Yuan Yuan melabuhkan punggungnya di hadapan meja soleknya. Dia membelek wajahnya. "Wajahku sempurna cantik sebab itu Errlang memilihku menemaninya."
"Ya puan, kecantikan puan tiada yang dapat menandingi," bicara Xiao xin pembantunya sejak kecil.
"Xiao Zhi,"Panggil Yuan Yuan pembantu rumah yang bertugas menjaganya.
"Xiao Zhi di sini, puan muda,"kata pembantu bertubuh kecil apabila masuk ke dalam bilik yang besar dan cantik itu.
"Aku semakin benci dengan perempuan gemuk itu,"kata Yuan Yuan sambil membiarkan Xiao Xin menyikat rambutnya yang panjang. "Kita mesti hapuskan dia dari istana ini."
"Esok Furen akan melawat ke kawasan miskin kerana menemani Lao furen memberi makanan,"beritahu Xiao Zhi. Yuan Yuan tersenyum. Lalu dia berbisik kepada Xiao Zhi.
"Da Nyang zhi pergi tak?"tanya Yuan Yuan. Xiao Zhi menggelengkan kepalanya. "Gergaji satu roda kereta kuda puan gemuk itu,"bisik Yuan Yuan kepada Xiao Zhi. Xiao Zhi terdiam dan memandang kepada gundik tercantik di rumah itu. "Ni zhenme le (Kau pasal apa?)"
"Perintah difahami,"kata Xiao Zhi sebaik sedar dari lamunan. Walaupun hatinya gundah tapi perintah tetap perintah dan jika engkar nyawanya menjadi taruhan kerana gundik Yuan walaupun rupanya sangat sempurna dan luaran begitu lembut, gundik Yuan adalah seorang yang kejam.
Mo Li Hua termenung di tingkap. Dia sudahpun berpakaian lengkap untuk perjalanan setengah hari itu.
"Li Hua, Lao Furen memanggil untuk berangkat,"panggil Xiao Lian memakaikan "cape" ke tubuh Li Hua.
"Matahari masih belum terbit,"tegur Mo Li Hua.
"Lao Furen memang suka berada awal di kawasan itu,"jawab Xiao Lian.
"Aku tahu, mari," kata Mo Li Hua lagi. Dalam samar pagi kelihatan Lao Furen sudah pun menanti kedatangan Mo Li Hua. Di istana ini hanya Lao Furen yang menyayanginya. "Zumu,"tegur Mo Li Hua tersenyum.
" Hua er, nampak cantik pagi ini,"tegur Lao Furen. Mo Li Hua ketawa. Sesungguhnya dalam kesamaran pagi dan umur zumu itu sendiri, manakan jelas pandangannya. Namun dia bersyukur, Lao Furen cuba menggembirakannya.
"Xie Zumu,"balas Mo Li Hua. Lao furen menaiki kereta kuda yang pertama dan Li Hua dan Xiao Lian berada di kereta kuda kedua. Para pembantu duduk di dua kereta kuda yang lain dan dua kereta kuda lagi sarat dengan bekalan makanan.
"Laofuren,"tegur Zhang momo.
"Aku tahu pertanyaanmu mengapa gundik-gundik dan ta nyangzhi tidak dipelawa untuk mengikut aku,bukan?"balas Lao Furen. Zhang momo tersenyum.
"Hanya Mo Li Hua yang akan melayani orang tanpa melihat pangkat dan kekayaan. Dari kecil Hua er sangat baik budaknya.
"Patutlah lao furen tidak teragak-agak untuk mengahwinkan Li jiangjun dan Li furen," kata Zhang momo. "Semasa dia tiba di sini, tiada kata-kata tidak baik yang didengari dari hamba-hamba di sini," tambah Zhang momo. Lao Furen mengiyakan pernyataan itu. Walaupun Mo Li Hua tidak pernah membuat apa-apa aduan tentang suaminya, dia tahu, Mo Li Hua tidak bahagia di rumah itu.
"Jian er masih di medan peperangan di sempadan, aku tahu Hua er selalu dibuli oleh gundik Yuan Yuan dan Han Mei. Cuma Yuan Yuan lebih berani daripada Han Mei kerana ayahnya seorang menteri di istana." Perjalanan mereka yang aman kerana hari masih pagi.
Usai solat subuh berjemaah bersama abang-abang, mak dan mamatok, Sara menikmati sarapan di ruang makan. "Sara, abang long harap Sara bersabar lebih lagi di saat-saat seperti ini,"pujuk Saleem abang sulung Sara. Sara yang makan dengan tenang tersenyum.
"Sara oklah abang long. Jangan bimbang ya. Oh ya mak, mamatok, Sara nak pergi hiking hari ni boleh?"
"seorang?"tanya Puan Salina.
"Andrew ada,"bohong Sara. Dia perlukan masa bersendirian.
"Ok, jangan lambat sangat balik,"pesan mamatok. Sara tersenyum menganggukkan kepalanya. Dia balik ke bilik setelah selesai membantu Puan Salina di dapur. Dia mengemaskan beg sandangnya dengan torch light, coklat, dua botol air mineral kecil dan baju hujan. Dia juga membawa sebilah pisau. Telefonnya bimbitnya sudah dicas penuh dan dia berpuas hati dengan persiapannya. Dia memegang rantai mutiaranya.
"Popo, you are following me, today," bicaranya sendiri. Dia memanggil rantai mutiara itu popo kerana rantai itu berusia ratusan tahun. Dia merindui Shu Wu Ji dan rantai itu adalah penawar rindunya kerana rantai itulah pencetus segalanya. Dia turun ke bawah. "Mamatok, mak Sara minta diri dulu," ucap Sara sambil memeluk dan bersalaman dengan kedua tonggak keluarga itu.
"Jaga diri!" kata mereka berdua kepada Sara. Sara melambai dan terus keluar dari rumah itu.
Jam menunjukkan 10 pagi dan tak ramai yang berada di Hutan Simpan FRIM itu. Ada sekumpulan pelajar universiti di hadapan Sara. Mereka bergurau senda dan menikmati jungle trail , hati Sara sedikit terhibur. 'Wu Ji kita pernah ke sini tahun lepas. Kau melamarku di tengah-tengah hutan ini,'bisik hatinya Sara terketawa. Tiba-tiba cuaca mendung dan hujan lebat bersama petir sabung-menyabung. Kumpulan pelajar tadi melarikan diri ke bawah bukit lintang-pukang dan tinggallah terkontang-kanting Sara kaget melihat semua meluru ke arahnya. Dalam kekalutan Sara cuba bergerak dan kakinya tersadung di celah akar dan berguling ke bawah. Tiada yang menyedari kerana semuanya kelam-kabut. Sara sudah tidak sedarkan diri.
Laofuren menyelak langsir di tingkap kereta kudanya dan melihat hari mendung.
"Memang ketika ini musim hujan di daerah ini. Hui Zhen, arahkan semua bergerak dengan lebih pantas," arah Laofuren. Zhang momo tanpa berlengah menyuruh pemandu mempercepatkan kereta kudanya. Apabila yang lain melihat kereta kuda memacu laju mereka juga turut serta. Petir berdentum dan kuda-kuda panik menghentikan langkah mereka. Tapi kereta kuda Mo Li Hua, patah rodanya dan berguling ke bawah gaung uang curam. Keadaan jadi hiruk-pikuk melihat kejadian itu. Lao Furen menuruni kereta kudanya dan berlari ke tebing bukit.
"Hua er!!"Lao Furen menjerit. "Cepat turun ke bawah,"arah Lao Furen. Pengawal berkuda tanpa berlengah menggunakan jalan pintas menuruni bukit tersebut. Kereta kuda Mo Li Hua terpecah dua dan Mo Li Hua bersama Xiao Lian tercampak dan tidak sedarkan dirinya.
"Li Furen," panggil ketua pengawal. "Kau pergi menyiasat kenapa kereta boleh terhumban, kau tolong aku angkat furen dan Lian er."
"Baik tuan!" Mereka bergerak cepat menuruti arahan. Mo Li Hua dan Xiao Lian dibawa ke atas dan Lao Furen memerintahkan mereka berhenti persimpangan dan mencari tabib untuk membantu Mo Li Hua. Nasib mereka baik kerana, ada sebuah rumah rehat tidak jauh dari situ. Dan rumah tabib daerah juga dekat dengan rumah tumpangan itu..
YOU ARE READING
Sara :Mo Li Hua ( Vol 2)
FantasySara dibawa oleh rantai mutiara merentas ke Dinasti Ming sekali lagi setelah dia menangis seharian di biliknya apabila mengetahui Woo Ji bukan lah Shu Wu Ji selepas kemalangan ngeri di hari pernikahan mereka. Tetapi kali ini dia kembali sebagai Mo L...