Segala yang berlaku setelah semua dirancang oleh mereka bertiga berjalan lancar. Sara menyediakan tiga "decoy" untuk memperdayakan musuh-musuhnya. LI Yang Jian dan Nalan Aisin. Pengintip-pengintip mereka bertebaran di sekitar Hangzhou. Shu Wu JI masih berada di rumah rehat tidak jauh dari Hangzhou. Sedang dia membaca semua dokumen rasmi tiba-tiba dia mendapat nota dari Sara.
"Sayang, Sara akan pergi ke rumah Mo Ching De di hujung Hangzhao hari ini. Sekiranya tidak mendengar dari Sara lebih dari sehari, tolonglah bergerak ke sana kerana Sara dapat rasanya yang nyawa Sara dalam bahaya." Shu Wu JI mula merasa cemas. Dia mengerahkan orang-orangnya untuk bergerak serta-merta ke rumah keluarga Mo LI Hua yang agak jauh dari rumah rehat itu. Ann Di, Sara dan Pipit yang bersembunyi tidak jauh dari rumah rehat itu merasa lega kerana rancangan mereka berjaya. Dengan pantas mereka menunggang kuda tanpa henti terus ke Nanjing.
Di Keheningan subuh, Sara dan PIpit berhenti solat di tepi sungai. Sebelum matahari remang di atas kepala mereka boleh sampai ke kediaman Zheng He. Mereka langsung tidak berhenti makan dan hanya makan di atas kuda. Seperti yang dijangkakan, mereka tiba ke destinasi. Sara dengan pantas berlari ke dalam kediaman agam serba indah itu. Zheng He baru sahaja pulang dari istana.
"Jiaofu," panggil Sara. Panggilan Sara mengejutkan orang tua itu. Sara memeluk bapanya erat.
"Hao haizi, kenapa ni? Kau patut berada di Hangzhao," tegur Zheng He menepuk belakang Sara.
"JIaofu, Shuang er hendak pulang ke Melaka. Shuang er sudah bosan dengan persengketaan yang tak sudah-sudah,"balas Sara. Zheng He membawa Sara duduk ke meja. Dia mempelawa PIpit dan Ann Di juga duduk di situ.
"Shu Wu Ji?"
"Sara tinggalkan dia di Hangzhao," pendek saja jawapan Sara. Laksamana Zheng He menatap wajah anaknya Sara. Muka yang berlainan dari Cempaka tetapi sangat sama dari segi perangai.
"Shuang er, sudah fikir masak-masak?"tanya ayahnya. Sara mengangguk.
"Shuang er begitu rindukan kampung halaman Shuang er. Tempat kita bertemu. Shuang er tidak tahu bila boleh pulang ke zaman Shuang er tapi sekurang-kurangnya rindu Shuang er terubat dengan memijak tanah kelahiran," jawab Sara berjuraian airmata. Laksaman itu mengesat airmata Sara yang tak henti-henti.
"Shuang er, kau begitu bertuah Shuang er tau tak?"tanya Zheng He. Sara menyeka airmatanya. "Ada sebuah bahtera yang kan belayar ke Melaka dalam dua jam lagi. Jiaofu akan siapkan dokumen pengenalan diri. PIpit tiada masalah tetapi Shuang er dan xiao kunyang akan ada sedikit kesulitan. Tapi tak apa, jiaofu akan titipkan di kertas itu bahawa kamu berdua adalah didatangkan dari sini untuk membantu Puteri Hang LI Po. kebetulan Hang LI Po memerlukan banyak barangan dari sini. Jadi Shuang er akan jadi pemegang amanah itu. Dan semua yang pergi bersama Puteri Hang Li Po, nasib mereka telah ditentukan untuk menjadi warga Melaka,"beritahu panjang lebar. Pipit dan Ann di begitu lega mendengarkan penerangan itu. "Zhu Liang," panggil Zheng He. Dia menerangkan segalanya kepada pembantunya. "Shuang er, marilah kita ke dermaga. Zhu Liang akan selesaikan semua dokumen penting itu. Sara menghulurkan duit kertas kepada Laksamana Zheng He. Laksamana itu mengambilnya dan menukarkannya dengan dua peti sederhana tahil emas dan perak. "Dengan yupe yang ada pada Shuang er, pihak istana akan memberi gaji setimpal dengan tugasan Shuang er di sana."
"Apa tugas Shuang er di sana?"
"Hiduplah sebaik mungkin. Kalau mendengar Jiaofu mendarat datanglah menjenguk JIaofu ya?"jawab Laksamana Zheng He. "Jiaofu ada sebuah perniagaan di sana, Shuang er uruskanlah dengan baik dan itu akan menyara kehidupan Shuang er selama yang mungkin," kata JIaofu. Hati Sara menjadi begitu sarat dengan penghargaan kepada lelaki sejarah yang terkenal itu. "Mari kita pergi. Jiaofu tahu, Shuang er penat. Berehatlah di atas kapal ya?"nasihat Jiaofu. "Pipit, lindungi cikmuda dan xiao kunyang dengan nyawamu," pinta Zheng He kepada Pipit. PIpit memberi hormat kepada laksamana itu. Begitu juga Sara dan Ann di berlutut memberikan sepenuh penghormatan kepada laksamana itu.
Shu Wu JI yang bergegas ke pedalaman Hangzhao sampai ke rumah itu setelah seharian menunggang bersama orang-orang bawahannya. Mo Ching De merasa hairan melihat panglima diraja berada di hadapan rumahnya.
"Shu Daren," tegur Mo Ching De. Kelihatan rumahnya penuh dengan jemuran kain-kain sutera.
"Shu Shu," panggil Nalan Aisin yang termengah-mengah seperti mengejar sesuatu. Shu Wu JI kehairanan melihat kehadiran Nalan Aisin di situ.
"Nalan, kau buat apa di sini?"tanya Mo Ching De.
"Saya mencari isteri saya," sampuk Shu Wu JI.
"Isteri? Siapa isteri Shu Daren jika tidak keberatan memberitahu," balas Mo Ching De.
"Mo LI Hua," jawab Shu Wu JI.
"Tapi-"
"Ayah, maafkan saya. Saya salah. Sepatutnya saya menjaga Mo LI Hua dengan baik," tiba-tiba LI Yang Jian muncul dari arah yang tidak diketahui. Mo Ching De merasa begitu keliru melihat panglima-panglima ternama di hadapannya mencari anak perempuannya Mo LI Hua.
"Begini sahaja. Jemput masuk. Tidak elok berbicara di sini, Jemput semua," pelawa Mo Ching De kepada semua di situ. Mereka masuk dan duduk di ruang tamu. Selepas kehilangan segala kemewahan Mo Ching De sudah mengubah haluannya dan menjadi seorang yang amat dihormati di kampung itu.
Li Yang JIan yang begitu yakin memulakan ceritanya tetapi Shu Wu JI mengeluarkan sijil pernikahannya dan Mo Ching De terkejut dengan apa yang terjadi. Sudah bertahun dia tidak melihat anaknya. Ibu Mo LI Hua masuk ke ruang tamu itu apabila mendengarkan apa yang telah terjadi kepada anaknya dan menangis. Setelah Mo LI hUa dibawa pergi, mereka begitu menyesal kerana mempercayai yang Mo LI Hua ialah pembawa sial rumah itu. Kedua ibubapa Mo Li Hua begitu terkejut untuk mengatakan apa-apa. Tanpa ada sebarang penyelesaian ketiga-tiga mereka keluar dari rumah itu dengan seribu kekecewaan. Shu Wu JI merasa tidak sedap hati. Ke manakah Sara telah menghilangkan diri? Li Yang Jian dan Nalan Aisin pulang ke penginapan masing-masing. Shu Wu Ji mengarahkan Ah Chan dan dua orang lagi pahlawan mengikutnya pulang ke Hangzhao. Ahli rombongannya yang lain, dia mengarahkan untuk pulang semula ke rumah rehat di luar Hangzhao. Dia sampai ke kediaman Zheng tengah malam dan tubuhnya begitu keletihan. Dia ke bilik Sara dan melihat Xiao Lian teresak-esak menangis di sudut bilik.
"Xiao LIan," panggil Shu Wu JI.
"Shu Daren," balas Xiao Lian masih dalam esakannya. Dia menunjukkan surat pembebasan hamba abdi yang ditulis oleh Sara dan sejumlah wang yang ditinggalkan.
"LI hua di mana?" tanya Shu Wu JI yang sudah tidak keruan. Xiao LIan menggelengkan kepalanya.
"Tiada siapa yang nampak LI Hua keluar dari sini, puas Xiao LIan mencari. Li Hua tiada," kata Xiao Lian dalam esakan yang masih nyata.
"Ann di kunyang, Pipit ne?" tanya Shu Wu JI. Xiao Lian menggelengkan kepalanya.
"Mereka juga tiada di mana-mana." Xiao LIan terus menangis di situ. Shu Wu JI terduduk di bangku. Dia meletakkan tangannya ke dada seolah-olah menenangkan perasaannya. Dia menghela nafas panjang dan berjalan ke almari pakaian Sara. Semua masih ada di situ. Tiada apa yang nampak terusik. 'Sara, kau pulang tanpa mengucapkan selamat tinggal?'hatinya terdetak Sara telah pulang kepada mamatok. Itu sahaja penjelasan yang termasuk dek akalnya. "Xiao Lian tinggalkan aku sendiri," pinta Shu Wu JI. Xiao Lian keluar dan menutup pintu bilik itu. Shu Wu JI bergerak ke cermin dandanan di sebelah katilnya. Sikat, bedak, alat solek, semua tersusun cantik. Dia meraung di situ keseorangan. Dia telah kehilangan isterinya, cintanya sudah tiada. Wu JI mengambil pakaian yang diletakkan oleh Xiao Lian di atas katil dan menciumnya. Airmata lelakinya tumpah tanpa henti. "Sara...jangan tinggalkan Wu JI, tolong," rayunya dalam tangis. Jiwanya kosong. Terasa seperti langit runtuh ke atas kepalanya. Bagaimana mungkin dia meneruskan hidupnya kini?
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...