86

197 25 0
                                    

Laksamana Zheng He banyak termenung pulang dari istana. Hatinya kerisauan. Dia bimbangkan keselamatan Zheng Shuang atau Sara dengan Shu Wu JI. Angin berpuput lembut dan dia sedari tadi berdiri mengadap kolam cantik penuh dengan teratai putih dan merah jambu. Dia tak habis-habis mengeluh.

"Churen,kenapa dari tadi nuchai melihat Churen mengeluh panjang?"tanya Zhu Liang membawakan sedikit kuih dan seteko teh ke  tepi kolam. Zheng He menggelengkan kepalanya.

"Aku risaukan Zheng Shuang. Yong Liu bukan calang-calang lanun. Kuasanya sahaja sampai ke Ayutthaya,"jawab Zheng gonggong terus duduk di bangku. Zhu LIang hanya mendiamkan dirinya. "Yong Liu ialah pendendam orangnya aku khuatir, lanun-lanun lain akan mengambil peluang membalas dendam untuk Yong LIu. Kalau aku kirimkan berita sekalipun-"bicara Zheng He terhenti sebentar. "Aku takut, berita itu terlambat disampaikan,"keluh Zheng gonggong. "Begini sahaja, aku akan hantar surat berangkai. Aku akan meminta bantuan armada-armada asing di setiap laluan kapal maharaja. Kau Zhu Liang, pastikan surat-surat itu tiba dengan selamat."

"Zhu LIang akan meminta tentera upahan menjalankan tugas itu,"kata Zhu LIang. Zheng gonggong mengangguk tanda dia faham. Dia menyuruh Zhu Liang pergi mengambil berus dan kertas untuk dia menulis surat tersebut,

Hari yang sangat cerah dan cantik dan kapal maharaja telahpun berlabuh mengikut jadual. Semua penumpang gembira kerana berjaya sampai dengan rintangan yang dapat diatasi. Rombongan Wang He Lan turun dengan bangganya dan Wang He Lan berjalan dengan cantiknya ke bawah kapal. Tun Ishak dan Tun Daim bersama wakil Puteri Hang LI Po sudah pun menunggu mereka di bawah. Semua ketua-ketua armada juga turun untuk memberi penghormatan kepada Puteri Hang LI Po.

"Selamat datang ke Melaka," ucap wakil Puteri Hang LI Po iaitu orang kanannya sendiri. "Wang Xiaojie, Wang LI Bao gongju menunggu di istananya. Yang Mulia menjemput semua pegawai dan ahli rombongan ke istana sekarang," ucap wakil itu yang bernama Li gugu.

"Li gugu, lama tidak berjumpa," tegur Wang He Lan. Li gugu menunduk hormat.

"Ya, Wang xiaojie sudah menjadi begitu cantik sekarang," puji LI gugu. Wang He Lan tersipu-sipu malu.

"Shu Daren, lama kita tidak berjumpa,"tegur Tun Daim, sopan tetapi  bukanlah mesra. Dia masih ingat betapa Cempaka begitu sukakan Shu Wu JI dan sanggup mengetepikannya. 

"Datuk," tegur Shu Wu JI ."Apa khabar?"

"Khabar baik, Panglima Shu Wu JI. Kami berasa sangat lega kerana semuanya selamat tiba,"jawab Tun Ishak mesra. " Pipit," tegur Tun Ishak bersalaman dengan PIpit. "Kamu sudah tegap sekarang.  Begitu cantik rupanya sekarang," sapa Tun Ishak mesra. Pipit mengangkat sembah ke dada tanda menghormati orang-orang besar.

"Datuk Laksamana Tun Ishak dan Datuk Laksamana Tun Daim pula apa khabar?"tanya Pipit sopan.

"Beginilah," jawab Tun Ishak tersenyum.

"Datuk Tun Ishak, ini saya perkenalkan ketua-ketua armada yang mengiringi kami," Shu Wu Ji memperkenal satu persatu termasuklah LIu Lu.

"Shu Daren mengetuai misi ini?"tanya Tun Ishak. Shu Wu JI menggelengkan kepalanya.

"Orang yang mengetuai misi ini ialah Zheng Shuang, anak perempuan Laksamana Zheng He," terang Shu Wu JI.

"Zheng Shuang? Bukankah Zheng Shuang ialah Cempaka Sari?"tanya Tun Daim ragu-ragu.

"Zheng gonggong merasa begitu kehilangan Cik Muda Cempaka Sari maka dia mengambil anak angkat yang baru bernama Mo LI Hua. Tetapi sekarang Zheng gonggong memanggilnya Zheng Shuang,"terang Shu Wu JI.

"Kalau begitu di manakah Cik Muda Zheng?"tanya Tun Ishak. Pipit memandang ke belakangnya dan menunjukkan kepada dua orang wanita muda yang segak bersuit ala Shalwar iaitu berkot panjang dan di dalamnya baju kemeja dan seluar panjang. Dengan but panjang dan beertocang satu, Sara dan Ann Di memukau mereka yang memandang. Dengan solekan yang nipis tetapi sangat cantik mereka menuruni titi dari kapal ke dermaga. Angin yang berpuput membuai rambut panjang mereka. Penumpang--penumpang yang masih lagi berada di dermaga menyambut kehadiran Sara dan Ann Di. "Secantik itu?"tanya Tun Ishak tanpa sedar. Shu Wu JI memandang Tun Ishak dan Tun Daim yang seperti terpukau melihat Sara dan Ann Di turun ke bawah. Sara melambai kepada penumpang-penumpang yang bertepuk tadi dan tersenyum kepada PIpit, Shu Wu JI dan juga Liu Lu di situ. 

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now