan Shu Wu JI keseorangan di situ.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now